Isnin, 30 September 2013

Baru nak check ...



Anak murid selalu kata aku nie garang . Sebenarnya aku nie penakut . Takut pergi hospital , takut jumpa doktor . Mungkin juga disebabkan aku ni takut penyakit .

Aku pergi hospital pun masa mengandung si kembar , bersalin kat hospital pun kerana si kembar . Bersalinkan Lyna , Kamal dan Salman kat rumah jer , berteman bidan kampung ...

Tadi aku beli benda ni pun sebab takut nak pergi klinik atau hospital . So , check sendiri ler ... Benda apa nie , tau tak ???? Nie lah alat untuk menguji gula dalam darah . Senang cakap , nak check ada kencing manis atau tak .....

Khamis, 26 September 2013

Makam Saidina Hussein - 25/5/2013







Makam Saidina Hussein terletak berdekatan dengan Pasar Khan Khalili . Di sini lah tempat shopping ... Aku tak banyak membeli . Gambar gadis yg berpurdah tu adalah sepupu aku yg belajar di Mesir ... Sempat jumpa dan dialah sebagai jurubahasa kami untuk tawar menawar dlm membeli belah ... berbaloi2 !

Rabu, 25 September 2013

My new toy ...


2" cloth cutter , baru beli utk projek MEGA fuyooo ... macam best sangat kan !!!
Saja suka suki beli ...

Selasa, 24 September 2013

Berat naik mendadak ...


Bermacam cara aku lakukan dan bermacam ubat atau vitamin aku makan untuk menambah berat badan aku . Orang lain semua nak kurus , aku jer yang nak gemuk .. Bukanlah gemuk sangat cuma nak tambah isi sikit ... Dorang cakap aku terlampau kurus ..

Dan akhirnya , usaha aku berjaya .. Di bumi berat aku 44.70 kg , di planet Musytari , berat aku 105.67kg dan di Neptun , berat aku 50.67 kg ... Yahoooo !!!!!!!

Terpaksalah pergi ke angkasa lepas semata mata nak tambah berat badan , hahahaha ...

Ahad, 22 September 2013

Nak cepat gemuk ....

Kalau sehari aku makan coklat banyak nie , gemuk lah ....


Hanya DIA ..

Selasa, 10 September 2013

Berdoa dan Tawakkal ....


Hari nie UPSR bermula dan berakhir Khamis nanti . Ibu bapa yang mempunyai anak terlibat merasa debarannya . Berdoa dan Tawakkal ....

Isnin, 9 September 2013

Hanya pemerhati ....


Aku hanya mampu memerhati dan berdiam diri ...
Tidak mempunyai kuasa untuk bertindak ...
Suara ku tidak didengar
Walau punyai kebenaran ...
Hanya mampu berdoa ....