Isnin, 21 Oktober 2013

Urutan Manja ...

Semalam ke rumah mertua . Maksu Balik sebab nak berpantang kat kg . Kebetulan Makdek pun balik sama sebab nak berurut dgn tukang urut . Ermmmm ... Dah lama aku tak urut badan . Last urut lepas bersalin kan sikembar tahun 2006 .. Lama kan .

Rasa terpanggil nak berurut sebab tengok Makdek berurut kat rumah mertua . Dia mempelawa aku untuk berurut sama . Dia kata " Cuba lah awak tu berurut , tengok2 kot ada sakit apa2 . Orang tu pun pandai tgk jika ada " BENDA " .. Bend apa tu ?????

Mula2 aku tak nak ... banyak alasan aku bagi , tak nak berurut ... Akhirnya termakan pujuk . Tunggu makdek abis berurut lambat pulak tu ... Afiq dan Anis dah bising ajak balik , dah bosan lah tu ..

Semasa Kak Enon mengurut Makdek , sepanjang masa dia sendawa . Kesian pulak aku tgk . Banyak angin katanya ... Bila giliran aku , tak pulak sendawa . Cuma masa dia urut bahagian perut , baru dia sendawa teruk . Sampai nak termuntah .. Dia kata tak pernah jadi macam nie ...

Hari nie hari kedua aku berurut , dia tanya ada rasa apa2 tak . Aku jawap , aku tidur lena hingga ke pukul 6 pagi . Biasanya , aku susah nak tidur , selagi tak pukul 2 pagi , aku tak leh tidur dan bangun pun awal ..

Hari nie pelik sikit . ketika dia mengurut bahagian perut lagi , perut aku berbunyi seperti bunyi air , dia kata angin pecah .. bila urut lagi , bunyi makin kuat . Dia kata meremang bulu roma ... tapi teruskan juga mengurut . Badan aku semakin panas , tak tau kenapa ... dan dia pun asyik menguap mengantuk yg amat sangat ... Bila habis jer mengurut , muka dia merah padam seperti berjemur tengah panas . Padahal , petang tu hujan lebat . Dan dia terduduk seperti orang kepenatan ... Dia meminta segelas air masak utk minum tapi yang kesiannya , tak boleh minum seperti ada halangan ...

Aku balik ke rumah , seorang diri ... Dalam kereta , sepanjang jalan . aku menggigil seperti ada orang di belakang aku ... Ish , apa nie ?????