Khamis, 17 September 2009

Kau teruna , rangkai nyawa ...

Aku mendapat panggilan telefon dari SMK >>> . " Puan , sila hadir ke sekolah kerana masalah disiplin anak puan " . Aku dah dpt agak .... Nie mesti lanjutan dari apa yg telah dia buat semalam .

" Kamal , bila masa kau potong rambut tu ? Kan tak boleh potong stail tu , esok kena tangkap , kes disiplin tu ! " " Tak per , tinggal sehari jer , cikgu bukannya nak buat spotcek hari last sekolah ".

Malunya aku bila berhadapan dgn pengetua sekolah ... Aku dikehendaki membawa pulang Kamal . Uruskan tentang Kamal ... Lepas raya mesti ada perubahan pada rambut Kamal ... Jika tiada perubahan , tindakan gantung sekolah akan dibuat . Uiks !!!!! Baru sekali kes disiplin dah amaran gantung sekolah . Hebat !!!!!

Dalam kete , aku membebel berbakul2 ... Aduhai , anak teruna ku ....