Jumaat, 16 November 2012

Majlis Perkahwinan terakhir ....


Baru baru nie , 11/11/12 .. Maksu , Rahida Ramli , adik ipar aku yg bongsu melangsungkan perkahwinannya bersama Hafiz Halim .

Tak de gambar yg aku snap , photographer yg biasa2 , Ayah Cik dan Ayah Dek , masing2 demam , x larat bangun !Photographer yg tak bertauliah , masing2 sibuk dgn kerja2 . Harapkan gambar2 dr pihak lelaki ... Aku pulak mendapat tugasan lap meja , so mmg tak berkesempatan ...

Majlis kali nie , aku rasa tak meriah seperti majlis adik2 yg lepas ...




Khamis, 8 November 2012

SCANNER ROSAK ...


Alhamdulillah , laptop yg hilang dah dijumpai ... hampir 3 minggu ! Apa yg aku fikirkan mmg betul ! Tapi aku ditegur ttg fikiran jahat aku tu .

Si kasut merah  : " kenapa kamu kata orang tua tu , kesian dia .... , jahat betul lah fikiran kau tu !"
Aku tak tuduh dia amik , aku cuma kata " cuba tanya dia sebab dia orang terakhir yg ada dalam bilik tu . "

Tiada sorang pun berani tanya termasuk aku dan si kasut merah . Masing2 cuba cari dulu .

Aku orang yg terakhir guna laptop pada 15hb Okt , disedari hilang pada pagi 16 okt ketika aku nak amik semula utk buat SMM ... Jumpa semula pada 29hb Okt ... Aduhai , lega aku sebab aku lah orang yg disoal siasat selepas GB buat aduan polis . tapi aku tak pun rasa cemas , tenang jer sebab mmg bukan aku yg amik .

Si CC yg mengaku laptop tu hak dia pun , hilang ntah ke mana masa polis dtg  .. mana berani kan , keluarkan laptop HAK KERAJAAN  dari peti besi tanpa kebenaran , pas tu mengaku hak sendiri ,wpun aku tanya berkali2 bila aku nmpk lambang KPM .. GPK HEM plk kuar arahan suh aku guna laptop tu utk buat data SMM ..

GB pun , bila dibgtau ttg kehilangan laptop tu , muka selamba jer  dia jawab SAYA TAK TAU DAN SAYA TAK AMBIL ... Dia tak risau pun yg dia akan kena SURCHARGE ... tau jer lah kalau harta kerajaan , SPRM leh datang tau ....

Sepanjang tempoh kehilangan , macam2 berlaku ... kelakar pun ada .. Ada ker patut GPK HEM dan CC gi jumpa seseorang yg kononnya boleh SCAN sapa yg mengambil ... hahahaha !

CC bagi SMS kat aku " Cikgu Rosmah , saya rasa laptop tu ada pada cikgu , mungkin cikgu lupa nak pulangkan . "

GPK HEM plk bertanya pada si kasut merah , " betul ker dia dah pulangkan , ada org nmpk ker dia simpan laptop tu semula dlm peti besi ."

CC dan GPK HEM syak aku yg amik sbb SCANNER dorg kata yg amik laptop tu PEREMPUAN . Mereka berdua nie tak sedar ke yg mereka pun PEREMPUAN !

Lantak koranglah , ada AKU KISAH ...

Semua tempat dah selongkar cuma satu bilik jer lagi belum ... waktu tuannya tiada , gi mesy di PPD , si kasut merah , GPK HEM , CC dan kerani menyelongkar ... Akhirnya !!!!!!!!!

Dan FIKIRAN JAHAT aku betul , macam mana DIA jawab dgn muka selambanya ... dan macam tulah dgn muka selambanya dia diam jer bila di beritahu laptop dijumpai di bilik dia ... sehinggalah sekarang , terus senyap begitu jer !










Jumaat, 19 Oktober 2012

Kenapa mesti menipu kalau niat tu BAIK !


Laptop hilang , Alhamdulillah ! Memang rugi tapi kebenaran terbongkar hingga ke akar umbi . Kalau pada awalnya bermula dengan PENIPUAN , itulah padahnya , jawablah KAMU !!!!!

Rabu, 17 Oktober 2012

Kg Tanpa Wayar ...


Tak lama lagi nak tutup sekolah . Banyak perkara yg harus diselesaikan . Kursus2 perlu dihadiri . Mesyuarat tak henti2 . GPK2 berlumba2 macam tak cukup hari . Program sana , program sini . Musim hujan pula menanti . Serabut macam katun ....

Handset , Laptop dan duit cikgu2 hilang . Misteri ... tak dapat dikesan ! Sekolah banyak toyol .

Rabu, 19 September 2012

Ampunkan Aku ..


Ya Allah , permudahkanlah segala urusan kami . Hanya kepada Mu ku meminta dan hanya pada Mu ku memohon pertolongan ..

Ahad, 16 September 2012

Khamis, 13 September 2012

Akhirnyer ...


Horee !! Merdeka ...UPSR dah abis !

Senang nyer hidup !


" Kamu nie dah tau demam , kenapa dtg sekolah gak . Duduk lah umah , ajak mak gi klinik . " " Emak suruh dtg jg . Mak kata nti pandailah cikgu urus... " Amboiiiii !!!!

Selasa, 11 September 2012

Moga sukses..


Meriahnye ari nie .. Ramai murid tidak hadir dan kelas digabungkan mengikut tahun .Memudahkan utk kawalan kelas . Lagipun ramai guru yg tiada di sekolah kerana menjadi pengawas UPSR di sekolah lain dan juga menghadiri kursus kssr . SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT SEMUA PELAJAR TAHUN 6 .

Isnin, 10 September 2012

Si luncai terjun dgn labu-labunya ...


Waktu perhimpunan , GB buat pengumuman , benarkan murid2 tahun 1 , 2 , 3 , 4 & 5 bercuti esok , lusa dan tulat . Jumaat dtg semula utk jamuan hari raya . Ini utk mengelakkan kebisingan melampau sewaktu UPSR .

Tahun2 yg sudah , GB buat permohonan cuti bergilir dgn kebenarn dari PPD.

Jumaat, 7 September 2012

Bangau oh bangau ..




Sedih nye tgk pintu bilik guru nie ..daif nye , tiada yg peduli . Kalau pintu tu ada suara , dah lama dia menangis dan merayu . Telah di maklumkan pd pihak pentadbir tapi tiada apa2 tindakan pun . Padahal dari awal tahun .. Tunggu sesuatu perkara buruk berlaku barulah tindakan diambil . Itu pun masing2 akan menuding jari utk menutup kesalahan ..

Khamis, 6 September 2012

Duhai hati , kuat dan tabah ...


Pagi2 smpi ke sekolah , aku nmpk kak long dlm kesakitan . Aku suh dia amik mc tapi dia kata boleh brtahan .

Imah bgtau kak long terbaring kat bilik koperasi , tak larat nk bangun . Tinggal kelas jap , tgk dia menangis dlm keadaan kesakitan . Aku paksa dan bawa dia ke klinik .

Dalam perjlnan dia asyik mengatakan yg dia byk dosa sbb tu ujian asyik brtimpa2 .

Aku kata , Allah sayang kat kita , ujian yg diberi agar kita tidak mlupakan DIA dan tetap bersyukur . Ujian tu baru sedikit , bandingkanlah dgn sahabat2 yg lain spt Rohana , hampir setahun cuti sakit , Rahamah dan anakya , Rossyati dan Ros azimah . Ujian yg mereka hadapi lagi besar dr Kak Long .Tapi aku tak pernah dengar mereka mengeluh pun .

Semoga aku jadi seperti mereka , kuat dan tah menghadapi ujian . Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada ..

Selasa, 4 September 2012

terdiam dan menilai diri ..





Aku membuat penilaian terhadap diriku .. apakah aku pernah membuat salah pd mereka sedangkan ini lah kali pertama aku berurusan dgn mereka . Ermm , mungkin aku ada buat salah dgn org lain tanpa aku sedari ..

Bayaran utk tempahan kek cawan kpd ku berkurangan tidak seperti yg dijanjikan . Mereka ni nk bg makan org tapi kenapa buat begini .. Tak takut ke ?

Tapi Alhamdulillah , mereka bayar gak walau tak sepenuhnya ...

Hari nie hari lahir Salman . Tak buat kek pun utk dia ! Sibuk buat tempahan utk org lain .tapi aku kuar dgn dia , gi ke McD makan GCB ..

Isnin, 3 September 2012

Aci ker !


Salah satu sebab kenapa wanita lebih ramai ..

Ahad, 2 September 2012

Trust in Allah


Sunyi semula ...


Ari nie lyna balik semula ke Makassar . Aku tak hantar .. Dia dah pandai uruskan sendiri . Si kembar dah mula bertanya .. dh tak dengar dia meyakat adik2 nya yg kadang kala membuatkan aku marah dan geram ..

Jumaat, 31 Ogos 2012

Khamis, 30 Ogos 2012

hikmah dan nikmat ...


Alhamdulillah .. apa yg berlaku ada hikmah dan nikmat disebaliknya .Terima kasih Cha kerana pulangkan kain dan tak dapat siapkan baju raya aku dan lyna utk raya . Hikmahnya , aku dapat keluarkan bakat terpendam aku . Buat baju raya lyna sehari sebelum hari raya . Pulun habis habisan ... Nikmatnya ... puas hati , first time buat dlm tempoh 10 tahun baju terakhir ... kemudian , mula sakit kepala tak cukup tidur nk jahit 3 pasang lagi ..

Selasa, 28 Ogos 2012

Hajat tak sampai ..

Hajat tidak kesampaian , dah lama nak buat bubur candil . Nak makan utk berbuka puasa berama suami . Tepung beras disangka tepung pulut . Setengah jam rebus ketulan kecil tepung tak timbul2. Ada yg tak kena .. ermmmm , masyaallah ! Kamal silap beli tepung , aku suhbrli tepung pulut , dia beli tepung beras .Aku plk tak tgk label ..

Isnin, 27 Ogos 2012

Baru jumpa ..


Aku ada 2 orang abang dari ibu yg berlainan ..Ini yg sulong . Mohd Jahari bin Tamrin. Bertahun tak jumpa .Mohd Juwani bin Tamrin , abang yg ke 2 ..

Ahad, 26 Ogos 2012

Rezeki kamu ...terima kasih !


Strawberry Cheese Brownies ... Aku buat khas utk 2 org anak sedara aku , Efa dan Zati . Dorg nie tolong aku buat kerja2 kat dapur masa raya ke 4 .Ari tu aku buat makan2 , jemput adik beradik bertamu . Sedara mara dari Pekan pun dtg gak ..

Dorg tak dapat makan brownies nie ari tu . so , aku janji kat dorg , aku akan buat utk dorg bwk balik ke kolej ari nie ..

Isnin, 20 Ogos 2012

Perlukah aku malu ???

Seronok dapat berkumpul bersama dgn adik bradik . Bertemu sedara mara dan sahabat handai di bulan yg mulia ini . Banyak cerita , banyak pertanyaan dan luahan hati yg dikongsikan ..Kenapa kau begini , kenapa kau begitu , kenapa makin kurus ??? Aku dh lali dgn soalan2 begitu .. Alhamdulillah , aku sihat ! Kau dah jadi apa skrg ? Itu salah satu soalan yg diutarakan ... Jadi apa ?? Aku faham maksud pertanyaan itu .Menbandingkan dgn dia yg baru bekerja telah memegang jawatan penting dlm pentadbiran .. Ahh ! Ada aku kesahhh!! Malu ker aku ?? Rezeki masing2 ... Biarlah aku jadi cikgu biasa yg tidak memegang jawatan penting walau telah berpuluh tahun mengajar . Suatu masa dulu , jawatan itu telah merenggangkan hbgn aku dgn Allah . Ya Allah , ampunkan dosa2 ku ...Jadiknlah insan yg sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Engkau kurniakan .

Ahad, 19 Ogos 2012

Sebulan ...


Sebulan .. Ya , dah sebulan sepanjang Ramadhan aku tak update blog . Blog pun sama berpuasa macam tuannya.
Alhamdulillah , syukur ke atas usia dan nikmat yg diberi , aku dapat berpuasa penuh tahun ini . Jgn misunderstand yer , aku tak mengandung tau !
Sedih meninggalkan Ramadhan . Semoga dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi tahun hadapan dgn peningkatan iman dan takwa .Dikesempatan ini , aku mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya buat semua teman2 dan pembaca blog ini. Mohon kemaafan dan salah silap seandainya terdapat kata2 yg kurang menyenangkan dan menyakitkan hati tanpa disengajakan ...

Rabu, 18 Julai 2012

Aku bermasalah...


Dah 2x aku diarahkan menghadiri Ceramah Motivasi dan Seminar Transformasi di PPD Kuantan , iaitu pd 13/7 dan 17/7 .. Aku gi dgn rasa sedih kerana salah sorang guru celupar mengatakan bahawa aku guru bermasalah . Dan lagi satu jika ada kursus2 aku tak di benarkan gi kerana bimbang KECAIRAN MAKLUMAT .. Gitu pulak !

Mula2 jer , think +ve ..

Khamis, 12 Julai 2012

mood datang , mood hilang ....

Ramadhan semakin hampir ... Ramai pelanggan tetap bertanyakan sample biskut raya . Aku tak buat lagi , mood nak buat biskut tahun nie berkurangan .... Lebih2 lagi skrg aku cepat letih . Dah berumur lah , terasa tua sangat , tak cukup makan vitamin kot !

Kalau tak der sample tak leh ker ? Aku jual yg sama gak tiap2 tahun ... Kalau nak , order jer lah !

Jem nenas tu aku buat sendiri . Gitulah tiap2 tahun .... Entah bila nak mula menggentel jem tu utk buat tart nenas ... Pembantu aku cuti bersalin . Lyna cepatlah balik , tolong ibu nie !!!!!

Ahad, 8 Julai 2012

Boleh percaya ker ?

Hahaha .... hehehehe .... tengoklah , baru jer beli mesin jahit dah dapat tempahan buat baju . cantik tak jubah yg aku buat . Cantik kan !!!!!

Sebenarnya bukan aku yg buat jubah tu , Faizal beli kat GIANT utk wife dia . Panjang sangat katanya . Mintak tolong aku potong kan , tu yg sebenarnya .... setakat potong dan jahit lurus jer , leh lah aku terima .. tak berani lagi nak terima tempahan jahit baju . kena praktis semula !

Agak2 berapa bayaran yg aku nak kenakan , RM1 berbaloi tak ?

Khamis, 5 Julai 2012

Seronoknya jadi orang kaya ...

Betul ker jadi orang kaya , banyak duit , hidup seronok ???

Timah ,pekerja sekolah megajak aku rompak bank . " Jom cikgu As , kita rompak bank , dapat duit banyak ,senang hidup !"

" Tak nak lah Timah , buat apa banyak duit , tapi hidup sentiasa dalam ketakutan . Duit begini tak berkat , belum tentu hidup senang , tambah menyusahkan adalah . Entah2 , tengah rompak bank , kena tembak polis , saja jer cari pasal ." Saja aku melayan dia . Mungkin dia kepenatan ..

Bagi mereka yg tak pernah merasai hidup dlm kemewahan dgn limpahan wang mmg menyeronokkan . Nak apa jer boleh beli dan dapat. Hakikatnya , memang senang pada pandangn kita tapi hanya Allah yang Maha mngetahui , dan mereka yg mrasai ..

Lena kah tidur mereka ?

Ya Allah , aku brsyukur atas nikmat nikmat yg telah Engkau kurniakan .
Tetapkanlah aku dlm agama Islam dan peliharalah aku dlm keimanan .

Isnin, 2 Julai 2012

Bakal Usahawan ....









Baru2 nie , aku menghadiri Kursus Keusahawanan di Pelangi Beach Resort anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang . Kursus selama 2 hari .


Dijangka peserta seramai 30 orang utk 5 daerah tapi kehadiran amat meghampakan . Hanya seramai 13 orang sahaja . kenapa yer ???? Ramai tak minat nak jadi usahawan ke , mungkin karenah birokrasi yg amat cerewet utk mendapatkan dana atau pinjaman ...

Aku dtg utk mendapat ilmu ... dapat gak ilmu , tapi aku dah tak layak , akan aku gunakan utk anak2 nti ....

Insyaallah , bakal usahawan berjaya ! Doakan ....





Isnin, 25 Jun 2012

Sukan SKKP ke 22 ...




Acara tahun 5



Acara tahun 6





Acara lambung dan sambut , jatuh pulak !!!!




Datuk Phang Su Ming
sebagai Perasmi ...

Sukan SKKP ke 22

pada 24 JUN 2012
Sekolah dapat sumbangan sebanyak RM2000 ...






Isnin, 18 Jun 2012

Minat baru ....








Minat baru ... boleh tambah income lagi nie ... Sebenarnya , aku mmg dah lama minat menjahit . Memasak minat no 2 . Dulu masa anak2 kecil , aku pernah buat baju Lyna , Iza dan Maksu .Tapi disebabkan mesin jahit aku kena banjir dan abang aku sedekah mesin tu kat orang , minat aku jadi terbantut . Kecik hati weiiii . Sejak tu aku tak pernah pegang mesin jahit .


Tapi sekarang .... nak beli mesin jahit semula . nak buat langsir , nak amik tempahan plk ....!!!!!


Aku dah jatuh cinta dgn LANGSIR !!!!!!!

Aku hadiri kelas nie kat DE'MAMA HOUSE , PERAMU