Sabtu, 26 Oktober 2013

Apa lagi yang tak puas ni ....


Tamatlah sudah Program PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKP 2013 yang telah dijalankan bermula 25/10/2013 - 26/10/2013 selama 2 hari 1 malam ....

Bila sebut perkhemahan , tentulah ada khemah kan , kan .. mesti ada bermacam macam pertandingan yang berkaitan antara unit beruniform kan , kan ....

Bila bertanding , sudah tentu ada menang dan ada yang kalah kan , kan ... itu namanya adat bertanding . Bila ada kalah dan menang , ada juga insan insan yang tidak puas hati dengan kekalahan . Biasanya , murid murid memahami adat bertanding , tak ada pertikaian , menerima .....

Cikgu lah yang selalunya lebih lebih .... ish , ish , ish .... SIAPA TUUUUUUUUU !!!!!!

Khamis, 24 Oktober 2013

Tahi gigi jer ....

Aduhai anak muridku .... Hidup dalam kemewahan , kesenangan dan timbunan harta .
Semalam  ALIA SHUHADA 1B membawa SAMSUNG TABLET 7.0 ke sekolah . Aku tau niat mereka ni , nak main game . Mana boleh kan , peraturan sekolah tidak membenarkan ...

Aku ambil , bukan aku nak pun .... Aku bagitau dia , waktu balik nanti , jumpa kau semula dan aku akan pulangkan . Aku juga bagitau pd abang dia di tahun 3 dan 5 ...

Waktu balik , ermmmm .... tak der sorang pun jumpa aku .... Aku call parents dia , menghampakan ..
Ayah seorang kontraktor , ibu seorang guru .... Mungkin nilai TAB tu taik gigi jer pada mereka ....

FATIN AMANI pula , pemurah orang nyer ... Bawa duit sebanyak RM312 ... Habis disedekahkan pada murid2 kelas 1B. Tapi plk sedekah pada aku , guru kelas dia . hahahaha ....

Risau plk budak darjah 1 bawak duit banyak2 .. Dia kata ayah bagi . Aku ni kan guru prihatin . Call lah ayah dia ....
" Saya bagi dia RM12 , duit belanja RM2 dan yg lebih tu nak beli pensil warna . Saya tersilap bagi kot . "
Ishhhhhhh .... tersilap bagi ??????? kalau duit sekeping mungkin boleh kata tersilap bagi . Nie 6 keping duit . Takkan tak leh kira .... 

Bila aku tanya dan tanya dan tanya dan tanya dan tanya ..... Barulah dia mengaku ambil duit ibu dia tanpa pengetahuan . Yerlah ... budak kan , dia tak tau nilai duit lagi . RM300 tu adalah RM3 bagi dia .... 

Ibu ayah banyak duit hingga tak sedar duit hilang ... Hingga sekarang RM300 tu ada pada aku ... tidak dituntut seperti yg dijanjikan . Jenuh menunggu ... 

RM300 , taik gigi jer .... bagi dia ..... 


Isnin, 21 Oktober 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA .....





Urutan Manja ...

Semalam ke rumah mertua . Maksu Balik sebab nak berpantang kat kg . Kebetulan Makdek pun balik sama sebab nak berurut dgn tukang urut . Ermmmm ... Dah lama aku tak urut badan . Last urut lepas bersalin kan sikembar tahun 2006 .. Lama kan .

Rasa terpanggil nak berurut sebab tengok Makdek berurut kat rumah mertua . Dia mempelawa aku untuk berurut sama . Dia kata " Cuba lah awak tu berurut , tengok2 kot ada sakit apa2 . Orang tu pun pandai tgk jika ada " BENDA " .. Bend apa tu ?????

Mula2 aku tak nak ... banyak alasan aku bagi , tak nak berurut ... Akhirnya termakan pujuk . Tunggu makdek abis berurut lambat pulak tu ... Afiq dan Anis dah bising ajak balik , dah bosan lah tu ..

Semasa Kak Enon mengurut Makdek , sepanjang masa dia sendawa . Kesian pulak aku tgk . Banyak angin katanya ... Bila giliran aku , tak pulak sendawa . Cuma masa dia urut bahagian perut , baru dia sendawa teruk . Sampai nak termuntah .. Dia kata tak pernah jadi macam nie ...

Hari nie hari kedua aku berurut , dia tanya ada rasa apa2 tak . Aku jawap , aku tidur lena hingga ke pukul 6 pagi . Biasanya , aku susah nak tidur , selagi tak pukul 2 pagi , aku tak leh tidur dan bangun pun awal ..

Hari nie pelik sikit . ketika dia mengurut bahagian perut lagi , perut aku berbunyi seperti bunyi air , dia kata angin pecah .. bila urut lagi , bunyi makin kuat . Dia kata meremang bulu roma ... tapi teruskan juga mengurut . Badan aku semakin panas , tak tau kenapa ... dan dia pun asyik menguap mengantuk yg amat sangat ... Bila habis jer mengurut , muka dia merah padam seperti berjemur tengah panas . Padahal , petang tu hujan lebat . Dan dia terduduk seperti orang kepenatan ... Dia meminta segelas air masak utk minum tapi yang kesiannya , tak boleh minum seperti ada halangan ...

Aku balik ke rumah , seorang diri ... Dalam kereta , sepanjang jalan . aku menggigil seperti ada orang di belakang aku ... Ish , apa nie ?????




Khamis, 10 Oktober 2013

Kosong , Kosong .... kata Najwa Latiff !


Hari ni LADAP tentang Penilaian Kendiri . Banyak lah borang2 yg perlu diisi dan juga cara mengisi SKT . Guru perlu menilai dan memberi pemarkahan diri .

Sebelum cikgu2 isi , agak2lah yer ... Kalau isi markah cemerlang , fikirlah ... cikgu nie sempurna sangat ker ? Kalau isi markah rendah , dia kata plk , jangan lah merendah2kan diri cikgu sendiri ... Fikir2 kan lah . Begitulah kata GPK 1 . Ermmmm .... masalah , masalah .....

Ada lagi yg diberitahu , cikgu2 yg ada mak bapak anak murid datang komplen dan sebut nama cikgu , awal2 dah kena tolak markah . nasiblah cikgu yer .... Hahaha , aku dah 2 kali mak bapak murid datang komplen pasal aku ... Ada aku kisah !

Tapi kan ...... adil ker buat gitu ... Mak bapak komplen bkn sebab aku tak mengajar atau tak masuk kelas . Cuma disebabkan aku cubit anak dia sebab tak buat kerja sekolah walaupun dah bagi amaran berkali kali ...Kalau gitu , disebabkan nak markah cemerlang , jangan tegur murid atau abaikan murid yg bermasalah ... Ish , buat per nak kejar dunia kan , kan ... Biarlah , aku redha jer walaupun dapat markah sikit  ... Senyum jer !


Rabu, 9 Oktober 2013

Sakit Telinga ....

Dulu dulu , cikgu cikgu berlumba lumba nak punch kehadiran awal , nak yg pertama ... Sekarang , masing2 nak yg akhir sebab nak elakkan pagi pagi dapat dosa dan sakit telinga ...

Silap aku pagi tadi , ingatkan aku orang yg ke 10 tulis nama sebab pejabat dah buka awal sebelum aku sampai . Walaupun dah ramai cikgu datang sebelum aku tapi mereka tak tulis kedatangan lagi . Masing masing nak mengelak ... Aku lah jadi orang pertama dan ustaz jadi orang ke 2 ... Masa punch card , sepanjang masa , aku dan ustaz berzikir dan beristighfar ... Ya Allah , sakit telinga .

" Harap mengajar kat sini jer dah lama , satu kerja tak reti buat . BODOH , mmg BODOH !!!! "
Tak taulah HEM membebel kat sapa ... Tiap tiap hari mmg gitu , pagi2 sampai jer sekolah , nampak jer muka cikgu2 ada jer benda nak luah kemarahan dia , ada jer tak kena ...

Ada seorang budak tu mengadu kat sorang ustazah . " saya tak boleh nak buat matematik , tak boleh nak buat pengiraan , tak boleh nak tumpu , HEM bagi kerja byk , pas tu membebel jer smpi habis waktu . Tension betul ... "

Nasiblah dapat HEM kepoh ....  

Rabu, 2 Oktober 2013

Rezeki ada di mana mana ....



Jika tiada rezeki anak , mungkin diberi rezeki mertua yg baik
Maka lebih baik bahagia dari mendapat anak yg liar .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin diberi rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin diberi rezeki kenderaan yg jarang
menimbulkan masalah .
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yg mahal .

Jika tiada rezeki rumah yg besar ,
mungkin diberikan rezeki makanan yg tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan

Jika kita rezeki pasangan yg cantik ,
mungkin diberikan  pasangan yg baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin diberi rezeki umur ibu bapa yg panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yg lebih baik hari esok
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yg tak dijangka .

Bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa & bertawakkal
Hanya DIA , Allah Yang Maha Adil .






Bertawakkal lah anakku ....


Hari nie bermula PMR 2013 ...
Jawablah dengan tenang ... 
Bertawakkal lah setelah kau berusaha ... 
Doa ayah , ibu dan keluarga mengiringi mu ...
Ingat Allah ...