Khamis, 24 Disember 2009

3 jam utk 5 minit ...




Hari tu mmg benar2 menguji kesabaran aku dan Lyna . Aku terpaksa menunggu 3 jam hanya utk mendptkan tandatangan doktor yg tak sampai pun 5 minit .


Pagi tu , kami ke sebuah klinik kerajaan utk membuat medical check up bagi persediaan ke PLKN mggu depan . Setelah siap menjalani ujian air kencing dan darah , nombor pun di beri .. uiks , ada 15 org lagi sebelum nombor 81 .. ketika itu kul 10.36 a.m .

Napa lah lambat sangat nie , ramai yg dah merungut termasuk aku . Ada beberapa org yg mmg dah tak sabar , masuk tanpa mengikut nombor , perlu kah aku buat begitu sedangkan ada yg masih setia menunggu . Kenapa tak diutamakan ' warga emas ' kesian mereka ! Lyna mengajak aku pulang kerana ada aktiviti lain yg perlu dihadiri , datang hari lain .. tapi aku plk tak mempunyai masa utk dtg semula , tunggu jer lah ... Alang2 dah duk lama kat situ ..

Akhirnya , giliran pun tiba .. masuk kul 1.34 dan keluar kul 1.39 , ermmmm ... Alhamdulillah , urusan utk hari itu selesai walaupun perasaan nak marah sangat , sabar , sabar ....