Sabtu, 29 Ogos 2009

masih belajar lagi ...

Kali nie belajar buat Blueberry cheesecake , toffee nut cheesecake , mini choc desire cheesecake , tart buah , tart telur dan blueberry cheese tart .

Sepatutnya cheese cake dan tart belajar pada hari yg berlainan tapi buat sekali harung . 2 in 1 .. Jimat masa dan minyak ..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Itulah tabiat kita sampai ke tua ...

Ramai antara kita menyimpan cita-cita , impian , bekerja keras sekarang supaya apabila pencen nanti dpt byk berehat . Kita merasakan apabila kita mencapai umur bersara , kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.

Bangun pagi , solat subuh , baca al-Quran , baca surat kabar sambil minum kopi , kemudian berehat menunggu petang . Apabila petang , bersandar di kerusi malas sambil makan2 kuih muih sementara menunggu malam . Begitulah rutin seharian sehinggalah dijemput malaikat maut .

Ermmm ... apabila tiba saat sebenar , di hadapan kita menunggu tanggungjawab dan keletihan yg berlipatganda . Kita menjadi cepat sensitif , mahu dikenali , dan berbagai perasaan dan naluri yg sesuai dgn org pencen .
Seorg yg sibuk pada masa muda akn terus sibuk pd usia tuanya . Jika ia sibuk mencari harta , ia tidak akan senang duduk di rumah , bersandar seharian menunggu petang . Cuba kita lihat mak ayah kita yg dah tua , yg dah biasa ke kebun . Apa alasan mereka kalau anak2 suruh berehat saja di rumah .

Apabila sesorg itu , pada usia mudanya sentiasa berbuat kebaikan , menolong org lain , berkhidmat utk saudaranya , maka itulah kerjanya semasa tua. Sebaliknya , pada usia muda dia tidak sibuk , maka pada usia tua pun ia senang berada di atas bangku panjang , minum kopi sampai petang .

Itulah tabiat namanya , bukan nya buang tabiat !!!! Apa yg kita biasa amalkan dan lazimkan sehari2an , maka pada usia tua ia menjadi tabiat yg sukar dibuang . Org yg suka bgn pagi pada usia muda , bersikap demikian walaupun usia dah lanjut mencapai 80 tahun . Org yg suka membebel pada usia muda , demikian juga pada usia tuanya . So , bentuklah tabiat baik sejak usia muda supaya tabiat itu melekat sehingga tua ...








Khamis, 20 Ogos 2009

Halalkan jer ...

Semasa aku keluar dari sebuah kedai , setelah selesai membeli barang keperluan utk membuat cupcake , aku telah ditegur oleh seorang lelaki yg agak berumur dalam lingkungan 50an .

Pak Cik : Assalammualaikum nak ? Pak cik tumpang bertanya . Kat mana Bank Rakyat yg baru . Pak Cik dah pergi tempat yg biasa , tak tau plk dah berpindah .

Aku : Wa'alaikumussalam , dah lama dah , dari tahun lepas . Skrg kat depan Masjid Kuantan . Tak jauh dari sini .

Pak Cik : Pak Cik dari Muadzam , nak kuar kan duit tapi tak boleh , nak ke sana plk jauh . Kete Pak Cik kehabisan minyak . Kete lama , meter rosak . Kete skrg ada depan terminal bas tu .
Pak Cik nak beli minyak tapi tak leh nak kuar duit plk .

Ketika itu , bermacam2 persoalan bermain di fikiran ...

Aku : Pak Cik nak gi ke bank tu ke ? Pak cik ikut jer jln shortcut kat situ . Tak lah jauh sangat .

Pak Cik : Ish , jauh tu .. Pak Cik tak larat jalan ke sana .

Aku jadi serba salah ..

Aku : Macam nie lah Pak Cik . Kalau Pak Cik betul2 nak kuar duit . Saya boleh tolong hantar . Saya TAWAKKAL nie .. ( yer, lah manalah tau , bila tgh jalan dia hulur pisau nak rompak ker ! )

Pak Cik : Tak payah lah nak . Cuma Pak Cik nak pinjam RM** nak beli minyak . Nanti pak cik gantilah . Kalau tak percaya , pak cik nie kerja kat SMK ****** sebgi jaga kat situ ..

Aku : Tak kan lah saya nak tipon sklh tu nak tyer betul atau tidak . Macam nie lah pak cik , saya halalkan duit tu .. Kalau pak cik tipu pun saya tetap halalkan .

Pak cik tu berlalu begitu saja . Bagi aku biarlah aku ditipu . Biar hilang duit tu . Apalah sangat dgn nilai duit tu dibandingkan dgn keselamatan aku .

Selasa, 18 Ogos 2009

berhias sakan ...

masa bljr , 2 kek nie aku punya . Hiasan2 tu ikut citarasa aku .....
bila dah sampai umah , 1 kek tu , magic lah pulak , entah bila masa tertukar dgn org lain ....


Sabtu baru nie , 15 Ogos .. aku mengikuti bengkel belajar cara2 berhias . Pada mulanya aku nak gi belajar di KL tapi tak mendapat keizinan suami . So , aku cuba2 tyer ZATIDHATI (Pekan ) , mungkin masih ada kekosongan utk tarikh tersebut . Alhamdulillah , masih ada.....

Kelas bermula dari kul 9 pg hingga 6 ptg .. tapi bila tiba masa , tak dpt selesaikan seperti dijanjikan . Kelas tamat hingga ke malam . Tak salahkan cikgu , anak murid lambat sangat terima pelajaran . Namun berbaloi dgn bayaran yg dikenakan . Cikgu bersungguh mengajar dgn memberi tumpuan kepada yg lemah , hehehe .. TQ ZATI ..

Aku belajar membuat hiasan kek dgn teknik Basketweave & novelty . Erm , seronok gak .. patutlah kek dgn hiasan ini mahal harganya , susah .. kena beri tumpuan betul2 . Sampai lenguh2 tgn . Belajar gak buat bunga ros dan seripagi menggunakan buttercream .. banyak tips yg aku dpt dari ZATI ..

Makin bersemangat aku ....




Selasa, 11 Ogos 2009

Sahabat ...

Mengenali seseorang itu kadang kala membuat kita gembira

Mengenali seseorang itu kadang kala membuat kita tersenyum dan ketawa

Mengenali seseorang itu kadang kala membuat kita mengalir airmata

Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita

sejuta rasa marah , sedih , kecewa , gembira , sayang dan rindu

tapi sedarilah kita

mengenali seseorang itu adalah satu anugerah

biarkan hadirnya hanya seketika

dan sekadar teman sementara

namun

bersyukurlah dengan kehadirannya

kerana barangkali melaluinya

kita mengerti erti PERSAHABATAN

Rabu, 5 Ogos 2009

Kecilnya dunia ...

Selama aku menjadi sahabatnya , aku tidak pernah mengenali siapa teman lelakinya . Aku tidak pernah diperkenalkan dgn nya . Apatah lagi untuk mengetahui namanya . Tapi aku tidak pernah pun berkecil hati walaupun perasaan ingin tahu sentiasa di hati ..

Benarlah kata mereka " dunia ni kecil ". Tanpa disangka , tanpa dirancang dan tanpa diduga aku telah ber 'chitchat ' dgn seorg lelaki melalui alam siber tanpa menyedari bhw dia adalah teman lelaki sahabatku .

Dalam masa dia bercerita ttg dirinya , aku seolah2 mengenalinya .. tanya punya tanya , mmg sah lah yg dia nie teman lelaki sahabatku .

Perkenalan yg hanya sebentar itu tlh disalah ertikan oleh sahabatku itu , bila teman lelakinya sendiri bercerita kepadanya .

Pedihnya kata2 itu . Tuduhan dilemparkan tanpa aku diberi peluang utk membela diri . Aku masih waras lagi . Aku sayang suami dan anak2 ku ... Aku sayang keluarga aku .

Aduhai ! Tak kan ku lupa kata2 itu .

Selasa, 4 Ogos 2009

Gembirakan hati dia ...

Semalam pengasuh ada hal anak yg terpaksa diuruskan . So , aku terpaksa ambil cuti kerana si kembar tak de yg jaga . Aku ambil kesempatan buat kek coklat moist dan kiwi cupcake utk Lyna . Kirim melalui Makdek yg akan balik ke KL semula .

Malam Lyna call , gembira sangat dapat makanan tu . Tak cukup , kawan ramai ...




Isnin, 3 Ogos 2009

Mak Dek bertunang ...


Semalam , majlis pertunangan Rohaiza ( makdek - adik ipar ) dgn Raffiq . Adik yg ke 9 .. Masih ada 2 org yg masih solo . Abg Lan ( sulung ) dan ieda ( bongsu ) . Mungkin yg 2 org nie akan buat majlis besar2an sbgi penutup tirai . 1 majlis 2 mempelai ..

Ahad, 2 Ogos 2009

Mereka dan alasan ....


Tie & Nazri ..
makan , jgn tak makan ...
aku & Mastura ...

Semalam ikut Rossyati & Mastura ke Kem Desa Cempaka di Kempadang . Ada Kem motivasi dan ibadah bagi murid2 tahun 6 . Mereka terlibat jaga murid2 sebelah malam . Aku tak terlibat , saja ikut bermalam , nak menghilangkan kebosanan .

Sebelum tu , singgah dulu di SELERATIMUR , makan ikan bakar .. sedap !
Sotong goreng tak abis makan , Nazri order banyak sangat , bungkus .. Last2 jadi rezeki Asman & Penceramah subjek sains malam tu ..


p/s : kesian aku tgk cikgu2 tahun 6 . Bertungkus lumus .. cikgu2 lain patutnya sendiri2 fahamlah . Nama yg dah tersenarai pun liat gak . Apa lagi , yg tak der nama ....