Sabtu, 4 Julai 2009

cerdik atau bodoh , nakal atau jahat ?

Ibu mana yang boleh terima kenyataan bila anak mereka dilabelkan JAHAT . Kalau dilabelkan sebagai NAKAL , taklah nampak teruk sangat .. Tapi apa bezanya , lebihkurang sama jer ...

Kalau setakat cuit2 kawan , ejek mengejek , bolehlah dikategorikan nakal . Kalau dah perbuatan tu macam dah profesional , aku tak kategorikan nakal lagi .. tapi tak boleh dibiarkan , lama2 akan lebih teruk lagi .

Budak nie baru darjah 3 , mmg bermasalah dr segi pembelajaran dan akhlak . Punyalah baik perangai , ntah bila masa dia menyelusup keluar dari kelas tanpa disedari . Kemudian ditangkap kerana mencuri beg salah seorg pekerja sekolah . Cerdiknya dia nie , duit hasil curian dibahagi 2 dgn kwn yg sama kategori . Barang2 kemas disorok dlm tandas . Sebelum nie , kalau duit murid2 dlm kelas selalu hilang , mmg angkara dia .. Nama dlm buku disiplin penuh nama dia jer .

Masa disoalsiasat . Mmg ada bukti duit dlm kocek seluar . Menurut kata dia , barang2 kemas tu dibuang dlm mangkuk tandas dan dah ' flush ' . Namun begitu , cuba gak selongkar dlm tandas manalah tau dia cuma sorok jer . Cari dan selongkar , tak jumpa gak ...

Ugutan demi ugutan barulah dia menunjukkan tempat brg2 kemas tu , sorok kat tmpt mmg org lain takkan jumpa.. Fuhh , mmg style profesional .. Tu baru drjh 3 !

Ssh klu parents tak boleh terima kenyataan . Anak dimenangkan ... Parents tu yg kena dipulihkan dulu ..








9 ulasan:

  1. orangtuanya harus sekolah dulu, ASE1..

    BalasPadam
  2. makin teruk masalah sosial studen sekarang ni ya... manalah diorg belajar buat perkara gitu.. kecik2 lagi dah pandai

    BalasPadam
  3. huk alohh.. baru darjah 3 tu... kalau remaja ntah jadi apa.... kita doakan je lah dia supaya berubah perangai & jd insan berguna... parents skrg mmg selalu menangkan anak2... manja kan sangat.. x mcm org2 tua dulu2....

    Mgkin kurang pengawasan dr mak bapak sbb mereka terlalu sibuk dgn kerja masing2 smpai anak2 buat perangai pun tak sedar... wallahu'alam..

    BalasPadam
  4. budak2 jadi mcm gini pun dari didikan kat rumah juga.

    BalasPadam
  5. same experience me have.. kat dalam sekolah agama lagikks..

    BalasPadam
  6. Kesian org tua nya...moga2 dia sedar supaya si anak tidak menjadi lebih teruk...

    BalasPadam
  7. Ibu bapa mana yg tak ghisau kalau ada anak yg mcm tu... didikan ibubapa atau pengaruh kawan2...? mungkin ibubapa menyuruh anak2 jadi berani* tapi bkn berani utk jadi pencuri atau penjahat... kalau dpt anak2 yg mcm tu.. mmg kesian lah ibubapa dia... apa2 pun elok la pulihkan makayah nya.. supaya dia tau apa yg anak dia buat.

    BalasPadam
  8. saya rasa elok GB amek budak nih sebagai anak angkat.. sokong tak kak as ? kekekemmm

    BalasPadam
  9. kesian budak tu dpt parent mcm tu... bertambah malang.

    BalasPadam