Rabu, 30 September 2009

aku orang tua ....

Alasannya sama jer ... Berpegang pada kata2 dia yg satu itu . Tahun lepas pun gitu gak . Berselisih faham atas sbb yg kecil . Tak sempat nak tolong dia hantar buku rekod . Tak bertegur hmpir 2 bulan . Aku juga yg mengalah , memujuk dan meminta maaf walaupun itu bkn kesalahan aku ..

Kali nie aku juga mengalah , tak sampai hati . Dapat tau yg dia ssh hati sbb aku tak menegur dia . Niat aku cuma nak bt dia sedar .. Dia sedar dan tau itu salah dia , tapi degil kerana masih berpegang pada kata2 itu . Atas nasihat beberapa org teman spy aku mengalah , lebih2 lagi dalam bulan yang mulia saling bermaaf2an ..

Maka hari terakhir persekolahan sebelum raya , aku mendekatinya dan bersuara
" Kak , As ... "
" Eh , siapa nie , akak tak kenal lah .. "

Aku terus memeluk dia erat dan dia menangis di bahu aku . ( macam drama lah plk )
" kenapa As lari dr akak , kenapa dah tak tegur akak lagi . Akak sanggup kehilangan dia dari kehilangan As . As sendiri tau kan , akak org tua , akak tak kan minta maaf pd org yg lebih muda dr akak . "

Tu lah yg ssh nya klu dah berpegang kuat pd kata2 tu dan tak nak berubah . Sampai bila ...
Anyway , aku gembira dah berbaik semula . Namun dah tak seakrab dulu ...

Selasa, 29 September 2009

terima kasih , teman-teman ....




Antara tempahan2 dari kawan2 . Terima kasih kerana memberi sokongan , membolehkan saya mendapat semangat dan keyakinan utk terus mengorak langkah ..


Isnin, 21 September 2009

Sukar sangat ke ikut arahan ?


Anak buah aku , NUR QAISYA RAWIYANI ( 6 bulan ) telah di masukkan ke HTAA .
Disahkan positif H1N1 ..

Khamis, 17 September 2009

Kau teruna , rangkai nyawa ...

Aku mendapat panggilan telefon dari SMK >>> . " Puan , sila hadir ke sekolah kerana masalah disiplin anak puan " . Aku dah dpt agak .... Nie mesti lanjutan dari apa yg telah dia buat semalam .

" Kamal , bila masa kau potong rambut tu ? Kan tak boleh potong stail tu , esok kena tangkap , kes disiplin tu ! " " Tak per , tinggal sehari jer , cikgu bukannya nak buat spotcek hari last sekolah ".

Malunya aku bila berhadapan dgn pengetua sekolah ... Aku dikehendaki membawa pulang Kamal . Uruskan tentang Kamal ... Lepas raya mesti ada perubahan pada rambut Kamal ... Jika tiada perubahan , tindakan gantung sekolah akan dibuat . Uiks !!!!! Baru sekali kes disiplin dah amaran gantung sekolah . Hebat !!!!!

Dalam kete , aku membebel berbakul2 ... Aduhai , anak teruna ku ....






Sabtu, 12 September 2009

Selamat TIE !


Sebenarnya , sebelum puasa lagi Dientie mntk aku buat Kek Pandan Layer . Disebabkan masa tak mengizinkan maka tak kesampaianlah . Semalam dia merayu lagi ttg keinginannya itu , tak sampai hati memandangkan keadaan nya .. Nanti melelehlah plk air liur si baby tu bila lahir nanti .. kebetulan juga hari tersebut adalah hari lahir dia , SELAMAT HARI LAHIR , TIE !

Selasa, 8 September 2009

meriah ...

Berbuka puasa di rumah mertua ( 31/8/2009 ) Seronok makan ramai ...
kaum lelaki nye tak ramai ....
Anak dara makan di ceruk dapur ...

Berbuka lagi di rumah mertua ( 6/9/2009) )

Bila dah ramai2 , macam kenduri pulak .
Maklum jer lah , 10 beradik sume berkumpul .
Riuh rendah .





Jumaat, 4 September 2009

Salman oh Salman ...

Hari nie birthday Salman . Dah besar anak aku tapi org nye tak besar2 .. Buat kek simple jer ! Dia yg nak cam tu .. Anyway , Semoga menjadi anak yg soleh , cemerlang di dunia dan di akhirat . Amin ...