Selasa, 26 Julai 2011

Ayat2 Cinta ....

Dari jauh kedengaran suara cikgu Zana memarahi murid lelaki tahun 6M . Tak abis2 dgn masalah disiplin ....

Nie lah bahananya terikut2 dgn ayat2 power filem " CUTI CUTI CINTA " . Jumpa jer murid perempuan , terkeluarlah ayat2 power tu ...

" Bagitau saya , siapa lagi yang cakap lucah tu ? "

" Cikgu tu pun cakap gak kat budak perempuan ! "

Aduiiii , cikgu , cikgu ... Rosak anak murid dapat cikgu gini ... !!!!

Sabtu, 23 Julai 2011

!!!!!!!!!!!!!!!

Balik kampung lagi .
Pertanyaan yang biasa.
" Eeee , napa makin kurus , susah hati ker ?

Ish !!!!!!!
Kurus dan cengkung tak semestinya bermaksud derita.
Gemuk dan tembam tak semestinya sihat dan bahagia .


Jumaat, 22 Julai 2011

aduhai upin dan ipin ...

Nak cerita pasal si kembar dalam kelas aku mengajar 1 BARAKAH ( Kelas Linus ) . Kami panggil mereka nie upin ipin sbb sikembar nie sendiri tak tau yg mana Aidil dan yang mana Fitri . Bila cikgu2 tanya , "Siapa Aidil ? " Mereka menggeleng kepala ... Jadi kami yang menetapkan nama mereka Upin dan Ipin .

Hari Isnin Lepas , 18/7/2011 ... ada kesalahan disiplin yg telah mereka lakukan . Walaupun selepas waktu , tapi aku rasa masih menjadi tanggungjawab aku utk menasihati mereka . Bukan kah semua guru adalah GURU DISIPLIN .

" Sakit tak ? " sambil aku cubit mereka . " Sakit tak ? " sambil aku pijak kaki mereka . Bukan niat aku nak mendera atau menyakiti mereka . Aku nak mereka sedar dan rasa " perasaan sakit " tu . Sebagaimana mereka buat pada seekor kucing . Mereka pijak2 kucing tu sampai lembik dan kemudian campak dalam kolam sehingga mati lemas .

Tapi aku masih waras lagi .
TAK LAH SAMPAI AKU CAMPAK MEREKA DALAM KOLAM .

Tapi aku telah ditegur akibat perbuatan aku tu . Kejam ker aku nie ????

Rabu, 20 Julai 2011

Merajuk ....

Diam tak bermakna setuju ,
Memberi pandangan bukan bermakna membangkang ....
Tapi kenapa tak memahami ....
Bukannya membenci ....

" Kalau kamu rasa kamu pandai sangat , saya letak jawatan !
Kamu ambil alih tugas saya ! "

Aduh !!!! Kesian Imah .
Sememangnya pandangan dan cadangan kamu mmg bernas !





Jumaat, 15 Julai 2011

Laparnya ... Apa yang kamu dapat ?







Kenapa yer kita suka mengadu domba ?

Apa yg kita dapat ?

Rasa puas hati ?

Rasa gembira ?

Sabarlah Teman !

Aku memahami kerana aku pernah alami .

Ujian buatmu yg baru berpindah ke sini .

Mungkin itu sebagai ucapan

" Selamat Datang utk mu "







Khamis, 14 Julai 2011

Lama tak mengajar ...



Lama sungguh tak masuk kelas , 2 minggu .... kesibukan dalam melaksanakan program sekolah ...



Dari 4/7 hinggalah ke hari nie ... lama tu , anak murid pun mungkin dah lupa siapa nama cikgu dorang , almaklum lah aku nie mengajar kelas hujung2 ... Tahun 1 , kelas Intan terpilih ! Kesian kat dorg , tak dapat ilmu , sapa nak tanggung tu ..


Dari 4/7 hingga 8/7 sibuk utk persiapan hari sukan . Latihan dan raptai dibuat waktu pagi . 7.45 a.m - 10.45 a.m . Kelas aku semua waktu tu . Tak patut sungguh !!!!! .. Siapa lah kita utk tidak mematuhi arahan .


Lepas tu , persiapan utk Majlis Persaraan GPK HEM pada 14/7 , aduhhh ... begitu gak , latihan koir , persiapan tempat , raptai ... Aku di belakang tabir !!!


Dalam keadaan gini , ada hati2 yg terluka , sakit hati dan marah .... Kenapa yer ! Aku ???? Jgn simpan dlm hati . Dalam peringkat umur gini , kena kawal perasaan , nanti darah tinggi !!!!! Banyak kan Istighfar , maaf kan mereka ...



Selasa, 12 Julai 2011

Bawa bertenang ....

(Gambar nie tak der kena mengena , hanya hiasan jer ! )

Apa yang berlaku Ahad baru2 nie sepatutnya tidak berlaku , lebih2 lagi di hadapan ibu bapa dan murid2 . Mereka akan berkata " murid yang bertanding tak bergaduh , cikgu2 plk yg bersemangat waja " .

Bila di kaji semula , hanya perkara kecil jer ( bagi akulah ) boleh diselesaikan secara baik . Tapi cara komunikasi org yg memulakan mgkn menaikkan kemarahan org yg menerima , lebih2 lagi dlm keadaan cuaca yg panas terik . Menaikkan suhu kemarahan .... Tapi tak gentleman lah kalau sampai nak menumbuk perempuan .

Apa yg pastinya , antara mereka , ada cerita yg tersimpan di hati , sampai masa menjadi gunung berapi yg meletup ....

Isnin, 11 Julai 2011

Ada yang lebih memerlukan ...


Aku tersilap , silap menghulurkan sedekah ... sepatutnya bersedekah pada yg betul2 memerlukan ... Terkedu bila aku menghulurkan ... dgn spontan dia menolak dgn alasan , jgn bagi kalau hanya satu ... Aduhai !!!!

Aku pun dgn pantas beredar sambil memberi kata2 bahawa ada yg lebih memerlukan !!!

Khamis, 7 Julai 2011

Rabu, 6 Julai 2011

Sekadar lepas batuk di tangga ...


( GAMBAR ACARA SUKAN TAHUN 2010 )


Sia2 jer rasa datang pada 2/7 ( Sabtu ) , acara larian 1Malaysia . Sekolah lain mgkn lah rasa seronok . SKKP plk , acara yg dilakukan tak ubah seperti acara2 sukan dan merentas desa tahunan . Kalau tgk gmbr2 pun mmg org lain akan cakap , ini bukan larian 1Malaysia ...


Hahahaha .... esok amik gmbr kali ke 2 utk acara larian 1Malaysia kerana yg dulu tak langsung mencerminkan acara tersebut . Kebetulan esok raptai sukan , murid2 dikehendaki pakai nombor

sebab yg dulu tak der nombor ... GPKKo degil , tak nak dgr cakap ... Lepas tu , kelengtong murid2 , bagitau aktiviti panaskan badan , lari keliling taman perumahan , aku lah camerawomannya ... kena lakun semula !


Pernah dgr kan , pepatah dulu2 " KALAU JUMPA KELING DGN ULAR , BUNUH KELING DULU " ....




Selasa, 5 Julai 2011

Nasib si tukang kipas ...

" Awak jgn bimbang , selagi saya ada di sini , nasib awak akan terbela !"

Isnin, 4 Julai 2011

Memang selalu begini ...

Lambatnya , bila nak tamat ...

tak sabar nie !!!