Khamis, 24 Disember 2009

3 jam utk 5 minit ...




Hari tu mmg benar2 menguji kesabaran aku dan Lyna . Aku terpaksa menunggu 3 jam hanya utk mendptkan tandatangan doktor yg tak sampai pun 5 minit .


Pagi tu , kami ke sebuah klinik kerajaan utk membuat medical check up bagi persediaan ke PLKN mggu depan . Setelah siap menjalani ujian air kencing dan darah , nombor pun di beri .. uiks , ada 15 org lagi sebelum nombor 81 .. ketika itu kul 10.36 a.m .

Napa lah lambat sangat nie , ramai yg dah merungut termasuk aku . Ada beberapa org yg mmg dah tak sabar , masuk tanpa mengikut nombor , perlu kah aku buat begitu sedangkan ada yg masih setia menunggu . Kenapa tak diutamakan ' warga emas ' kesian mereka ! Lyna mengajak aku pulang kerana ada aktiviti lain yg perlu dihadiri , datang hari lain .. tapi aku plk tak mempunyai masa utk dtg semula , tunggu jer lah ... Alang2 dah duk lama kat situ ..

Akhirnya , giliran pun tiba .. masuk kul 1.34 dan keluar kul 1.39 , ermmmm ... Alhamdulillah , urusan utk hari itu selesai walaupun perasaan nak marah sangat , sabar , sabar ....








Selasa, 22 Disember 2009

Terima Kasih Ya Allah ...

Syukur alhamdulillah , hari ini genap umurku 43 tahun .
Terima kasih Ya Allah , dgn segala limpah kurnia yg telah
Engkau berikan ..




Umur itu AMANAH .
Akan di tanya kemana ianya digunakan .
Syukurilah nikmat umur dgn kebaikan .

Sabda Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan
oleh al Imam al Hakim dari Jabir R.A :

" SEBAIK2 KAMU IALAH YG PANJANG UMURNYA
SERTA BAIK AMALANNYA . "



Ahad, 20 Disember 2009

belum puas bermesra , berpisah lagi ...

Terima surat nie semalam . Memang dah lama dapat tau melalui internet , sejak bulan Jun yg dia terpilih utk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara . Memang dia berharap sgt kerana dia suka sesuatu yg adventure .. Seronoknya lah dia bila yg dihajati tercapai ..

Sabtu, 5 Disember 2009

jangan salahkan hujan ...

Disember , cuaca tak menentu ...

Disember , musim hujan ...

Disember , banjir di sana sini ...

Disember , musim kenduri kahwin ...

Ermmm .. dah tau musim hujan dan tempat tu tiap2 tahun banjir , nak gak buat kenduri kahwin bulan 12 . Tak boleh ke buat selain bulan 12 ? kan dah terpaksa ditangguhkan . Jalan ke Sg Lembing ditutup kepada kenderaan kerana di naiki air , banjir ....

Bukan apa , aku mendapat 2 jemputan , satu di Sg Lembing dan satu lagi di kwsn perumahan aku . Sg Lembing , mmg dah tak boleh lalu ... Tapi yg satu lagi nie , kena lah gi .. rimaslah nak kuar waktu2 hujan nie , leceh ...

Aku ada dgr org dulu2 kata , Kalau tak nak hujan masa majlis kenduri kahwin , campak pakaian dalam pengantin atas bumbung . Tak taulah ada kebenaran nya atau tidak . Ada sapa2 yg pernah mencuba ? hehehe ..

Aku juga penah dgr , tuan rumah menggunakan khidmat BOMOH utk mengalihkan hujan .. Macam2 hal !

1991 , aku ikut kwn ke Kg Manir , Terengganu menghadiri majlis perkahwinan sepupu dia , musim hujan gak .. kat situ aku melihat dari jauh sesuatu sdg dimasak dlm periuk yg besar . Aku sangka mereka masak lauk utk tetamu . Teringin nak tgk , bila aku mendekati , apa yg aku lihat dalam periuk tu adalah batu2 yg besar . Mereka merebus batu ... Ada ker org yg makan batu , kalau makan jambu batu adalah ... Rupanya itu adalah salah satu petua utk mengelakkan hujan turun . Peliknya , bila majlis selesai , api dipadamkan , tak lama kemudian hujan turun dgn lebat nya ... kebetulan jer kot !

HUJAN , datang nya membawa keresahan danbencana kepada suatu pihak tapi pada pihak yg lain , ia membawa rezeki dan seribu RAHMAT .. Bersyukurlah !















Khamis, 3 Disember 2009

nama pun HADIAH ...

Sebenarnya n3 ni dah lama aku nak postkan tapi x berkesempatan , aku draft n save , tersimpan sejak mggu terakhir sebelum cuti ..


Kecoh ! kecoh !! pasal nak beli dan bagi hadiah utk guru2 . Napa plk sampai nk bermasam muka pasal perkara kecik ni . Nak beli brg TTTT , si A x stuju sbb kat rumah dia dh berlambak2 , konon gitu lah katanya .. nak beli brg KPBJ , si B tak stuju dgn alasan yg sama gak .. Masing2 ada kepentingan dan agenda tersendiri . Siap nak buat undi lagi !

Sebenarnya , kami yg nak menerima hadiah tu tak pernah mempertikaikan ttg pemberian tu . Tak kan tanye , mahal @ murah , kualiti @ tidak . Terima seadanya , nama pun HADIAH ... Malah berterima kasih kerana ada yg nak memberi .. Walaupun di rumah mmg dah ada brg2 tersebut , simpan buat koleksi ... Suatu hari nanti akan digunakan juga !

Hal kecil di perbesar2kan , sampai tutup sekolah masih tak selesai lagi . Apalah korang nie ..

PERMUDAHKANLAH , JGN MENYUSAHKAN ...

Rabu, 2 Disember 2009

Cuti2 Gambang , layannnn .....

Nie kat Gambang Resort . Plan secara spontan jer ..
Rancang masa sarapan pagi kat umah mertua ...
x der yg sponsor , bayar sendiri2 ..
Bayaran masuk mahal gak ...
Dewasa : RM19.90
Kanak2 : RM12.90
Kanak2 ketinggian kurang dari 90cm : Percuma
nie lah adik2 dan anak2 buah aku . ada lagi yg tak bergambar bersama .
Kaum bapa tgh beratur beli tiket .

anak2 bujang tgh meronda mencari tempat yg sesuai nak terjun ..
seronoknya , sejukkkkk ....

Salman dilambung ombak buatan ...

Fuh , mak lang ... tumpang seronok !
anees lah yg paling seronok ,
dah kesejukan pun masih nak mandi lagi ...

aku kesejukan sampai ke tulang , al maklumlah ...

ayah long tak mandi , jadi pemerhati dan jaga brg2 ...
last posing sebelum balik ...

Masa dah tamat , masing2 beransur2 pulang .....
tenang ......










Selasa, 1 Disember 2009

kamu dah kahwin ?

Dah masuk minggu ke 2 cuti persekolahan . Musim hujan , musim kenduri kahwin , ermmm .. Tak kira tua atau muda , bila dah bertemu jodoh , segerakanlah ... Ajal maut , jodoh pertemuan , semuanya ditentukan Allah . Kadangkala bagai nak ' rak ' bercinta tapi jodoh dgn org lain . Redhalah dgn apa yg telah ditentukan ...

Tengok jer lah pasangan nie , tak menyempat2 ... baru 12 tahun , muda sgt tapi nak kata apa . Kalau hati dah berkenan , dah sanggup pikul tanggungjawab , nikahkan jer dari buat perkara yg x baik , kan , kan ... ish , ish , ish ! Apa pulak , jgn salah faham , mereka nie pasangan pengantin olok2 . Murid2 tahun 6/2009 mengadakan Majlis Perpisahan Akhir Tahun . So , mereka buat majlis seperti ini . Siap dgn nasi minyak , khemah berbagai , macam pengantin betul2 ..

Dan kek nie aku yg buat tapi bkn utk pengantin olok2 tu . Khas untuk Lie ...
Siapa dia tu ?
................
!!!!!!!!!!!!
?????????
***********
?????????????????

Nie lah org nye , JAMALI MOKHTAR . Org yg aku kenal melalui YM dan tanpa aku sedari adalah teman lelaki sahabatku . Telah menikah dgn pilihan keluarga . Anyway , belum terlambat utk mengucapkan Selamat Pengantin Baru . Semoga berbahagia dan sejahtera hingga ke akhir hayat .