Selasa, 17 Mei 2011

SEDEKAD AKU BERSAMA GURU ...

Pn Fatimah bt Mustafa ( kiri - GPK 1) n Pn Hajjah Noriah Abd Manaf ( kanan - GPK HEM )
Pn Hjh Noriah akan bersara pada 14 Julai 2011

Sajak yg dibacakan oleh beliau pada 16 Mei 2011
Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah

SEDEKAD AKU BERSAMA GURU

Dalam merenung tanggal ini
Memori itu kembali menari
Di sinilah aku bertatih utk membimbing
Aku berpapah utk mendidik
Aku bertopang utk mengajar
Hingga saatnya pincang aku berlari
Demi mencorak permata negara
Membangun nusa bangsa
Memacu mereka biar berjaya

Sekadar di sini aku bandingkan
STATUS GURU ..
Wajaran dulu dan kini .....

DULU ...
Guru di kepAla adat
katanya dinobat semua sepakat

Ada jenazah hendak dikuburkan
Ada mempelai hendak disatukan
Ada teratak hendak didirikan
Ada kenduri , kerbau hendak ditumbangkan
Ada masalah getir hendak dirungkaikan
Guru ditunggu hendak dimulakan

Ada musafir hendak melangkah
Ada alu hendak meningkah
Ada dayung hendak menongkah
Guru tuturkan kata penyudah

Guru pemutus segala bicara
Guru dan Tok Sidang sama setara
Tanpa mereka acara tak bermula

Bidang mendidik diberi mandat
Putus apalah hendak dibuat
Diberi rotan utk menyebat
Asal jgn buta dan jgn bertongkat


KINI ....
Guru tempat dicari salah
Dibidik direnung mana yg silap
Depan mata murid meledak
Biadap anak-anak jgn direntap

Pintanya para ibu dan bapa
Kalau mendidik gunalah makrifat malaikat
Kalau meyuruh gunalah makrifat rasul
Kalau bertutur gunalah makrifat ulamak
Kalau menghukum gunalah makrifat insan kamil

Jika tidak
Bertubilah datang
Tudingan jari " kamu bersalah "
mari kita naik mahkamah
Ada ruang saman hendak dijamah

Realitinya , terimalah ....
Guru bukanlah insan dibelah dada
Dibilasi air zamzam bekal hikmah
Tindaknya masih insan biasa

Kini ....
genap sedekad aku memegang janji
Mendidik insan
Namun hasratku terus hidup sepanjang waktu
Bagi membentuk insan sepadu
Jua mewarisi tamaddun ilmu

Tiada kenal ganjaran upah
Tidak juga mengharap kemilau anugerah
Sekadar ke redhaanku pasrah
Menggenggam satu amanah

-hasil nukilan Puan Hjh Noriah Hj Ab Manaf -

Selasa, 3 Mei 2011

Hati Seorang Ibu ....



Hati ibu itu halus ,

Cepat hatinya terasa, cepat juga hatinya memaafkan.

Mereka mempunyai perasaan untuk dijaga dan dipelihara.


Kalau mudahnya seorang ibu memaafkan,

apakah mudah untuk kita berbakti kepada mereka?


Anak anakku ....

Ibu doakan anak-anak ibu selalu berjaya dunia dan akhirat.

Menjadi anak anak yg beramal soleh dan sentiasa dilindungi Allah