Jumaat, 27 Januari 2012

Terjah Aquaria ....

Kat luar sebelum masuk ...
tgk piranha ... sori yer ! amoi seksi tu bukan aku yer !!!!

Tapak Sulaiman ...


Dalam terowong ... gambar tak elok , goyang !!!!


Kopak lagi ... RM11.90 utk seorang !!!



Keseronokan nak bawak anak2 jalan2 kat KL ... Biarpun duit yg ada tu ciput ! Alhamdulillah , tercapai jua .

Tiket masuk mmg mahal giler , aku amik pakej 2 adult + 2 child (RM108) + dgn Farah (RM25-tanpa pakej )=RM133 .... Gunakan masa yg ada sepenuhnya , jgn membazir masa !

Dalam Aquaria , tak banyak gambar yg dirakam oleh Salman . Dia pun teruja tgk ikan2 , lupa nak snap .. lagipun dlm tu gelap , siap announce tak dibenarkan snap gambar guna flash , so gi mana ????

Layan ajer lah yer !!!!




Khamis, 26 Januari 2012

Rasailah keseronokkannya ....

Bermula dari sini
Ada 9 lagi perhentian harus dilalui

pelik tengok rel keretapi ...

dah bosan tunggu , lambat tiba ...

sampai pun ...

dalam komuter , perjalanan balik ke Shah Alam ...
kuar pagi balik petang ....

dah sampai Shah Alam ...

kepenatan , perjalanan ke Meru ...


Journey nie masa cuti raya cina baru2 nie . Baru dpt upload gambar2 .

Aku suka sesuatu yg adventure . Saja bawa anak2 naik keretapi . Biar dorg merasa keseronokan nya . Asyik naik kereta jer ! Tujuan sebenar nak gi ke KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre ) , ke AQUARIA , nak tengok ikan ...

Kami keluar pagi , Lyna yg hantar ke stesen Shah Alam . Bila tiba di stesen , sikembar terlompat2 keseronokan nak naik keretapi . Almaklum lah , asyik naik kete jer bila ke mana ..

Dari Shah Alam terus ke KL sentral . Harga tiket keseluruhan utk 5 org , 2 dewasa 3 kanak2 ialah RM8.60 ( Dewasa RM2.50 , kanak2 RM1.20 )

Bila sampai KL Sentral , kami naik teksi ke Aquaria ... kena RM2o . Mahal giler ... tapi terpaksa sbb tak nak berebut naik komuter ke Suria KLCC .. Sebenarnya aku nie BODOH SOMBONG ! Padan Muka aku !

Waktu balik , barulah naik komuter dari KLCC ke KL sentral . Tu pun sebab duit dah kopak . pandai plk ramah mulut bertanya cara nak ke KL Sentral . Separuh harga dari tambang teksi ...

Ermmm ... utk keseronokan mmg duit byk habis pun tak terasa .. Tu pun Anees ajak naik lagi keesokkan harinya ..








Selasa, 24 Januari 2012

Beza antara BADUT n PANDA ...

Cuti sekolah nie ( 22hb Jan ) bawak anak2 gi zoo negara . Biar dorg kenal haiwan2 yg ada di dunia nie . Asyik kenal lembu dgn kambing jer !

Mmg kelakar , kesian kat mereka . Bila dorg nampak binatang nie , Afeeq kata nie " BADUT " , Anees plk kata yg nie " PANDA " . Hahahahaha .....

Isnin, 23 Januari 2012

aku ingin lari dan sembunyi ....

pergi jauh ,

bersembunyi

biar tiada orang yang tahu

merajuk hati dari mereka yg ku sayangi ...

Ahad, 22 Januari 2012

ku impi kan saat begini ...


Bila ????

Walaupun dah jadi muhrim tapi tak merasai saat begini !

Bila aku memegang tangannya ,

malu orang tengok katanya ...


Aku mmg mengimpikan saat begini ...

aku merindui sentuhannya ...

aku ingin berdua bersamanya ...


aku ternanti2 saat itu ...

adakah aku berkesempatan utk merasai ...

disayangi , dirindui ...

dibelai !!!


Aduhai , suamiku ....





Sabtu, 21 Januari 2012

Ermmmm .... sepatutnya waktu nie aku dalam flight penerbangan ke PADANG , INDONESIA . Makan angin ke sana bersama KAMAL. Aku batalkan kerana Lyna nak balik . Padahal pada mulanya dia tak nak balik kerana KITAS tak siap ... Berjanji nak jumpa di PADANG .

Manusia kan ... Katanya kalau dapat balik nak gunakan masa dgn sepenuhnya utk bersama IBU .. Lain plk bila dah dapat balik !!! Ibu tggl sorang !!!!!!

Sedih gak hati nie ....

lyna dah balik ..

Gembira hati bila Lyna balik bercuti ... Mula buat perancangan utk menghabiskan cuti utk bersamanya . Sekolah aku pun bercuti dari 21/1 - 29/1. Lama tu !!!

Senarai2 tempat yg nak gi , MELAKA , PD , CAMERON HIGHLANDS , naik keretapi ...
Ermmmm ... sedih bila dia kata nak jumpa kawan2 nyer !!!!!

Rabu, 18 Januari 2012

Lebihkan akan kurangkan ....

MELEBIHKAN SESUATU AKAN MENGURANGKAN SESUATU

- menghayati pesanan Amirul Mukminin Sayidina Umar R>A :




  • Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan .


  • Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu .


  • Orang yg kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya .


  • Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.


  • Orang yg sentiasa silap akan mengurangkan malunya.


  • Orang yang kurang malunya , kuranglah sifat waraknya.


  • Orang yg kurang sifat waraknya maka hatinya telah MATI .

ps: petua ustaz (GEN-Q isu 6 )


Ahad, 15 Januari 2012

Syukur nikmat sihat dan waktu lapang ....

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " keadaan sihat dan waktu lapang adalah dua nikmat yg Allah berikan kepada manusia , namun mereka sering melupakannya."

Sebenarnya , kesihatan itu amat mahal yg tidak ternilai dengan wang ringgit . Biasanya , kita hanya dapat menilai nikmat sihat ketika kita sakit . namun apabila kita sembuh , kita melupakan bahawa yg telah menyembuhkan kita ialah Allah s.w.t .

Sebagai muslim sejati , kita seharusnya tahu mempergunakan kesempatan waktu lapang dengan melakukan perkara2 yg bermanfaat bagi diri dan orang lain . Itu semua dikira sebagai ibadah .
Kita selalu melupakan akhirat kerana terlalu mengejar duniawi . Seolah olah tiada masa langsung utk melakukan amal ibadat .

Fahamilah hakikat kesihatan yg dianugerahkan oleh Allah agar kita berusaha utk melakukan kebaikan sebanyak banyaknya. Pergunakan lah waktu yg terluang sebaik baiknya utk mempertingkatkan keimanan dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan lakukan juga perkara yg bermanfaat kepada orang lain .

Beringatlah , bahawa semuanya akan berkurang atau hilang sekelip mata .

Ahad, 8 Januari 2012

Anak Nakal adalah UJIAN

Firman Allah SWT dalam surah al-ANFAL ayat 28 bermaksud : "Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allah pahala amat besar . "



Sebagai manusia biasa , adakalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik , doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan dalam mendidik anak .



Ada doa dalam Al-Quran utk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat . Antara doa yg perlu diamalkan ialah :


Surah Toha ayat 1-5


Surah Al-Syura ayat 19


Surah al- Hasyri ayat 21

*

- amalkan dan tiup pada ubun ubun rambut anak atau tiup dalam air -




p/s : tika dan saat ini , aku amat susah hati kamal tak balik lagi dari semalam . Pergi memancing bersama kawannya tanpa pengetahuan aku . puas dihubungi ....



Sabtu, 7 Januari 2012

Ketika Bangun Tidur !

Usap wajah yg terkesan bekas tidur dgn telapak tangan.

Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar ,

perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis riwayat Muslim :

"Rasulullah s.a.w bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur

dari wajah dgn tangannya."
*

*

Berdoa ketika bangun tidur :

"Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan kami

setelah DIA menidurkan kami , dan

kepada Nya kami dibangkitkan."

(Riwayat al-Bukhari)

*

*

Bersiwak.

"Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam ,

Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak."

(Muttafaq 'alaih)

*

*

Mengeluarkan atau menyemburkan air dr hidung setelah menyedutnya

(tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Apabila seorg antara kamu bangun drp tidur ,

maka berbuatlah demikian 3 kali ,

kerana sesungguhnya syaitan bermalam

di hujung (rongga)hidungnya." (Muttafaq 'alaih)

*

*

Mencuci tangan 3 kali .

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:

"Apabila salah seorg drp kamu bangun tidur ,

jgnlah memasukkan tangan (keseluruhan)

ke dalam bekas air sebelum mencucinya 3 kali."

(muttafaq 'alaih)

**********


sumber dr majalah GEN-Q m/s 49

Aku pun dulu gitu ...

Minggu pertama dah berakhir . Tiap2 tahun aku menerima wajah2 baru . Anak2 yg bersih dan tulus , wajah ceria dan ketakutan . Murid2 tahun satu Mursyid dan 1 Barakah . Mursyid kelas pertama dan Barakah kelas akhir . Tapi siapalah kita utk menilai kelas pertama kelas cerdik dan kelas akhir kelas yg terpilih seperti yg dikatakan oleh GPK 1 , kelas BONGOK .. Astaghfirullah , Ya Allah , ampunkan dosaku .

*

Masuk kelas M , aktif , berani ... Bila aku memulakan P&P .. ada yg memandang keluar , melihat murid lain bermain di padang , Pendidikan Jasmani . Aku pun bersuara spontan , " Siapa tak nak belajar , nak main boleh keluar ! " Hahahaha .... padan muka aku . Budak2 nie , bersih ... manalah dorag faham bahasa terbalik . Lain kali cakap kena fikir dan tapis ....

*

Masuk kelas B pulak , aku kena jaga cakap , ada yg aktif dan ada yg pasif . Aktiviti pertama , menyanyi lagu " GOOD MORNING " . Ada gak murid yg menangis , sedih sangat ker lagu nie ???? Bila aku tegur , kenapa menangis , makin kuat plk tangisan dia , aduhhhhhh !!!! Lepas tu , sepupu dia yg memujuk pun sama menangis , lagi kuat ... Hahahaha.!!!

*****

Aku memahami perasaan dia . Aku dulu pun macam dia gak , ada perasaan takut , gelisah , kurang keyakinan ... hari2 aku menangis . Kuang3x

Khamis, 5 Januari 2012

Tabahkan hatimu ...

Aku baru mendapat berita sedih tentang anak Suhana pagi tadi . Itu pun Noriah yg maklumkan . Anaknya dimasukkan ke wad dah lama , bukan disebabkan penyakit yg dihidapi sekarang , tapi kerana pembedahan bisol di pipinya . Lanjutan dari itu , dapat dikesan ada penyakit lain . LUEKIMIA ...

*

Suhana , semoga engkau tabah menghadapi dugaan ini . Aku tak setabah engkau . Melihat keadaan anakmu tadi pun aku dah menangis ... Apa yg berlaku ada HIKMAH tersembunyi yg ALLAH kurniakan buatmu ...

Isnin, 2 Januari 2012

Nikmat yg dah di tarik ...

Umur semakin meningkat . Dah masuk waktu senja . Waktu2 gini , banyak kenikmatan yg dah ditarik . Nyawa bila2 masa jer dari sekarang ...
*
Antara nikmat2 yg dah ditarik :
  • nikmat melihat - mata semakin rabun . dah pakai cermin mata ,
  • nikmat makan - gigi dah banyak gugur , byk kena pantang makan , selera makan makin berkurangan .
  • nikmat berjalan - kaki mula terasa lenguh2 dan lutut kadang sakit terutama kaki kiri . Maklum jer lah tiap2 hari tekan clutch kereta .
  • nikmat cantik - kulit makin berkedut , rambut byk gugur walaupun uban belum kelihatan lagi .
  • nikmat sihat - dah ada tanda2 penyakit , dada selalu sakit . tapi tak check jantung lg , darah rendah , selalu sakit kepala .

*

*

*

Bekalan ke alam barzakh belum mencukupi .

Ya Allah .. tetapkan aku dalam agama Islam dan Peliharalah aku dalam keimanan .

Ya Allah , aku ingin mati dalam keadaan aku bersujud menyembahMu .

Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah .

Sampai pencen ...

Ini Anis Adilla Bt Ridzuan .
*
Lusa dah mula persekolahan . Anak2 semua bersekolah . Anis dan Afiq masuk Tadika KEMAS . Ahmed Kamal dah tingkatan 5 . Akan mendudui SPM tahun nie . Salman pula tingkatan 2 .
*
Aku pun kena gi sekolah gak , mengajar tahun 1M dan 1B . Rasa2 nya sampai pencen akan mengajar tahun 1 . Ramai yg ditawarkan tahun 1 tapi menolak . Alasannya , tak biasa dgn budak2 kecik , cerewet , banyak kerja , budak2 kecil tak dengar arahan , susah nak kawal . Gitu ker ???
*
Ada pulak tu , memilih kelas . Nak mengajar kelas murid yg pandai2 jer . Ada gak nak mengajar kelas yg ada anak dia . Nak mengajar anak sendiri . Apa pandangan cikgu2 nie pada cikgu lain yang tiada pilihan dan terpaksa mengajar kelas murid2 kurang cerdik .
*
Aku , Imah n Irana dah bertahun mengajar tahun 1 . Permintaan utk kelas tahun lain ditolak kerana tiada cikgu yg sanggup ajar tahun 1 . Yang kelakar nya , semua subjek dia ajar , kecuali agama dan BI . Hebat Irana dan Imah . Tabiklah !!!!

Ahad, 1 Januari 2012

Rasa hati

Jangan salahkan aku andai nanti aku berubah hati . Aku dah terlalu banyak bersabar . Rasa tak tertanggung lagi . Aku masih boleh pendam lagi rasa sakit hati ku . Kebosanan aku dah meluap2 . Aku pernah bagi tau yg aku mulai merasa BOSAN ...

Nie kategori kejam ke ?

Ya Allah ,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih !
Ya , Allah ,
Ku mohon pada Mu ,
tenangkanlah hatiku ...
Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan
dalam menghadapi arus kehidupanku ini ...
*
*
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
permintaan hambaMu ini ...
AMIN
*
*
*
(disaat ini aku dan anak2 di rumah makan nasi dgn ikan masin jer ! sedangkan dia beli ikan patin , masak kat umah mak dia makan ramai2 dgn adik beradik tanpa memberitahu dan mengajak aku & anak2 . Sadis sungguh ! -dpt tau pun dlm facebook , bila mereka bercerita ... )

yANG MANA satU ...

dah tahun baru !
*
Kalau hari nie lebih baik dari semalam , UNTUNG ler !
*
Kalau ari nie sama macam semalam , MALANG ler!
*
Kalau ari nie lebih teruk dari semalam , CELAKA ler !
*
So ??????????
*
fikir2 kan yer !!!!!!!!!
^
^
^
^
SELAMAT TAHUN BARU 2012 .