Khamis, 16 Oktober 2008

Summer Camp

Murid2 bersedia untuk gi ke Tekam Plantation Resort . Sebelum bertolak ke sana , murid2 mendengar kata nasihat yg diberikan oleh GB .... Seramai 34 org murid terlibat bersama 4 org guru pengiring .
Nie bas yang akan bawa kami ke sana , bas pun dah tunggu lama , jom lah .. dah tak sabar nie !!!
dah sampai pun .. bdk2 lelaki sibuk memilih katil , rasa seronok nak tido kat tingkat atas kot ...
makan time !!!!
Sebelah kiri tu drebar bas , Asman dan Mastura .. makan sampai tak pandang2 , cover utk minum petang sekali .. hahaha !!! Pas makan , relaks2 kat bilik , mandi dan solat . Kul 2.30 ptg ada aktiviti ...
Flying fox !! aktiviti yang pertama . Abg Burn sedang beri taklimat sebelum aktiviti di jalankan .
dengar dgn penuh bersemangat ...
8 org kumpulan pertama memakai peralatan keselamatan sebelum terbang
begitu gak dgn pelajar lelaki , sume berebut2 nak jd kumpulan yg pertama . tapi malang nya aktiviti ditunda ke hari esok kerana hujan dan kilat , bahaya .... punya lah hampa dan kecewa . namun begitu ada lagi aktiviti yg menarik iaitu BERKAYAK ..
Abang Azam menunjukkan cara memakai jaket keselamatan dengan cara yg betul..
ish , sapa nie , dah tak sabar nak pakai jaket walaupun hujan renyai2 .. semangat nya dia ...
yang nie lagi bersemangat , murid2 tak naik lagi mereka dah tak meyempat2 naik kayak , maklumlah kayak terhad jer , bimbang tak berkesempatan , hahaha ... sapa lagi kalau bukan Pn Sarifah Naha dan Cik Mastura .
Aku pun sama gak ... naik dgn Salman , org lain 10 minit jer tapi aku 30 minit . tu pun bila dah kena tegur , ermmmm... best , nak naik lagi
lepas aktiviti berkayak , kami gi mandi kolam ...
tengok tu , cikgu Asman marah benar gayanya sbb yg lain lambat sampai .. dah tak sabar nak terjun kolam ...
bila dapat lampu hijau jer , apa lagi , terjunnnn ...
ehhhh , apa hal nie , kesejukan lah nie .. tu lah , tak dengar cakap
malam pun ada aktiviti , nak bagi bdk2 nie betul2 letih .. tapi dorang semacam jer , tak de pun nampak tanda2 letih .. Abang Azan tgh beri taklimat dan pantang larang sebelum memulakan aktiviti night walk ... takut !!!!!
khusyuk mendengar taklimat .. tak lah mencabar sangat sbb waktu nie bulan sedang mengambang jadi tak lah gelap sangat jalan dlm kebun kelapa sawit tu ..
Akhir nya cikgu2 yang sakit2 kaki , pinggang dan lenguh2 badan , bdk2 relax jer ..

Nie baru aktiviti hari pertama , esok plk ada aktiviti cave exploration dan flyingfox ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan