Rabu, 7 Oktober 2009

aku tengok kau , kau tengok aku ...

Bila mesyuarat atau perjumpaan guru2 , aku suka memerhatikan mereka nie . Aku saja cari tempat duduk berhadapan dgn mereka nie . Aku suka perhatikan mereka nie sambil2 aku berfikir ....

Bila org pertama bercakap , org ke 3 mencebik dan pandang ke arah lain . Bila org pertama bercakap , org ke 4 tidak menoleh dan memandang org pertama , seolah2 tiada apa2 yg berlaku ..

Bila org ke 3 dan ke 4 bercakap , org pertama dianggap tidak wujud .

Bila org pertama bercakap , suara riuh rendah di belakang .

Bagi aku , apa pun berlaku antara mereka nie , soal peribadi letak tepi dulu , kerja diutamakan ..
Walau tak suka sekalipun , dia adalah BOS ..
Kena ikut arahan , kena hormat , apa yg dibuat adalah utk kebaikan walaupun ada sesekali yang tak betul . Bila yg atas kucar kacir , yg bawah apa tah lagi .. sekolah dan murid 2 ????

Tak adalah berlaku kes guru saman guru besar . Tapi aku kena sedar juga . Aku juga diperhati oleh mereka di sekelilingku ...