Sabtu, 31 Disember 2011

Operasi dah bermula ...


KEK LAPIS ASAM MANIS
^
^
^

Dah sebulan aku tak mengambil tempahan kek . Ramai yg dg ingin membuat tempahan tapi aku menolak dgn alasan2 tertentu . Kini tempahan dah dibuka semula ...
*
Tempahan nie dari Kak Siti Nor Alizam . Pelanggan setia aku . Suaminya amat menggemari Kek Lapis Evergreen .
*
Aku pun dah memulakan operasi sepenuhnya di rumah aku di Indera Mahkota 2 . Sebelum nie , kebanyakkan kek aku buat di rumah Kg Padang Perdana , tempat yg aku tinggal sekarang . Kadang-kadang buat kek di rumah IM2 ... Banyak masa terbuang gitu jer ... Yer lah , nak memulakan bisnes nie bukan nyer mcm makan kacang . Amik masa ..
**
Sepanjang 2 tahun aku cuba2 menceburi bidang nie ... byk pengalaman dan pelajaran yg aku dapat . Terutamanya sikap manusia . Aku juga banyak muhasabah diri ! Alhamdulillah , aku menjadi insan yg penyabar dan tabah ....

Khamis, 29 Disember 2011

Siapa pun dia , ada aku kisah ...

Sejak GB pencen , belum ada pengganti yg masuk .Tinggal beberapa hari lagi , tahun 2012 akan menjelma .
*
Macam2 cerita aku dengar dr mereka tentang pengganti , padahal surat hitam putih tak der lagi . Masing2 tertanya2 . Risau sangat jika dapat GB yg tak OK ! Tapi cam ner nak nilai GB tu OK atau KO . Apa kayu pengukur yg akan digunakan . Penilaian setiap orang lain2 . Kalau yg suka akan kata OK , tak suka akan kata KO .
*
Biarlah 'dia' datang dulu , baru boleh nilai. Aku tak kisah siapa pun yang datang . Gb lelaki atau perempuan . Aku buat kerja seperti biasa !

Selasa, 27 Disember 2011

Merah sangat lah Mak Ngah ....

Minggu nie , guru guru kelas mengemas kelas masing masing utk persediaan tahun depan . Ada yg basuh kelas , cat kelas , pasang tikar , pasang langsir . Berbagai bagai hiasan utk menceriakan kelas . Harap2 semangat bgini berterusan hingga ke akhir tahun .
*
Guru kelas kutip duit dr murid2 ( tiada paksaan) utk tabung kelas . Digunakan utk kelas juga . Ada juga guru yg mengguna duit poket sendiri .
*
Awal tahun 2011 , cikgu Rohana pasang langsir warna merah menyala utk kelas dia . Memanglah menarik dan ceria . Aku pulak hari2 sakit kepala ( migrain ) bila masuk kelas dia . Lama gak aku tak dapat beri tumpuan pada murid2 . Nak cepat2 keluar dari kelas ... Itu aku , murid2 ?????
*

Isnin, 26 Disember 2011

Jangan tinggalkan ayah !!!!

Barang yg aku order kelmarin dah sampai . Almari dan set meja kopi utk ruang tamu . Kebetulan Anees dan Afeeq tiba bersama suami ku .
*
" Ibu nak tinggal kat sini ker ?" tanya Anees . Aku pun secara bergurau mengia kan pertanyaan dia . Tiba2 jer Anees menangis . " Ibu , janganlah tinggal ayah . Siapa nak temankan ayah kat rumah sana ? " Hahaha ... sensitif betul budak nie .

Ahad, 25 Disember 2011

Garaj...

Sebelum garaj nie wujud , semua tak kisah nak parkir kereta . Mana pun boleh asalkan tak mendatangkan masalah . Bila ada cadangan nak dirikan garaj , semua masih tak kisah kereta mana yg akan berteduh di situ .
*
*
Bila dah siap dan dikenakan bayaran , ada yg menarik diri . Bila dah bertahun , yg menarik diri mula merungut supaya dibuat giliran . Maklum jer lah , garaj tidak mencukupi .
*
*
RM50 dah ditetapkan sebagai bayaran bulanan . Semua setuju ! Bila bab nak kutip bayaran , ada gak yg berkira dan kedekut ! Ada juga yg beri RM5 , kononnye selalu takder ... Bila dicadangkan tempat tu diberi pada yg sanggup bayar , tak nak lah plk , banyak songehnye ....

Sabtu, 24 Disember 2011

Rumah dia dan rumah aku .

Petang tadi gi ke umah Puan Salina . Gi dgn Kak Siti .Dia buat Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena naik umah baru . Wow ! hebat !!! besar umahnya . Biasalah umah toke besar .
*
*
Perabut pun tentu yg mewah2 dan harga ratusan ribu . Sesuai dn harga umah nya . Aku pun baru beli perabut tapi bukan perabut baru . Perabut terpakai . Itu jer yg aku mampu . Sesuai dgn umah aku . Namun begitu , aku tetap bersyukur yg aku mampu beli umah dan ada umah atas nama aku sendiri .

Mati sebelum mati ....

Tiap2 tahun beginilah situasi nyer . Tiap kali mesyuarat nie lah sikapnya .. Nak jadi orang yg tak der tanggungjawab , nak kelas yg tak der peperiksaan .. Kalau boleh datang sekolah nak duk goyang kaki . Siap bagi ugutan pulak , kalau bagi tanggungjawab apa2 , saya tak kan buat ! Jangan salahkan saya !!!!
*
*
Saya dah 21 tahun buat semua nie , bagilah orang lain ...
Begitu plk !!!!
Sebab tu tak bleh duk lama2 kat satu sekolah .
Bila dpt tukar , kebal dan byk kebel !!!!
Bila dicadangkan tukar , byk plk songehnyer !!!
Bila nama naik gi mesyurat , sejuta alasan ...
Ish100x !
CIKGU NIE DAH LAMA MATI !

Jumaat, 23 Disember 2011

Bukan salah masa ....

Bukan semua yg kita rancang akan menjadi atau berjaya seperti yg kita impikan ... Aku sebenarnya merancang cuti akhir tahun nie akan dipenuhkan dgn aktiviti belajar menjahit .. Utk kearah itu , aku dah cari Tok guru utk mengajar , buku2 rujukan pun dah beli ... Tempahan2 kek awal2 aku tolak !
**
**
**
Erm , tak tercapai pun .. Tak cukup masa , banyak komitmen lain . Tu lah alasannya ..... Betul ker masa 1 hari 24 jam tu tak mencukupi ? Atau aku yg tak pandai membahagi masa ...

Khamis, 22 Disember 2011

Aku - 45 tahun ...

Hari nie genap umur aku yg ke 45 tahun ... Makin singkat perjalanan hidupku ..
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian !

Selasa, 20 Disember 2011

Cuti dah habis ....

Walaupun cuti persekolahan belum tamat lagi , tapi hari nie bagi kebanyakan sekolah , guru2telah mula hadir ke sekolah . Bermesyuarat bagi membuat persediaan bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2012 .

Rabu, 14 Disember 2011

Hilangkan penat dan tambah penat !

Susah betul nak upload gambar musim hujan nie ... Rasa janggal bila bercerita tanpa gambar . Dari sehari ke sehari aku cuba upload gambar , naik berhantu aku !!!! Sakithati ...
^
^
^
Nak bercerita pasal gi Taman Pertanian Shah Alam ( Taman Cahaya ) . Kononya nak hilangkan penat selepas berpenat-penat kat Majlis Pertunangan Wanie ... Rupanya tambah penat , sakit kaki , sakit urat . Hahaha ....
^
^
Selepas memasuki area Taman Cahaya , kena bayar tiket masuk RM3 .. Gi seramai 10 orang dewasa dan 4 kanak kanak ( RM1 ) . Beli gak tiket utk masuk ke Rumah 4 musim . Bayaran sama dgn tiket masuk .
^
^
Bila dah masuk , ikut suka suka jer ... orang lain jalan ikut laluan satu , kami ikut jalan skytrex iaitu laluan basikal dan utk org jogging ... mulalah menapak dlm 6 kilometer utk sampai ke Rumah 4 musim tu . Tertonggek2 mendaki jalan berbukit dan menuruni jalan yg berbukit tu ...
^
^
Seronok mmglah sonok , balik urut betis !!!! Aduss ....
^
^
Kemudianlah upload gambar .

Selasa, 13 Disember 2011

Wanie Tunang ....

Balik kampong kali ke 3 sejak mula cuti sekolah . 20 Nov 2011 , balik sebab gi kursus buat biskut dgn Ita delights . Kali ke 2 sebab ada kursus dgn Chef Asma ... Kali ke 3 nie sebab anak sedara bertunang .
^
^
^
^
^
^
Nur Hazwani bt Mohd Hariff ( adik aku ) .
Tarikh : 11/12/2011

Khamis, 8 Disember 2011

Mohon tukar dan di tukarkan , apa bezanya ?

Gambar nie di ambil semasa Jamuan Persaraan GB di MEGA VIEW , KUANTAN pada 18/11/2011 . Antara kami , Imah dan Rahamah mohon tukar . Aku , Irana dan Azah di tukarkan ....
Bila datang ke sekolah baru , pertanyaan yg pertama ialah minta tukar atau di tukarkan ? Bagi org yg berfikiran negatif , ada bezanya .... Bagi mereka , jika ditukarkan , maka cikgu tu bermasalah ...
Bagi aku plk , aku bukan guru bermasalah . Aku ditukarkan atas dasar perkhidmatan .. Lebihan guru di sekolah lama dan lagi pun tempat baru lebih dekat dari sekolah lama . Memudahkan !
Kalau nak dikira cam tu , org yg bertanya tu pun belum tentu sempurna , kan , kan , kan ....
Aku kesian kat Suhana kerana ditukarkan .... Belum apa2 lagi cikgu2 sekolah baru dah bertanya , bermasalah ker ???? Sabar jer lah Suhana . Anggap jer rezeki kat tempat baru lebih baik !

Rabu, 7 Disember 2011

Bersama Ita Delights

Belajar buat biskut dengan Rozita Kader .
Bertarikh 20 Nov 2011