Jumaat, 9 Oktober 2009

dia lebih memerlukan ...

kesian anak ku .. sebak suaranya memberitahu bahawa duitnya hilang . duit tu disimpan dlm almari tanpa menguncinya . Hilang semasa dia ke bilik air . Seseorg telah mengambilnya , tak tau siapa .. Selama nie , duit tu tak pernah hilang , walaupun almari tidak berkunci .

pengajaran buat Lyna :

1. lain kali kunci almari tu , bkn semua org baik tapi jgn tuduh tanpa bukti ...
2. walaupun sejenis dan rambut sama hitam tapi hati lain2 ...
3. jgn cuai , kena sedar bahawa diri sentiasa dlm perhatian ...
4. mungkin dia terdesak dan lebih memerlukan duit tu ...
5. mungkin ada sesuatu kesalahan yg telah Lyna lakukan , nilai semula ...
6. maafkan kawan tu dan halalkan ...

Nanti ibu ganti semula duit bayaran utk 'Seminar Kecemerlangan ' tu .