Selasa, 17 November 2009

Esok , Lyna SPM . Selamat Berjuang ...

Setelah bertungkus lumus , berhempas pulas membuat persiapan dan bertawakkal kepada Allah . Kini masanya telah tiba utk pergi berjuang ke medan peperiksaan .

Ayah , ibu , adik2 dan ahli keluarga yg lain mendoakan kebaikan dan kejayaan utk mu di dunia dan di akhirat .

Semoga segala usaha2 dan penat lelahmu di balas dgn kebaikan dan kegembiraan .

Isnin, 16 November 2009

sebelas ...



TANDA KEBAHAGIAAN SEBELAS PERKARA :

1. Tidak kasih pada dunia ( zuhud ) dan cinta kepada akhirat .
2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-quran .
3. Sedikit berbicara mengenai hal yg tidak perlu.
4. Sentiasa memelihara solat lima waktu .
5. Warak terhadap barang haram dan syubahah , sedikit atau banyak .
6. Bersahabat dgn orang yg baik-baik .
7. Bersikap tawaduk , tidak sombong .
8. Dermawan lagi pemurah .
9. Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yg dicintai Allah s.wt .
10. Menjadi org yg bermanafaat bagi makhluk .
11. Banyak mengingati mati .

TANDA KECELAKAAN SEBELAS PERKARA :

1. Rakus dlm mengumpul harta .
2. Keinginan hanya utk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia .
3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan org .
4. Meremehkan solat lima waktu .
5. bergaul dgn org2 yg berbuat dosa .
6. Buruk budi pekerti .
7. Berlaku bongkak dan sombong .
8. Tidak memberi manfaat kepada manusia .
9. Sedikit belas kasihan terhadap org2 yg beriman .
10. Kikir .
11. Tidak ingat mati .

- Tambiihul Ghaafilin -