Rabu, 9 Oktober 2013

Sakit Telinga ....

Dulu dulu , cikgu cikgu berlumba lumba nak punch kehadiran awal , nak yg pertama ... Sekarang , masing2 nak yg akhir sebab nak elakkan pagi pagi dapat dosa dan sakit telinga ...

Silap aku pagi tadi , ingatkan aku orang yg ke 10 tulis nama sebab pejabat dah buka awal sebelum aku sampai . Walaupun dah ramai cikgu datang sebelum aku tapi mereka tak tulis kedatangan lagi . Masing masing nak mengelak ... Aku lah jadi orang pertama dan ustaz jadi orang ke 2 ... Masa punch card , sepanjang masa , aku dan ustaz berzikir dan beristighfar ... Ya Allah , sakit telinga .

" Harap mengajar kat sini jer dah lama , satu kerja tak reti buat . BODOH , mmg BODOH !!!! "
Tak taulah HEM membebel kat sapa ... Tiap tiap hari mmg gitu , pagi2 sampai jer sekolah , nampak jer muka cikgu2 ada jer benda nak luah kemarahan dia , ada jer tak kena ...

Ada seorang budak tu mengadu kat sorang ustazah . " saya tak boleh nak buat matematik , tak boleh nak buat pengiraan , tak boleh nak tumpu , HEM bagi kerja byk , pas tu membebel jer smpi habis waktu . Tension betul ... "

Nasiblah dapat HEM kepoh ....