Khamis, 28 September 2017

Penang , Kami datang lagi ...

Percutian kami kali ini secara spontan . Tahun lepas aku dah datang ke sini dengan tiket FAMILY TOUR .. Satu bas kami datang seramai 43 orang . Bila ramai , pergerakan terhad .Lagi pun percutian tahun lepas , Penang hanya sebagai transit jer sebelum ke Langkawi . 

2 hari sebelum cuti Awal Muharram 22/9/2017 , tiba2 jer aku bersuara pada anak aku untuk pergi bercuti . Bermacam2 tempat aku sebut . Cammeron Highland , Genting Highland , Melaka , Port Dickson , Johor dan akhirnya Penang menjadi pilihan . Terus kami buat tempahan hotel untuk 3 hari 2 malam ( 22/9 - 24/9 ) . Banyak yang dah penuh ... Akhirnya , Armenian Street yang ada .Pada mulanya , tempahan untuk 4 orang , Aku , Lyna , Afiq dan Anis . Tapi di saat akhir , Afiq tak jadi pergi  kerana ingin mengikuti program motivasi bagi murid2 yg akan menduduki UPKK  akan datang  .

Sehari sebelum bertolak , aku saja menghubungi adik ipar Rosliza , bercerita untuk ke sana dan sambil mempelawa untuk bersama kerana ada kekosongan . Jadi kami pergi berlima . Aku , Lyna , Anis , Rosliza dan anaknya , Ayong . 

22/9/2017 ( Jumaat - cuti Awal Muharram )

Aku bertolak awal dari rumah pukul 5.30 pagi untuk ke Kg Delek , Kelang untuk ke rumah Ros. Tiba di sana pukul 9.30 dan tukar kereta , naik kereta Ros kerena kereta dia besar dan luas . Kereta aku MYvi jer , sempit untu kami berlima dan perjalanan jauh .

Dari rumah Ros lebih kurang pukul 10.30 dan kami tiba di Armenian Hotel lebih kurang pukul 3,00 petang . Kami terus check in dan dapat bilik 314 .

Selepas check in , kami berehat sehingga solat Asar dan kemudian terus kuar ronda2 kawasan . 



Penang Trick Art Museum .
Bayaran masuk RM15 untuk dewasa 



3D street art  
ada banyak lagi gambar di situ ... Ronda2 2 tempat nie pun dah makan hampr maghrib . Ada lagi yg tak pergi seperti UpSide down Museum . masing2 tak nak masuk sebab nak jimat bajet , lagipun lebih kurang jer dengan 3d trick Art Museum .. balik semula ke hotel , keletihan ... tidur awal . Esok nak berjalan lagi .

23/9/2017 ( Sabtu )

Keluar dari hotel , mencari kedai untuk isi perut . Guna map google . Cari tempat makanan sepertiyg kami google ... ROTI CANAI TRANSFER ROAD . Mwnapak lebih kurang 7 minit dari hotel . Tu dia ... ramainya beratur , meja penuh . kena menunggu .. Kami order Roti Canai kari Ayam 2 set 
( RM 16 ) Teh Tarik 2 gelas ( RM 4 ) dan Roti Bakar telur Separuh Masak 4 set ( RM 16 ) 


Lepas makan , kami terus ke Jalan Chowrasta .. Menunggu as HOP ON HOP OFF .. 
Kami beli tiket untuk 24 jam ... Ada juga tiket 48 jam dan tiket 1 perjalanan jer . Seronok sangat duduk di bahagian atats bumbung . First time .... Cuaca pun redup jer .. 


Kami terus ke Penang Hill


Love Lock 


Tiket masuk ke The Habitat Penang Hill Tree Top Walk  .
Harga Tiket : RM50 dewasa , RM 30 Kanak kanak .
Tapi aku amik tiket family pakej .

2 dewasa dan 2 kanak kanak RM130 
lagi sorang dewasa , kena bayar RM50 
semuanya RM180 

Kalau tak amik pakej , harga adalah RM210


Giant Swing 


Di Curtis Crest Tree Top Walk 
Ada juga bahagian2 yg ditutup untuk renovation  seperti Canopy walk . Menapak sejauh 1.2 km
makin kurus ler ...


Bila dah habis semua tempat kami jenguk .. . kami tunggu semula bas Hop on Hop off .. sbb dah beli tiket utk 24 jam . Rugi lah kalau naik bas rapid . kali ni kali terus ke Gurney Drive . Mencari tempat makan lagi yg viral dalam internet . Disco Pasembur ojak stall no 9 . hari tu , mamak tu tak berdisco pun ..


Lepas makan terus ke Paza Gurney . Bukannya shopping pun . Tengok2 mall tempat orang . Ayong nak gi watson cari pencuci muka jer .. Pastu tunggu bas . 

Bila bas datang terus naik , langsung tak tenguk route bas tu ... Bila bas dah bergerak baru sedar silap bas . Tak per lah , bas BEACH ROUTE ... sepatutnya kami kena naik CITY ROUTE . kami ronda bahagian pantai pulak .. Sampai hotel semula kul 9.00 mlm . Puas dan penat berjalan . 9 to 9 ! 

24/9/2017 ( Ahad )

Hari akhir kami di penang , kena beli ole2 dulu sebelum balik . Kami masukkan barang dalam kereta dulu . Pukul 9 kami check out tapi tak terus balik lagi . Menapak lagi . Nak beli jeruk di Kedai Jeruk Madu Pak Ali yg famous tu . Gambar lupa nak snap , teruja sangat nampak jeruk2 tu ... habis beratus gak beli jeruk . Kemudian ke Pasar Chowrasta plk , cari baju2 .. dan makan Nasi kandar Line Clear .



Lyna beli buah berangan kesukaan Tok .
Tapi sampai rumah , ayah yg makan .


Lyna dan Ayong .
Kari kepala ikan tu RM48 


Bye bye penang 
Bertolak dari Penang pukul 11 pagi ..
Sampai kelang kul 3.00 ptg 
Sampai Kuantan kul 7.45
Alhamdulillah , selamat sampai ...


Selasa, 26 September 2017

Nak gaduh ker ?

2 Minggu yg lepas , kami terima 2 ekor kucing dari family Abu Yusha .. Umur baru 2 bulan  . Comel betul , hitam dan oren .Hitam , kucing Afiq , bagi nama Draco dan oren kucing Anis bagi nama Teh . Gi lah TMJ , cari makanan dorang , pasir , shampoo dan lain2 yg berkaitan dgn dorang . Cadang nak gi bawak klinik , nak sunatkan ...

Kemudian , nak jadi kan cerita ...
22/9/2017 ( Jumaat ) Aku , Lyna , Anis gi bercuti tanpa dirancang ke Penang sehingga 24/9/2017 ( Ahad ) . Sepanjang di sana , aku tiap hari call rumah bertanyakan pasal budak 2 ekor ni ..

Tapiiiiiiii .... bila balik semula ke rumah Ahad tu , Kamal bagi tau pagi tadi kucing hilang , orang amik . Memang tak ada sungguh budak 2 ekor tu . Puas mencari keliling taman .

Keesokkan hari tu ( Isnin ) , aku bertanya Ustazah Lin , ada tak nampak budak 2 ekor tu .. Dia bagi tau , Jiran duk bertentang rumah selang 5 rumah ada amik . Puncanya , lelaki tu tanya , kucing sapa ni .   Ustazah bagitau kucing kami . Tapi dia tetap bawak balik .

Suami aku jumpa lelaki tu tapi dia bgtau yang dia tak amik . Isteri dia cakap dah halau balik budak 2 ekor tu . Anak sulong cakap dah bagi orang . Kuning dia amik , hitam bagi pak sedara ... Amboiii 3x !!!!

Suami aku diam jer , dia cakap , x takkan nak gaduh dgn jiran pasal kucing . Tapi bagi aku pulak , kena tegur sbb bukan hak dia amik kucing tanpa kebenaran dan lepas tu pandai2 bagi kat orang lain pulak . Sedap lah dia  , semua tak nak tegur dgn alasan jiran dan tak nak cari gaduh .

Esok2 , amik hak orang lain plk ...


lebih kurang camni lah ... 
aku amik dari pakcik google ..