Ahad, 15 Januari 2012

Syukur nikmat sihat dan waktu lapang ....

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " keadaan sihat dan waktu lapang adalah dua nikmat yg Allah berikan kepada manusia , namun mereka sering melupakannya."

Sebenarnya , kesihatan itu amat mahal yg tidak ternilai dengan wang ringgit . Biasanya , kita hanya dapat menilai nikmat sihat ketika kita sakit . namun apabila kita sembuh , kita melupakan bahawa yg telah menyembuhkan kita ialah Allah s.w.t .

Sebagai muslim sejati , kita seharusnya tahu mempergunakan kesempatan waktu lapang dengan melakukan perkara2 yg bermanfaat bagi diri dan orang lain . Itu semua dikira sebagai ibadah .
Kita selalu melupakan akhirat kerana terlalu mengejar duniawi . Seolah olah tiada masa langsung utk melakukan amal ibadat .

Fahamilah hakikat kesihatan yg dianugerahkan oleh Allah agar kita berusaha utk melakukan kebaikan sebanyak banyaknya. Pergunakan lah waktu yg terluang sebaik baiknya utk mempertingkatkan keimanan dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan lakukan juga perkara yg bermanfaat kepada orang lain .

Beringatlah , bahawa semuanya akan berkurang atau hilang sekelip mata .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan