Khamis, 26 Februari 2009

bagaimana ...



aku betul2 rasa tertekan , marah dan sakit hati ...
kepada siapa harus ku luah dan curah...
segala rasa duka dan kecewa ini ...

Rabu, 25 Februari 2009

Bila hati telah retak ...

dua2 ingin menang ...
saling menuding jari ...
tak tau mana yg benar , mana yg salah ...
tapi kenapa aku turut terlibat ...
siapalah aku untuk ikut campur urusan mereka ...

Selasa, 24 Februari 2009

Jujurlah padaku ..

mati2an dia menafikan tentang rahsia itu ..
kenapa , apa yg mahu disembunyikan lagi..
walaupun kebenaran telah terbukti ...

Ahad, 22 Februari 2009

Semua orang ingin ...

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW

"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya ,

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat ,

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ,

dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat ,

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Wallahualam

Sebelum dan selepas ...

Di bawah ialah sajak sekadar gurauan sebelum dan selepas kahwin.
Tak semua jadi begini.....

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you.
"Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. .
I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. .
Up to you .

Before wedding
You are my heart, you are my love
"After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella
"After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue.
Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue.
You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

hahahahaha ....

Sabtu, 21 Februari 2009

Kenapa begini ....

Satu panggilan talipon yg membuatkan aku terkejut , tergamam .

Aku jadi lemah dan terduduk .. kenapa jadi begini .!

Dia bercerita , membongkar rahsia satu persatu ..

aku hanya menahan sebak agar jgn sampai dia tahu yg aku menangis ..

aku rasa betul2 tertipu dan teraniaya ..

Jumaat, 20 Februari 2009

bisnes oh bisnes ..


Bayangkanlah diminda kita , REZEKI DARI ALLAH SWT itu ibarat sebiji kek . Kek itu di potong kepada 10 bahagian. 9/10 dari kek itu tentu lebih banyak dari 1/10 kek kan ? Itulah gambaran agihan rezeki Allah SWT . Sabda Nabi SAW " 9/10 dari rezeki Allah letaknya di dalam perniagaan". Hanya 1/10 sahaja berada di luar , ini termasuklah duit gaji dari pekerjaan kita sebagai kakitangan kerajaan sekarang ini . Jadi , marilah kita rebut 9/10 tu ..

Sebenarnya saya ada terfikir nak buat bisnes kecil2an gak .. tengok cikgu2 kat sklh ramai " otak bisnes " . Ada aje benda yg nak dijual . AH jual tudung , NMN jual kain ela , AMM , HNAM , LHZ , NAB jual makanan , HI jual brg2 dari katalog , RS jual pinggan mangkuk , RM jual Brooch , SNSA jual peralatan langsir , SNM jual kristal , SAD jual baju batik , SI jual brg kemas , LL jual ayam organik .. laku plk tu , ada saja yg membelinya ...... tapi sebelum nak mulakan , saya kena gak fikir dulu masalah2 yg akan saya hadapi ...

Bagaimana nak berniaga ???
Berniaga apa ???
Modal tak ada ???
Mana nak dapat modal ???
Pengalaman tak ada ???
Produk apa ???
Nak ambil kat mana produk tu ???
Ada ker orang yg nak membelinya ???
Saya tak pandai nak ayat2 .....
Bila saya fikirkan nie sume , patahlah semangat saya nak buat bisnes .. Biarlah saya jadi pembeli setia . Dorang kata , nak berniaga perlu ada bakat , betul ker ???

Khamis, 19 Februari 2009

saya yg tak pandai ...


Mak call , tanya pasal gastrik saya .. bimbang berlarutan . Tak nak dia risau , saya jawab dah berkurangan .. dari semalam dah rasa tapi biarkan jer .. balik dari sekolah tadi barulah rasa teruk .. tak boleh nak bangun !


Semalam saya sibuk sangat sampai tak sempat nak makan .. bukan tak sempat cuma malas nak berhenti sekejap untuk makan , bimbang mood hilang .. saya nak siapkan projek FIRST STEP .. dah masuk bulan kedua tak mula lagi .. tadi pun tak makan gak , cuma sarapan pagi di kantin kemudian makan jer biskut cicah nescafe kat coffee corner di bilik pemulihan .


Pagi2 sampai sekolah , terus jumpa GB utk bincang psl projek nie .


" Aku bukan tak setuju As , tapi mana nak cari duit nak tanggung semua kos nie ?"


" Saya nak buat cam ner , ada atau tak der , saya kena jalankan gak , tak der alasan sbb projek KPM dah hbs berjuta2 ringgit , tu yg dorg cakap kat saya masa kursus tahun lepas . Saya boleh buat tak tau jer tapi cikgu jawablah kalau pemantauan datang . "


Tension ! Takkan nak kuar duit sendiri ...
" Bila beli PA systems ni Pak Ya ? "
" Semalam ! "
" Weiii , cat baru yer .. sapa suruh cat nie Pak Ya ? "
Erm .. ada plk duit nak beli benda2 nie .. saya yg tak pandai !

besar sangat ker ?

Isnin 16/2 :

Salam ... hai , sihat ? Monyok jer !

Malas nak tegur ! As langsung tak tepati janji . Minta tolong hantar buku pun tak buat .

oooo , As minta maaf ... bukan sengaja , masa tu As betul2 sibuk buat buku program . letrik mati plk tu , kelam kabut nak print ... tak sedar dah waktu balik .. Bila nak ambil buku , bilik dah berkunci .... lagipun dorg kata tak yah hantar .

Kenapa plk tak payah , bukannya tak siap , orang dah siap , letak jer lah ...

Ok lah , maaf ... tak tegur tak per lah , no hal ....

---------------------- ******** -------------------

Hingga sekarang dia tak tegur .. besar sangat ker kesalahan saya nie ? Yer lah , seperti kata Mak Teh " RAMBUT PUN TAK SAMA HITAM , NI KAN PULA HATI MANUSIA "








Selasa, 17 Februari 2009

beretika budaya kita

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit Selepas membaca DOA ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para Saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus Kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah2 jari ,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat Percerna makanan , tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam... Sama2lah Kita mengamalkannya. ......

Isnin, 16 Februari 2009

Misteri nusantara ....

Jiran saya kata saya nie BERANI ...
Nak kata saya nie BERANI , taklah berani sangat ...
PENAKUT gak , cuma saya tak suka heboh2 pasal cite tu .. Mmg saya sendiri alami , mmg saya sendiri nampak sbb tu mereka kata saya nie BERANI ... tapi hati saya , ALLAH saja yg mengetahui .

Mereka bgth psl bola api terbang atas bumbung umah saya . Mereka cite psl lembaga pmpn blkg umh saya dan mereka cite psl suara yg menyeramkan depan umh saya . Padahal cite tu berlaku akhir tahun lps ..Selama nie mereka fikir saya tak tau ... Bukan nak cakap sombong , sebelum nie pun saya pernah alami ..

CITE 1 :
Saya halau 2 ekor lembu putih yg masuk dalam pagar umh saya , padahal pintu pagar berkunci .. Masa tu kul 3 pagi , saya halau ' makhluk ' tu keluar , kejar keliling umh , pas tu ' makhluk ' tu rempuh pagar smpi roboh , sebelum tu lepaskan BOM dlm kwsn umh saya ... Bgn pagi , niat di hati nak bgth jiran psl pagar tu sbb berkongsi pagar tapi .... ish , pagar tak roboh dan taik lembu tu pun tak der ... pelik !!!! Bila tanya jiran psl kejadian subuh buta tu , dia tak dgr apa2 pun ...

CITE 2 :
Saya menegur mertua Kak Cha di belakang umahnya . Ketika itu waktu maghrib , dia berdiri membelakangkan saya .. byk kali saya menegur tapi dia buat tak tau jer .. tiba2 dia berpaling ke arah saya , astaghfirullah .... lintang pukang saya lari masuk ke dalam umah . Cite pada kak Cah , dia bgth mertua dia dah seminggu gi umah anak dia kat KL . Yang tu sapa ????

CITE 3 :
hari tu saya janji dgn kwn2 nak jogging sama2 selepas solat subuh .. tgu punya tgu dorg tak muncul .. mgkn saya terlmbt , dorg dah pegi dl . Tak per lah , alang2 dah kuar , biarlah joging sorg2 , bkn ada apa2 ... saya terjumpa 2 org bdk botak . Uiks , joging gak ker ... saya menegur mereka tapi dorg buat tak tau jer .. pedulilah ! Saya teruskan joging ... ups ! toleh semula , bdk2 tu dah tak der , baru tersedar ... bdk2 tu tak der kaki ! Saya pun buat acara lari pecut .... sampai umh , mak saya tegur " mimpi apa kul 4 pagi dah gi joging ? " dan saya pun ??????

CITE 4 :
saya drive sorg2 ke Kolek .. dari Kuantan ke sana lbh kurang 30KM . Waktu mlm Jln Sg Lembing sunyi sepi . Tiba di Jirat Cina , melalui side mirror , saya ternmpk ada motor mengekori kete saya . Fuh!! lega , tak keseorgn ... Lebih kurang 500m nak smpi ke Kolek , motor tu memecut utk memotong . Bila tiba di tepi saya , dia perlahankan motor dan menoleh . saya pun menoleh gak ... Ya Allah !!!! tak der muka ...

Allhamdulillah , setakat saya jumpa benda2 cam nie ... tak der lah sampai saya demam2 atau pengsan . Minta2 jgn lah sampai jadi gitu ...

Ahad, 15 Februari 2009

Sejuknya ...

Ish , sejuknya .... saya nie penakut air . Kalau musim hujan atau waktu malam hujan , sure bercinta sangat nak mandi pagi tapi terpaksa juga . Menggigil dibuatnya , sejuk sampai ke tulang hitam . Kan saya nie kurus , huahahahaha ...
Ok , ok .... LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.
Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.
Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.
Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.
Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.
Erm ... ada gak baiknya mandi air sejuk nie ... So , jgn takut .. aduiiii !

Sabtu, 14 Februari 2009

10 tabiat yg merosakkan otak ...

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah .Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Jumaat, 13 Februari 2009

Apa saja untuk CANTIK ....

Kak De

" Pewwitt ! Amboi , jalan tak pandang kiri kanan ... sombongnya , dah berpunya ke belum ? "
Pernah tak di tegur begitu ? pernah kan , kan ... makna nya kamu tergolong dalam kategori ' orang2 cantik '. Dalam situasi nie , pasti ada di antara kamu berasa bangga apabila diberi perhatian. Tidak kurang ada juga yg menyampah !

Namun begitu , jika ditanya kat sapa2 , semuanya nak cantik . Bila cantik , ramai yg akan amik berat . Untungnya badan ... tak heranlah ramai yg sanggup buat apa aje utk tampil cantik . Sanggup berhabis wang ringgit serta menahan sakit asalkan kesempurnaan diri yg diinginkan tercapai . Barulah diri terasa puas biarpun apa yg dilakukan itu ditegah agama dan bertentangan dengan nilai2 kehidupan manusia . ( tgk tak cite KLIWON [ pulut kuning ] , eiii , seram .. )

Ada yg jumpa bomoh nak ilmu utk penyeri muka ... macam2 jampi serapah dibaca utk ' seri muka ' , hahahaha .... kalau sapa2 nak , saya boleh bagi ! Saya dapat nie dari MALIKA .... Kenal sapa dia kan .. Alaaaa..... , yg dalam cerita ANAK BETONG ! Kawan2 kat bilik guru sibuk bercerita ttg mentera tu ... terutama KAK DE , jadi bahan lawak plk .. kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai bedak atau keluar rumah………………..

tik , tik pinang ku titik
ku titik di atas batu
git , git pinang ku gigit
naik lah seri ke muka ku ...

hembus ke tapak tgn 4x
pas tu sapu ke muka dari telinga ke hidung

TAPI INGAT PANTANG LARANG ...

1. tangan yang memberi kau makan
2. asal usul keturunan MALIKA ....

huahuahuahua ....

Khamis, 12 Februari 2009

kau kunci cintaku ...


Pengasuh bagitau , pampers dan susu si kembar abis . Kena gi beli nie .. saya bawa sikembar sekali walaupun tau akan kelamkabut sikit semasa beli barang2 .. masuk dalam kereta , start kete . Buka air-con , pasang radio .. alamak ! pagar tak tutup lagi , kuar ....

Ish , bila masa plk bdk2 nie kunci kete dari dalam , cam ner nie ... saya dah cemas ! ketuk2 cermin tingkap , bagi isyarat kat Afeeq supaya tarik ' windowlock ' , dia buat tak reti, jer .. lagi pun bkn dia faham . dorg ketawa2 kat dlm , dia ingat saya buat lawak kot .. risau dah ! nak amik kunci spare , kunci umah ada dalam kete , gitu gak dgn nset ... kacau2 !

Mamat2 sebelah umah dah menjenguk , minta bantuan ... berpeluh gak dia . cari dawailah , cari besilah ... tapi tak leh gak ... Anees dah mula menangis tapi Afeeq masih cool lagi .. , cuma dia aje yg tau tarik 'windowlock' tu , hrp kat dia jer agar faham isyarat aku ... hampir 40minit mengerjakan cermin kete .... masih gagal lagi . Tiba2 Boboi dtg , tunjuk ais kerim kat Afeeq . Selamba jer Afeeq tarik ' windowlock ' , eeeee ... geram betul .. kalau tau , tak lah lama sangat ... umpan ais kerim jer ... erm , hanya sesama mereka yg memahami ...

Pengajaran : jangan tggl anak kecil dalam kereta tanpa pengawasan org dewasa , bahaya ..
kalau setakat terkunci , boleh lagi pecah cermin kete ... kalau org bawak lari , menangis tak berlagu lah ...

Rabu, 11 Februari 2009

info ...

10 ciri orang malas ...

* kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan .

* sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial .

* tidak pernah mengemas tempat tidur .

* separuh dari masa kamu banyak dihabiskan ditempat tidur .

* orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah tetapi kamu melihatnya seperti istana .

* sekiranya orang lain bersedih tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih .

Bagi kamu kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu .

* cara kamu menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang , pakai minyak wangi sebotol tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun2 tidak basuh .

* sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan , kononnya diet .

* setiap pagi wajah kamu wajah kamu bila ke pejabat atau ke kolej tidak pernah ceria. asyik tidak ada mood sahaja .
* tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan diri utk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yg kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa .
- adakah anda mempunyai ciri2 tersebut ? -
( dari majalah remaja 15 Jan 2009 )

Isnin, 9 Februari 2009

Laila , namamu teratas ...


Nama .. macam2 bentuk nama ada . Ada yang pendek , ada yang panjang berjela yg tak mempunyai erti apa2 sampaikan terbelit lidah nak menyebut . Ada pulak yg pelik ... Mana mungkin nama itu tidak penting , punyalah lama dan susah mak ayah kita memikirkan nama yang sesuai utk kita ... kadang2 nama juga boleh mendatangkan masalah .Tapi , apalah ada pada sebuah nama ...

Cerita tentang nama nie .... Saya menyuruh murid saya dr thn 1 , seorg demi seorg memperkenalkan diri dalam BI .. Ok lah tu , My name is Arif Nazhan bin Fauzi , Iam Nurin Sofiya Bt zakaria dan seterusnya . Ada yg excited sgt , ada yg gagap , ada yg pelat , ada yg mmg cerdik .. suasana berjln lncr hinggalah tiba pada seorg budak lelaki .. Diam membisu , tak nak buka mulut ... pujuk punya pujuk akhirnya dia perkenalkan diri gak .. " I am Nik Mohd Rashid Azhari Musa . Eh , bukan2 , " I am Mohd Nik Azhari Rashid Musa . " Bukan2 , salah .. " I am Nik Mohd Musa Azhari Rashid." Punyalah lama dia nak bagitau nama dia yang betul .. last2 dia menangis .. " Teacher , saya tak tau nak sebut yg mana dulu ... " Tgk tu , panjang sgt nama tu sampai tak tau yg mana satu nak di dulukan .. Kesian !

Kemudian , saya kena relief class , ganti cikgu yg tak hadir . saya mmg tak pernah masuk kelas nie .. , so ini lah first time . Tahun satu gak .. First time masuk , mestilah nak berkenalan dgn bdk2 tu .. saya panggil sorg demi sorg mengikut buku kedatangan ..

" Sume murid berdiri , siapa yg nama dia saya sebut , angkat tgn dan duduk " .

Ok lah tu .... sorg demi sorg sampailah pada LAILA BT ABDULLAH ... tiada yg angkat tgn .. saya ulang lagi nama tu , tak der gak yg angkat tgn .. ok , ok , tak per ... nanti akan tau gak siapa .. hinggalah nama yg terakhir , Zamani Bin Hashim .. Tinggal sorg yg berdiri , sure dia nie Laila Bt Abdullah .

"Kamu Laila bt Abdullah , kan ?"

" Bukan cikgu , mmg nama saya Laila , tapi bukan binti Abdullah "

" Ish , takkan cikgu kelas awak silap tulis ?"

" Nama ayah saya bukan Abdullah ."

" Dah tu , siapa ?"

" Dollah Kerbau ! "

Uiks !! , lepas tu saya terus kuar kelas dan ketawa sampai sakit perut .. Aduiii !!!!

Betul lah tu , org dulu2 kan suka bagi penambahan nama pada org2 tertentu , yg mempunyai nama sama supaya dapat membuat perbezaan .. Ayah dia tu banyak bela kerbau ..

Erm , di kawasan tu ada 5 org Dollah , Dollah kerbau , Dollah Dunlop , Dollah Cekik Anak , Dollah Lori dan Dollah kelantan ..

Ahad, 8 Februari 2009

bersyukurlah ...

ANDA TERLALU KURUS ? INGIN MENAMBAHKAN BERAT BADAN , GAIN EIGHT BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH ANDA ..

Dulu , saya segan bila orang asyik menegur ttg keadaan diri saya .. Bukan saya tak cuba utk melakukan perubahan tapi tak mendatangkan hasil ... teruk sangat ker keadaan saya nie ?berpenyakit ke saya nie ? Dah buat ujian darah di PATH LAB , ok jer ...

Bermacam2 produk yg saya dah guna dan makan . Sama je , tak der hasil ! dah banyak duit perhabis utk semua tu , tapi tak gemuk gak , ish ... bukan gemuk , berisi sikit dari yg sekarang nie .

Ada yg tanya , " tak makan ker ? " ... Asman suka menyakat saya bila angin bertiup kuat " kak , cepat2 peluk tiang ." Norina pun ada suruh saya gemuk sikit , dia kata tak cantik . Ada yang nasihatkan saya supaya makan banyak . Saya tak tersinggung pun dgn gurauan dan kata2 mereka . Kalau saya balik MERU , mak saya selalu cakap " kenapalah budak nie , tak makan ker ?" dan macam2 lagi cakap2 tentang diri saya nie .. Saya tak kisah dan dah lali ...

Memang fitrah manusia , tidak pernah berpuashati ... bila kurus , nak gemuk ... bila gemuk plk nak jd kurus ... Namun , saya bersyukur dgn keadaan diri saya sekarang . Alhamdulillah , saya tiada penyakit yg membimbangkan , kalau setakat demam , pening tu... biasalah ! Yang penting saya sihat . Saya cool dan happy !


p/s : sebenarnya tengahari tadi saya terjumpa seseorg yg lebih kurus dari saya , saya faham perasaan dia ...



Sabtu, 7 Februari 2009

bukan hati tercalar ..


Dapat call dari Wan ajak gi ke Sg isap , kenduri doa selamat Royril ( adik ipar ) dalam kul 2 ptg , bersiap2 utk ke sana bersama si kembar . Bila sampai ke sana dalam kul 2.25 p.m , org tak ramai , majlis tak bermula lagi .. Afeeq menangis tak nak masuk ke dalam rumah , buat perangai walaupun ayahnya ada di situ , si ayah memujuk tapi dia makin kuat menangis . Akhirnya , saya bawa Anees & Afeeq masuk kereta , bawa dia merayau ke tempat lain dulu , ke mana yer ? isi minyak kereta lah ... agak2 waktu makan dah tiba , baru saya gi smula ke Sg isap ..
Kul 3 , saya berpatah balik ke Sg Isap , erm .. dorg tgh makan , ok lah tu ... tak lah lama sgt menunggu . Afeeq pun dah tak mengamuk .. tapi dia masih tak nak dgn ayahnya , bkn apa .. susah saya nak makan , Anees tarik tgn kanan , Afeeq tarik tgn kiri , last2 mertua yang tolong ambilkan makanan .. Habis jer makan , saya cepat2 nak balik , org kata macam pacat .. sbb Afeeq asyik nak berlari ke arah jalanraya , risau saya ... tak senang nak makan dibuatnya ..
Tu lah , cepat sangat nak balik , nak tau apa jadi .. masa undurkan kereta , tak sedar ada sesuatu belakang kereta , apa lagi , bedegang !!!! Ish , apa plk nie ... alamak , terlanggar motor ! Sapa lah empunya motor nie.. Kereta saya calar ! Nak balik cepat , jadi lambat plk .. Tu dia , tuan motor dah datang , crite hal sebenar , sanggup bayar , tapi dia kata " tak per lah kak , sikit jer , kereta akak yg calar teruk .. " saya happy !

lega ...



Sepatutnya hari nie , saya ikut menghantar bdk2 bolajaring ke SK TUNKU AZIZAH utk pertandingan di sana . Oleh kerana Rohana rela menggantikan , jadi saya ke sekolah , lepak kat Bilik Pemulihan utk menyiapkan BRM saya yg tak siap2 , dah 2 minggu tak berhantar , sibuk dgn EMIS , SMM dan GSMART ... Baru rs lega , cuma SMM dlm proses akhir , Zakiah ambil alih .

Kena buat plk projek BI FIRST STEP ( selected school jer ) , area Kuantan hanya 11 buah sekolah .. Saya tak mula lagi sbb kekangan masa . Pemantauan dari JPN dah bermula , SK PALOH HINAI dah dipantau mggu lepas .. SKKP entah bila .. Risau gak ! Tgh prepare utk mggu dpn ..

Buku2 cerita dibekal oleh KPM . ( Buku2 nie didatangkan khas dari Australia ) 5 kotak setiap sekolah . 1 kotak mengandungi 152 buah buku dan benilai hampir RM 4,000 setiap kotak , seluruh Pahang , 100 buah sekolah terpilih ( nilailah sendiri ) so kalau projek nie tak dijalankan , kan membazir jer .. Kena jalankan gak , walaupun tak termasuk dalam kurikulum . Begitulah kata2 Pengarah PPK semasa kursus kat Temerloh bln Nov tahun lepas .

Sambil menulis BRM , saya layan lagu .. anak2 Zai ikut menyanyi , cepat betul menghafal lagu2 tu .. ada beberapa lagu yg membuatkan mereka ketawa mengilai , saya pun ikut ketawa .. Lagu2 tu .. Axl Spetz GNR , Rockin' Teacher Song , Krisis2 , Takdir Cinta , Axl Impian Lain Warna , Axl Lena , Monolog utk Rina , Axl Satu titik Kosong , Axl Cinta Sepi dan Axl 3 dimensi ( suara Dann sendiri ) yg dihantar melalui emel ... Saya terhibur .

Khamis, 5 Februari 2009

antara pucuk tua dan pucuk muda

Semasa Mesyuarat Pengumpulan Data & Verifikasi Data Maklumat Asas Pendidikan ( SMMP-EMIS) di PPD tadi , saya duduk bersebelahan seorang kawan yang baru saja habis pantang .. Sambil berbual , saya bertanya ttg anak dan suaminya .. Patutlah segan nak cakap , rupa2nya suami lebih muda .

Sekarang ni , nampak macam satu trend , di mana lelaki muda lebih suka berkahwin dengan wanita berusia . Tak tahulah kenapa ? Nampaknya , bukan sahaja lelaki semakin tua semakin tinggi sahamnya tetapi wanita juga .

Namun begitu , masing2 punya sebab tersendiri mengapa orang2 tertentu menjadi pilihan hati untuk di bawa masuk ke dalam hati mereka . Orang luar boleh berkata apa saja dengan pelbagai teori mereka sendiri tetapi yang tahu hakikat sebenar tentulah si empunya badan .

Apa yang pasti , bukan menjadi kesalahan jika seseorang lelaki mengahwini wanita yang lebih berusia daripadanya , asalkan keduanya bahagia dan gembira melayari bahtera rumahtangga. Jika niat kita ikhlas kerana mencintai seseorang itu bukan kerana nafsu dan mahu mengelak dari dosa atau maksiat yang berluasa maka InsyaAllah perkahwinan itu akan kekal bahagia ..


Apa pendapat anda ?

Ada seorang teman saya mengatakan , perit untuk mengecapi kebahagiaan ...

isteri idaman anda ...



Kriteria isteri idaman adalah :

1. Seorang isteri yang cantik , pandai bersolek , memasak dan mengemas rumah adalah penting .





2. Seorang isteri yang periang , bertenaga , dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting .






3. Seorang isteri yang memahami , soleh , jujur , taat beribadah dan dapat dipercayai ..





4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting .



5. Tapi yang paling penting adalah ke empat2 isteri tersebut di atas tidak mengenali antara satu sama lain ... hahahahahaha ..

p/s : ( tgh tension buat DATA kat PPD )

Selasa, 3 Februari 2009

lelaki sejati ...


Semasa membaca blog BORN TO LOVE ttg lelaki sejati saya teringat ketika saya baru2
posting di SKN . Saya dan cikgu Noor Risah di beri tugasan sebagai Guru Disiplin . Suatu ketika kami menangani kes disiplin murid merokok dalam tandas .. Dalam masa soal siasat , saya bertanya pada murid :

" Apa sedapnya merokok nie , cuba bagi tau saya ?"

" woooo , cikgu tak tau sbb cikgu pmpn , bila hisap rokok terasa macam lelaki sejati "

Secara spontan saya menjawab :
" Amboi ! selama nie awak bkn lelaki lah yer .. bila hisap rokok baru jadi lelaki , mari sini bukak seluar , nak tgk awak nie lelaki atau bkn .. ( sebenarnya saya bergurau jer ! )

Budak tu lari lintang pukang ketakutan .

Keesokan harinya , dapat tau dari Noor Risah , bapak budak tu kirim salam kat saya dgn pesanan :

Cikgu bujang belum kawin, patutlah gatal nak tgk anak murid punya ...

Saya hanya ketawa jer ..

GB kata : nasib baik bapak bdk tu tak buat repot kat PPD , klu tak naya kamu ...

ciri-ciri lelaki sejati:
( dari blog BORN TO LOVE )

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya. ...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran... ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikapbersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yangbidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadapwanita yang dicintainya. ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

"Jika HATI sejernih AIR , jangan biar ia KERUH. Jika HATI seputih AWAN , jangan biar ia MENDUNG. "

Isnin, 2 Februari 2009

benci tapi rindu ...


" Ok ,cikgu2 .. berkumpul jap , 5 minit , ada beberapa perkara yang Kak Nor ( GB suka bahasakan dirinya ) nak cakapkan sebelum kita semua menitiskan ilmu pada murid2 ", begitulah setiap kali selepas perhimpunan pagi Isnin tapi kali nie saya dah tau apa yang nak dikatakan oleh GB .

"Saya peliklah tgk sikap cikgu2 kat sklh nie .. nak masuk bilik GB ikut suka , klu ada apa2 hilang , sapa yang nak disalahkan . Cikgu2 tau tak , fail Irana dah hilang , siapa yg ambil ... ?
( Saya tau , kata2 tu ditujukan pada saya kerana sebelum tu Lokman [ PAR ] , GPK 1 dan Yatie ada call bertanyakan ttg fail tu .) Macam mana boleh hilang , guru yg berkaitan dgn DATA jer yg selalu usik fail2 guru " . ( Ish ! nak kena GB nie .. )


Saya terus mencelah .. " Cikgu , mmg saya akui , mggu terakhir sebelum cuti , saya masuk bilik cikgu tapi itu pun dgn arahan cikgu sendiri . Waktu saya ambil fail cikgu , fail Irana masih ada kat dlm kabinet tu .. Saya tak sentuh pun fail Irana , klu saya nak sorok pun buat apa , tak der faedah nye ..."


" Dah tu , kalau tak der orang yang bawa keluar mesti ada lagi kat situ. " kata GB

" Cikgu pasti ker mmg tak der ? "


" Memang tak der , dah berpuluh kali saya cari dgn Lokman dan Kak Tim , sampai berpeluh2 " Kak Tim tersentak mengurut dada dan terpinga2 ...


Saya terdiam ....


Tamat jer sesi tadi , saya terus masuk kelas , mengajar sekejap dan bagi murid2 keje ..
Kemudian minta tolong Kak Long di kelas sebelah , tgk2 kan kelas saya ... " Kak Long , tgk2 kan kelas jap , As nak gi pejabat , nak mengamuk nie ... "


" Man , Tie ! ikut As masuk bilik GB , biar As cari sendiri , As nak korang jadi saksi .. "
Saya pun menyelongkar fail2 dalam kabinet satu persatu ...


" Erm , nie failnye ... buat kecoh jer ." Saya terus keluar dari bilik GB .

Semasa melangkah keluar , GB bersuara ... " Siapalah yg letak smule fail tu ... "