Ahad, 24 November 2013

Bayar Hutang ...

Minggu cuti persekolahan dah seminggu berlalu . Apa perancangan utk menghabiskan dan melaluinya ...
ramai yg pergi bercuti . Sebulan setengah ...

Bagaimana dengan aku ... Bercuti ????? Aku masukkan dalam senarai yg terakhir .

Mati tak tau bila ... So , nak bayar hutang . Hutang dengan anak2 , hutang kasih sayang ,,,,,, hutang kerja , dan terutama hutang dgn ALLAH ..

Ahad, 10 November 2013

Apa kes ...!!!!!


Terbaekkkk ... Semalam Mesy Khas Guru . Antaranya tentang markah prestasi guru . Ada ketidakpuasan hati . Guru yg dah 2 tahun tidak menghantar BUKU REKOD MENGAJAR dan SELALU TIADA DI SEKOLAH boleh mendapat markah 88% ... Hebatkan kan kan ... !!!!!!!! Guru guru yg lain , apahal ... dapat berapa ????

Khamis, 7 November 2013

Boikot ker ....


Semalam , Kelab Guru SKKP buat Annual Dinner kat Hotel City Times . Semua mengeluh ... Jamuan Hari Guru dah buat di situ . Servis tak memuaskan ... So , GB nak bajet murah , buat lg kat situ ... Nama jer dinner tapi makan stimbot ... seafood basiiiiii , tak leh makan !

Seramai 16 orang guru tak menghadirkan diri . Termasuk aku ... Letih tau ! Pagi ada Program Sambutan Maal Hijrah . Lepas sekolah ada LADAP chrome sampai petang . Malam ada dinner ... Pulak tu siapa yg tak dapat hadir , tak boleh mewakilkan kepada orang lain , walaupun suami sendiri ..... KEJAM !!!!!!

Tahun ni , KELAB GURU 2013 memang MISKIN ...

Jumaat, 1 November 2013

Amek Kaw ....


Yesss ... MB Pahang bagi cuti umum . Boleh lah balik kampong . Aku seronok sangat cuti ni bukan nye sebab nak gi Shah Alam jadi penyokong Tok Gajah .

Aku mohon cuti 4hb , nak ke KL jemput Lyna di LCCT . Dia balik ke Malaysia . Cuti ...
Aku isi borang cuti CRK ... Cuti aku banyak , tak pernah ambil CRK .. Selain daripada aku , ada 5 org lagi yg mohon CRK . Cuma 2 org jer diluluskan . Shahrul dan Aliza. Itu pun , Aliza terpaksa mendengar bebelan yg berbakul2 dari GB .  Kalau tak luluskan , cakap jer tak lulus , nie GB bagi tau diluluskan dgn hati yg berat dan membebel yg menyakitkan hati . Shahrul plk , lulus tanpa bebelan . Ermmmm ....

Aku dan 3 org lagi tak tau keputusan ... Borang yg dihantar pun tak jumpa di mana GB letak . Nak tau lulus atau tidak . GB plk hari nie tak datang . Bila Maria hubungi GB , borang ada pd dia . Tak diluluskan . Kalau nak jugak cuti , call dia , merayu ....

Ish 3x ... sampai gitu sekali , ada diskriminasi ... Ikut ko lah GB . Ada kami kisah ... Kuasa di tangan GB . Kami pun ada EGO jgk ... GB hari Isnin pun cuti gak ...

Satu kelegaan bila MB umum Isnin cuti ....   Amek kaw ...

Sabtu, 26 Oktober 2013

Apa lagi yang tak puas ni ....


Tamatlah sudah Program PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKP 2013 yang telah dijalankan bermula 25/10/2013 - 26/10/2013 selama 2 hari 1 malam ....

Bila sebut perkhemahan , tentulah ada khemah kan , kan .. mesti ada bermacam macam pertandingan yang berkaitan antara unit beruniform kan , kan ....

Bila bertanding , sudah tentu ada menang dan ada yang kalah kan , kan ... itu namanya adat bertanding . Bila ada kalah dan menang , ada juga insan insan yang tidak puas hati dengan kekalahan . Biasanya , murid murid memahami adat bertanding , tak ada pertikaian , menerima .....

Cikgu lah yang selalunya lebih lebih .... ish , ish , ish .... SIAPA TUUUUUUUUU !!!!!!

Khamis, 24 Oktober 2013

Tahi gigi jer ....

Aduhai anak muridku .... Hidup dalam kemewahan , kesenangan dan timbunan harta .
Semalam  ALIA SHUHADA 1B membawa SAMSUNG TABLET 7.0 ke sekolah . Aku tau niat mereka ni , nak main game . Mana boleh kan , peraturan sekolah tidak membenarkan ...

Aku ambil , bukan aku nak pun .... Aku bagitau dia , waktu balik nanti , jumpa kau semula dan aku akan pulangkan . Aku juga bagitau pd abang dia di tahun 3 dan 5 ...

Waktu balik , ermmmm .... tak der sorang pun jumpa aku .... Aku call parents dia , menghampakan ..
Ayah seorang kontraktor , ibu seorang guru .... Mungkin nilai TAB tu taik gigi jer pada mereka ....

FATIN AMANI pula , pemurah orang nyer ... Bawa duit sebanyak RM312 ... Habis disedekahkan pada murid2 kelas 1B. Tapi plk sedekah pada aku , guru kelas dia . hahahaha ....

Risau plk budak darjah 1 bawak duit banyak2 .. Dia kata ayah bagi . Aku ni kan guru prihatin . Call lah ayah dia ....
" Saya bagi dia RM12 , duit belanja RM2 dan yg lebih tu nak beli pensil warna . Saya tersilap bagi kot . "
Ishhhhhhh .... tersilap bagi ??????? kalau duit sekeping mungkin boleh kata tersilap bagi . Nie 6 keping duit . Takkan tak leh kira .... 

Bila aku tanya dan tanya dan tanya dan tanya dan tanya ..... Barulah dia mengaku ambil duit ibu dia tanpa pengetahuan . Yerlah ... budak kan , dia tak tau nilai duit lagi . RM300 tu adalah RM3 bagi dia .... 

Ibu ayah banyak duit hingga tak sedar duit hilang ... Hingga sekarang RM300 tu ada pada aku ... tidak dituntut seperti yg dijanjikan . Jenuh menunggu ... 

RM300 , taik gigi jer .... bagi dia ..... 


Isnin, 21 Oktober 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA .....





Urutan Manja ...

Semalam ke rumah mertua . Maksu Balik sebab nak berpantang kat kg . Kebetulan Makdek pun balik sama sebab nak berurut dgn tukang urut . Ermmmm ... Dah lama aku tak urut badan . Last urut lepas bersalin kan sikembar tahun 2006 .. Lama kan .

Rasa terpanggil nak berurut sebab tengok Makdek berurut kat rumah mertua . Dia mempelawa aku untuk berurut sama . Dia kata " Cuba lah awak tu berurut , tengok2 kot ada sakit apa2 . Orang tu pun pandai tgk jika ada " BENDA " .. Bend apa tu ?????

Mula2 aku tak nak ... banyak alasan aku bagi , tak nak berurut ... Akhirnya termakan pujuk . Tunggu makdek abis berurut lambat pulak tu ... Afiq dan Anis dah bising ajak balik , dah bosan lah tu ..

Semasa Kak Enon mengurut Makdek , sepanjang masa dia sendawa . Kesian pulak aku tgk . Banyak angin katanya ... Bila giliran aku , tak pulak sendawa . Cuma masa dia urut bahagian perut , baru dia sendawa teruk . Sampai nak termuntah .. Dia kata tak pernah jadi macam nie ...

Hari nie hari kedua aku berurut , dia tanya ada rasa apa2 tak . Aku jawap , aku tidur lena hingga ke pukul 6 pagi . Biasanya , aku susah nak tidur , selagi tak pukul 2 pagi , aku tak leh tidur dan bangun pun awal ..

Hari nie pelik sikit . ketika dia mengurut bahagian perut lagi , perut aku berbunyi seperti bunyi air , dia kata angin pecah .. bila urut lagi , bunyi makin kuat . Dia kata meremang bulu roma ... tapi teruskan juga mengurut . Badan aku semakin panas , tak tau kenapa ... dan dia pun asyik menguap mengantuk yg amat sangat ... Bila habis jer mengurut , muka dia merah padam seperti berjemur tengah panas . Padahal , petang tu hujan lebat . Dan dia terduduk seperti orang kepenatan ... Dia meminta segelas air masak utk minum tapi yang kesiannya , tak boleh minum seperti ada halangan ...

Aku balik ke rumah , seorang diri ... Dalam kereta , sepanjang jalan . aku menggigil seperti ada orang di belakang aku ... Ish , apa nie ?????




Khamis, 10 Oktober 2013

Kosong , Kosong .... kata Najwa Latiff !


Hari ni LADAP tentang Penilaian Kendiri . Banyak lah borang2 yg perlu diisi dan juga cara mengisi SKT . Guru perlu menilai dan memberi pemarkahan diri .

Sebelum cikgu2 isi , agak2lah yer ... Kalau isi markah cemerlang , fikirlah ... cikgu nie sempurna sangat ker ? Kalau isi markah rendah , dia kata plk , jangan lah merendah2kan diri cikgu sendiri ... Fikir2 kan lah . Begitulah kata GPK 1 . Ermmmm .... masalah , masalah .....

Ada lagi yg diberitahu , cikgu2 yg ada mak bapak anak murid datang komplen dan sebut nama cikgu , awal2 dah kena tolak markah . nasiblah cikgu yer .... Hahaha , aku dah 2 kali mak bapak murid datang komplen pasal aku ... Ada aku kisah !

Tapi kan ...... adil ker buat gitu ... Mak bapak komplen bkn sebab aku tak mengajar atau tak masuk kelas . Cuma disebabkan aku cubit anak dia sebab tak buat kerja sekolah walaupun dah bagi amaran berkali kali ...Kalau gitu , disebabkan nak markah cemerlang , jangan tegur murid atau abaikan murid yg bermasalah ... Ish , buat per nak kejar dunia kan , kan ... Biarlah , aku redha jer walaupun dapat markah sikit  ... Senyum jer !


Rabu, 9 Oktober 2013

Sakit Telinga ....

Dulu dulu , cikgu cikgu berlumba lumba nak punch kehadiran awal , nak yg pertama ... Sekarang , masing2 nak yg akhir sebab nak elakkan pagi pagi dapat dosa dan sakit telinga ...

Silap aku pagi tadi , ingatkan aku orang yg ke 10 tulis nama sebab pejabat dah buka awal sebelum aku sampai . Walaupun dah ramai cikgu datang sebelum aku tapi mereka tak tulis kedatangan lagi . Masing masing nak mengelak ... Aku lah jadi orang pertama dan ustaz jadi orang ke 2 ... Masa punch card , sepanjang masa , aku dan ustaz berzikir dan beristighfar ... Ya Allah , sakit telinga .

" Harap mengajar kat sini jer dah lama , satu kerja tak reti buat . BODOH , mmg BODOH !!!! "
Tak taulah HEM membebel kat sapa ... Tiap tiap hari mmg gitu , pagi2 sampai jer sekolah , nampak jer muka cikgu2 ada jer benda nak luah kemarahan dia , ada jer tak kena ...

Ada seorang budak tu mengadu kat sorang ustazah . " saya tak boleh nak buat matematik , tak boleh nak buat pengiraan , tak boleh nak tumpu , HEM bagi kerja byk , pas tu membebel jer smpi habis waktu . Tension betul ... "

Nasiblah dapat HEM kepoh ....  

Rabu, 2 Oktober 2013

Rezeki ada di mana mana ....



Jika tiada rezeki anak , mungkin diberi rezeki mertua yg baik
Maka lebih baik bahagia dari mendapat anak yg liar .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin diberi rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin diberi rezeki kenderaan yg jarang
menimbulkan masalah .
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yg mahal .

Jika tiada rezeki rumah yg besar ,
mungkin diberikan rezeki makanan yg tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan

Jika kita rezeki pasangan yg cantik ,
mungkin diberikan  pasangan yg baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin diberi rezeki umur ibu bapa yg panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yg lebih baik hari esok
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yg tak dijangka .

Bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa & bertawakkal
Hanya DIA , Allah Yang Maha Adil .






Bertawakkal lah anakku ....


Hari nie bermula PMR 2013 ...
Jawablah dengan tenang ... 
Bertawakkal lah setelah kau berusaha ... 
Doa ayah , ibu dan keluarga mengiringi mu ...
Ingat Allah ...  

Isnin, 30 September 2013

Baru nak check ...



Anak murid selalu kata aku nie garang . Sebenarnya aku nie penakut . Takut pergi hospital , takut jumpa doktor . Mungkin juga disebabkan aku ni takut penyakit .

Aku pergi hospital pun masa mengandung si kembar , bersalin kat hospital pun kerana si kembar . Bersalinkan Lyna , Kamal dan Salman kat rumah jer , berteman bidan kampung ...

Tadi aku beli benda ni pun sebab takut nak pergi klinik atau hospital . So , check sendiri ler ... Benda apa nie , tau tak ???? Nie lah alat untuk menguji gula dalam darah . Senang cakap , nak check ada kencing manis atau tak .....

Khamis, 26 September 2013

Makam Saidina Hussein - 25/5/2013







Makam Saidina Hussein terletak berdekatan dengan Pasar Khan Khalili . Di sini lah tempat shopping ... Aku tak banyak membeli . Gambar gadis yg berpurdah tu adalah sepupu aku yg belajar di Mesir ... Sempat jumpa dan dialah sebagai jurubahasa kami untuk tawar menawar dlm membeli belah ... berbaloi2 !

Rabu, 25 September 2013

My new toy ...


2" cloth cutter , baru beli utk projek MEGA fuyooo ... macam best sangat kan !!!
Saja suka suki beli ...

Selasa, 24 September 2013

Berat naik mendadak ...


Bermacam cara aku lakukan dan bermacam ubat atau vitamin aku makan untuk menambah berat badan aku . Orang lain semua nak kurus , aku jer yang nak gemuk .. Bukanlah gemuk sangat cuma nak tambah isi sikit ... Dorang cakap aku terlampau kurus ..

Dan akhirnya , usaha aku berjaya .. Di bumi berat aku 44.70 kg , di planet Musytari , berat aku 105.67kg dan di Neptun , berat aku 50.67 kg ... Yahoooo !!!!!!!

Terpaksalah pergi ke angkasa lepas semata mata nak tambah berat badan , hahahaha ...

Ahad, 22 September 2013

Nak cepat gemuk ....

Kalau sehari aku makan coklat banyak nie , gemuk lah ....


Hanya DIA ..

Selasa, 10 September 2013

Berdoa dan Tawakkal ....


Hari nie UPSR bermula dan berakhir Khamis nanti . Ibu bapa yang mempunyai anak terlibat merasa debarannya . Berdoa dan Tawakkal ....

Isnin, 9 September 2013

Hanya pemerhati ....


Aku hanya mampu memerhati dan berdiam diri ...
Tidak mempunyai kuasa untuk bertindak ...
Suara ku tidak didengar
Walau punyai kebenaran ...
Hanya mampu berdoa ....

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu ....

Dah lama bersawang ... Buang habuk ! Berjerebu di sana sini . batuk , sakit kepala , sakit tekak , sakit mata dan SAKIT HATI !!!!!!