Rabu, 18 Julai 2012

Aku bermasalah...


Dah 2x aku diarahkan menghadiri Ceramah Motivasi dan Seminar Transformasi di PPD Kuantan , iaitu pd 13/7 dan 17/7 .. Aku gi dgn rasa sedih kerana salah sorang guru celupar mengatakan bahawa aku guru bermasalah . Dan lagi satu jika ada kursus2 aku tak di benarkan gi kerana bimbang KECAIRAN MAKLUMAT .. Gitu pulak !

Mula2 jer , think +ve ..

Khamis, 12 Julai 2012

mood datang , mood hilang ....

Ramadhan semakin hampir ... Ramai pelanggan tetap bertanyakan sample biskut raya . Aku tak buat lagi , mood nak buat biskut tahun nie berkurangan .... Lebih2 lagi skrg aku cepat letih . Dah berumur lah , terasa tua sangat , tak cukup makan vitamin kot !

Kalau tak der sample tak leh ker ? Aku jual yg sama gak tiap2 tahun ... Kalau nak , order jer lah !

Jem nenas tu aku buat sendiri . Gitulah tiap2 tahun .... Entah bila nak mula menggentel jem tu utk buat tart nenas ... Pembantu aku cuti bersalin . Lyna cepatlah balik , tolong ibu nie !!!!!

Ahad, 8 Julai 2012

Boleh percaya ker ?

Hahaha .... hehehehe .... tengoklah , baru jer beli mesin jahit dah dapat tempahan buat baju . cantik tak jubah yg aku buat . Cantik kan !!!!!

Sebenarnya bukan aku yg buat jubah tu , Faizal beli kat GIANT utk wife dia . Panjang sangat katanya . Mintak tolong aku potong kan , tu yg sebenarnya .... setakat potong dan jahit lurus jer , leh lah aku terima .. tak berani lagi nak terima tempahan jahit baju . kena praktis semula !

Agak2 berapa bayaran yg aku nak kenakan , RM1 berbaloi tak ?

Jumaat, 6 Julai 2012

Khamis, 5 Julai 2012

Seronoknya jadi orang kaya ...

Betul ker jadi orang kaya , banyak duit , hidup seronok ???

Timah ,pekerja sekolah megajak aku rompak bank . " Jom cikgu As , kita rompak bank , dapat duit banyak ,senang hidup !"

" Tak nak lah Timah , buat apa banyak duit , tapi hidup sentiasa dalam ketakutan . Duit begini tak berkat , belum tentu hidup senang , tambah menyusahkan adalah . Entah2 , tengah rompak bank , kena tembak polis , saja jer cari pasal ." Saja aku melayan dia . Mungkin dia kepenatan ..

Bagi mereka yg tak pernah merasai hidup dlm kemewahan dgn limpahan wang mmg menyeronokkan . Nak apa jer boleh beli dan dapat. Hakikatnya , memang senang pada pandangn kita tapi hanya Allah yang Maha mngetahui , dan mereka yg mrasai ..

Lena kah tidur mereka ?

Ya Allah , aku brsyukur atas nikmat nikmat yg telah Engkau kurniakan .
Tetapkanlah aku dlm agama Islam dan peliharalah aku dlm keimanan .

Isnin, 2 Julai 2012

Bakal Usahawan ....









Baru2 nie , aku menghadiri Kursus Keusahawanan di Pelangi Beach Resort anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang . Kursus selama 2 hari .


Dijangka peserta seramai 30 orang utk 5 daerah tapi kehadiran amat meghampakan . Hanya seramai 13 orang sahaja . kenapa yer ???? Ramai tak minat nak jadi usahawan ke , mungkin karenah birokrasi yg amat cerewet utk mendapatkan dana atau pinjaman ...

Aku dtg utk mendapat ilmu ... dapat gak ilmu , tapi aku dah tak layak , akan aku gunakan utk anak2 nti ....

Insyaallah , bakal usahawan berjaya ! Doakan ....