Isnin, 19 Mei 2014

Kita nak santai santai jer kan .....


Assalammualaikum ....

Pink , warna yang sejuk  .. Bila aku google maksud warna tu , ini yang aku dapat  ::::  

Selalu mencuba yang terbaik bagi dirinya, ringan tangan, peduli dengan orang lain , namun tak mudah merasa puas. Cenderung memiliki peribadi negatif dan selalu berangan-angan memiliki cinta romantis seperti dalam dongeng. Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan. YEEEE KEERRRR ...

Tapi disebabkan warna nie , aku jadi amat stress .... Nak sangat TEMA PINK utk Majlis Hi - Tea Hari Guru esok ... Baru bagi tau tadi nak pakaian tema PINK ... amboiiii !!!!!! 

Memang bagi mereka tak der masalah , tapi pada aku mmg amat mendatangkan masalah . Aku tak der pakaian warna PINK sebab aku tak minat PINK . Nak kena beli ... dah hujung2 bulan nie , nilai RM50 amat besar bagi aku .... Boleh beli makanan anak2 utk seminggu ... Nak pakai sekali jer !  Lebih2 lagi aku mempunyai komitmen lain ... 

Macam jadi paksaan plk , semua kena pakai , nanti mjlis tak seronok ... Last2 aku kata , kalau nak paksa aku pakai pink aku tak kan datang , sekarang ko nak pink atau ko nak aku datang ?????