Sabtu, 25 Februari 2012

Dah 20 tahun masa berlalu ...



Mereka kat aku beruntung , meraka kata aku bertuah dapat suami yg rajin menguruskan kerja2 rumah ... Alhamdulillah , tapi meraka tak tau cerita sebenar dan aku rasa sedih ...





Dah 20 tahun aku tak menyapu sampah ...


( dia kata aku sapu tak bersih ... )


Dah 20 tahun aku tak basuh kain ...


( dia kata aku malas , tgu kain ktr menimbun baru nak basuh ... )


Dah 20 tahun aku tak pernah beli barang2 dapur bersama ...


( dia kata aku suka beli barang yg bukan2 ... )


Dah 20 tahun aku tak pernah pergi pasar bersama ...


(dia kata aku suka beli ikan dan sayur yg mahal2 ... )


Dah 20 tahun dia tak pernah belikan aku baju ...


(dia kata aku ada duit sendiri , beli sendiri ... )


Dah 20 tahun dia tak pernah panggil nama aku , sekadar oiii jer ...


(dia kata jgn nak mengada2 ... )


Dah 20 tahun aku tak potong ayam dan siang ikan ...


(dia kata cara aku salah .... )
Dah 20 tahun tak pernah makan bersama satu meja ...


( dia kata bising , anak makan tumpah2 nasi , anak2 asyik kena mrh masa makan .. )






Dalam tempoh 20 tahun nie ,





Jika aku sakit , masuk hospital , tanggung sendiri ...


Kalau mintak duit , macam mintak sedekah ...


Nak keluar gi mana2 , mintak temankan , pergilah sendiri ...


kalau aku balik kampung sebulan , sebulan ler dia tak hubungi aku ...


Kalau aku tipon , tak berangkat , pastu tak call semula ...


Kalau ada pesanan dari sesape tak pernah disampaikan ....


Bercakap dg dia , macam bercakap dgn tunggul ...


Aku tak pernah dgr dia mengaji ... tapi dia org yg tidak pernah tinggal solat !


Kalau bercakap dgn aku , mcm aku dah buat 1000 kesilapan ...


Tak pernah minta maaf kalau dah buat kesilapan ...


Buat sesuatu tak pernah nak berbincang ...


Kalau aku lambat , dia tinggal ... rela dia tgk aku jalan kaki ....




Rasa sakit hati dan terluka makin menjadi2 ... bsan yang amat sangat hidup dgn dia . Rasa dah tak sanggup tapi demi a






HARI NIE ULANG TAHUN YG 20 PERKAHWINAN AKU ...



















Khamis, 23 Februari 2012

percuma mmg lah sedap , bila kena byr semua senyap ...

Berita baik , berita buruk ... Berita buruk tapi kegembiraan bagi orang lain dan berita baik tapi kesedihan bagi orang lain .... Kenapa yer aku cakap gitu !

Kantin sekolah di tutup atas arahan JABATAN KESIHATAN KUANTAN kuatkuasa pada 23/2/2012 sehingga diberitahu kelak . Tu makna nya dah kes teruklah . Semua tindakan dah diambil oleh pihak sekolah tapi buat degil , itulah akibatnya ...

Berita sedih bagi pihak pengusaha kantin tapi gembira bagi kami dan murid2 yg selama nie makan makanan kotor . Dah terpaksa sbb tiada tempat lain nak dituju .. Aku bawa bekal sendiri .

Bila kantin ditutup , Kelab Guru tlh diarahkan utk menyediakan makanan utk peringkat permulaan . Tau tau jerlah bila kantin serta merta ditutup ...

Aku disuruh jual mee hoon goreng ... kerana kata mereka mee hoon aku sedap . Mmg aku selalu bawa mee hoon ke sekolah , saja nak bagi makan2 cikgu ... So , bila aku buat utk jualan , tak habis plk .... kelakar kan ... Apakah mee aku mmg betul2 sedap atau habis sbb makan percuma ???

Sabtu, 18 Februari 2012

Terbaikkkk... !!!!! Boboboooooi !!!

Baca nota ...
Cuba buat ...

praktikkan , hahaha....


Ladap 1/2012 , bertempat di Padang SKKP . Di bawah pentadbiran KOKO . Mr Deave lah tu ..

Menjemput JU Bhgn Unit Uniform Peringkat Negeri . Di ketuai oleh En Nazri dan dibantu oleh 2 lagi rakan mereka . Aku tak ingat nama ...


Mereka nie melatih dan memberi tunjuk ajar cara yg betul ttg kawat kaki , membaca kompas dan berbagai2 jenis ikatan ... Bukannya kami nie tak tau , tetapi sebagai penambahbaikkan ilmu yg sedia ada , sekaligus mengajar mereka yg mmg benar2 tak tau tapi malu nak mengaku ... Akulah tu !


Nak tau ... selama 23 tahun aku jadi GURU dan 7 tahun aku mengajar di SKKP dah 3 kali aku bertukar unit uniform ...


1 tahun tanpa unit uniform , 2 tahun pengakap , 2 tahun PBSM dan tahun nie TKRS ... Lepas tu , dlm setahun 3 kali perjumpaan jer ... kelakar kan , sila ketawa , hahahaha ... Bila hujan turun setitik jer , terus KOKO waktu petang di BATAL kan ... tak sempat mendalami ilmu dlm unit tertentu , dah kena tukar unit lain ... Aku tak betul atau GPK KO yg tak betul ????


Aku tak pasti samada aku nie jadi rebutan unit lain atau aku mmg tak diperlukan ... SAH ! tahun dpn plk PUTERI ISLAM ....






Khamis, 16 Februari 2012

Aku amat impikan suasana itu ....

Gunakan cuti yg ada sepenuhnya , nikmatilah bersama keluarga tersayang ... Jgn macam aku , selalu menghabiskan cuti bersama anak2 tanpa suami . Tapi aku ada suami ....

Alangkah bahagia dan seronok bila dapat bersama sekeluarga ... Alasan suami tak nak bercuti bersama , makan angin bersama , kononnya dia dah puas berjalan masa zaman muda2 ...

Itu zaman muda , zaman bujang ... sekarang zaman dah bekeluarga ! banyak perbezaannya !!!!

Teringinnya aku , bila agaknya aku dapat merasa situasi begitu . Sempat ker aku merasa situasi begitu . Aku mmg sgt2 teringin saat begitu ...

Tapi suami aku tak pernah memahaminya ... Tak per lah , asalkan dia izinkan aku pergi kemana saja dgn anak2 menghabiskan cuti .... Mungkin suatu masa nanti dia kan menyedarinya dan menyesal ... pada saat itu semuanya telah terlambat !

Aku tidak mempunyai kenangan manis bersamanya ....

Selasa, 14 Februari 2012

Dugaan meninggikan martabat ...

Kenapa harus mengeluh bila dugaan dan ujian datang melanda . Tiada siapa pun yg menghendaki ujian2 datang dalam perjalanan hidup kita . Tetapi , adakah kita sedar ... Jika dlm hidup kita tiada satu pun masalah melanda , itu menandakan terdapat garis pemisah antara kita dgn Allah . Itu harus kita RISAU .....
Jika hanya gelak ketawa , senyuman , senang hati dan tiada tangisan dan rintihan , itu tandanya ALLAH membiarkan kita . Mungkin juga tanda bahawa kita tidak di redhai ALLAH ...
Bersyukurlah jika ada ketika tersandung tunggul dan terjatuh , kaki atau tubuh badan luka dan kesakitan , sebutlah Astaghfirullah dan kemudian Alhamduillah .
Senyumlah dlm kesakitan kerana setiap kesakitan yg kita rasai , ALLAH beri pahala dan sebagai penyucian dosa .... Itu tandanya ALLAH masih sayangkan kita dan sedang menaikkan martabat kita di sisi NYA ....

Sabtu, 11 Februari 2012

Black Magic Women ...

Bersama teman2 sempena majlis Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah . Dari kiri GPK 1 Puan Salina Arbaa , Puan Rossyati bt Sulong , Puan Siti Nor Aizam bt Sh Ahmad , Puan Siti Zanariah bt Malik , Cik Mastura bt Talib dan aku ..

Jumaat, 10 Februari 2012

Otak berkarat , kena cuci ...

Bila org lain mohon sambung belajar , aku nie pun menyibuk mohon... Saja nak test market . Padahal otak dah berkarat . Member2 kat sekolah 80 persen dah ada degree . Ada yg nak buat master lagi ... jeles nie , kena cabar diri sendiri . Suspen , masa nie tak tau opsyen apa yg diberi . Semasa memohon online , aku pilih SAINS , MATH dan BIMBINGAN & KAUNSELING ...


Tapi ini yg ditawarkan , AeU ???? kat mana ... tanya member semua tak tau . U baru kot ! Boleh ker BI nie ... Berat lah ... Tak mampu .. tak per , boleh buat rayuan tukar opsyen dan U .


Alhamdulillah , buat rayuan dan diterima .... Bersemangat nie nak belajar untuk belajar semula . masih belum terlambat lagi kan , kan , kan .... Irana dan Nomani pun dapat opsyen SAINS !!!!





Rabu, 8 Februari 2012

Orang berbudi , kita berbahasa ...

Duk umah petang2 nie , tak tau nak buat per ! mencuba resepi yg aku dapat dari internet . CARAMEL CHEESE PUDDING . Bagi sket kat jiran sebelah dan depan umah .


Dapat balasan .... Ita depan umah bagi Cekodok Jagung . Sedap gak , buat kudapan minum petang .



Anda berada di mana ???



Ahad, 5 Februari 2012

Indahnya Hidup Tanpa Derita ...



Mengumpulkan 40 buah cerita kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarakat hari ini. Namun watak2 di dlm buku ini telah diubah suai bagi menjaga maruah dan kebajikan bersama.



Buku ini turut dilengkapi dgn pakej nasihat dan tip2 keagamaan dan psikologi utk dijadikan rujukan dan panduan kehidupan. Banyak perkara menarik dikongsikan kerana kisah yg dipaparkan kadang2 merupakan kisah ekstreem yg tidak terjangkau oleh akal fikiran .



-KADANG2 KITA MERASAKAN DUGAAN KITALAH YG PALING BESAR ; SEDANGKAN ADA RAMAI LAGI ORANG LAIN YG DIUJI DGN DUGAAN YG JAUH LEBIH DAHSYAT .-




**** aku beli buku nie pada 21/11/2011 di MPH , Jaya Jusco Kelang . Utk merawat hatiku yg sedih dan luka . ****





Khamis, 2 Februari 2012

siput , seafood , kerang ...

Kalau gi ke pasar bersama sikembar , benda nie lah yg selalu dorg suh beli . " Ibu , beli ketang (kerang) ! "


Biasanya aku rebus jer , cicah dgn sambal kicap . Sikembar makan gitu jer ... Bila tengok kerang nie , teringat nostalgia zaman aku sekolah tingkatan 1 dan dua . Tahun 79/80 ..


Nak cari duit lebih utk belanja sekolah . Aku amik upah kopek kerang kat restoran Pakcik Said . Setiap pagi dm kul 9 , Pak Cik Said akan anta kerang yg telah direbus ke rumah .. Kuku rosak ! tak pe lah , dapat upah ... tak menyusahkan sesape pun . Alhamdulillah ....