Khamis, 23 Februari 2012

percuma mmg lah sedap , bila kena byr semua senyap ...

Berita baik , berita buruk ... Berita buruk tapi kegembiraan bagi orang lain dan berita baik tapi kesedihan bagi orang lain .... Kenapa yer aku cakap gitu !

Kantin sekolah di tutup atas arahan JABATAN KESIHATAN KUANTAN kuatkuasa pada 23/2/2012 sehingga diberitahu kelak . Tu makna nya dah kes teruklah . Semua tindakan dah diambil oleh pihak sekolah tapi buat degil , itulah akibatnya ...

Berita sedih bagi pihak pengusaha kantin tapi gembira bagi kami dan murid2 yg selama nie makan makanan kotor . Dah terpaksa sbb tiada tempat lain nak dituju .. Aku bawa bekal sendiri .

Bila kantin ditutup , Kelab Guru tlh diarahkan utk menyediakan makanan utk peringkat permulaan . Tau tau jerlah bila kantin serta merta ditutup ...

Aku disuruh jual mee hoon goreng ... kerana kata mereka mee hoon aku sedap . Mmg aku selalu bawa mee hoon ke sekolah , saja nak bagi makan2 cikgu ... So , bila aku buat utk jualan , tak habis plk .... kelakar kan ... Apakah mee aku mmg betul2 sedap atau habis sbb makan percuma ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan