Jumaat, 10 Julai 2009

Aku Pecinta Dunia !



Hari nie bawa kek yg aku buat sendiri , bagi kawan2 rasa .. Ada kelemahan boleh komen dan diperbaiki .

Namun , impian aku selepas bersara nanti telah disalahtafsirkan . Aku dikatakan mengejar duniawi . Menurut katanya , aku sepatutnya melupakan hal2 duniawi dan fokus sepenuhnya hal2 akhirat . Masa harus dipenuhkan dgn beramal ibadat .

Pendapat dia , masa sekarang bertungkus lumus mencari duit , cari harta banyak2 . Masa pencen tak perlu cari duit lagi . Masa tu hanya utk berehat dan beramal ibadat . Duit pencen dan ganjaran yg diterima dah mencukupi utk seumur hidup .

Itu pendapat org banyak duit . Dah pencen tak der nak tanggung sesiapa lagi . Boleh duk goyang kaki .

Pendapat aku lain plk . Nak beramal ibadat tak perlu tunggu pencen . Dari dulu hingga sekarang pun aku melakukan amal ibadat . Amal ibadat bukannya bermaksud duk atas tikar sembahyang jer .

Tidak menjadi kesalahan aku berkerjaya setelah pencen nanti . Janganlah sampai aku patah semangat . Kita hanya merancang , ALLAH yg menentukan segalanya .



9 ulasan:

  1. Bila nak bagi kawan Meru rasa,.....:-)

    BalasPadam
  2. Salam ASE1..
    Yang penting niat dan tujuan segala perbuatan kita hanyalah kerana Allah s.w.t..InsyaAllah semuanya akan selamat..semoga berjaya!!

    BalasPadam
  3. Salam ASE1.

    biarlah apa orang nak cakap, yang penting kita tahu apa yang kita nak buat tue betul.

    Bapak puju ASE1 sebab ada wawasan dan dah merancang pesaraan awal.

    tak patut kita undur ke belakang hanya kerana seekor dua langau, sedang ramai lagi yang menyokong usaha kita.

    Bapak doakan impian ASE1 tercapai. Semoga berjaya!

    BalasPadam
  4. Kak..

    Moga impian akak terlaksana.. saya setuju dgn akak bahawa nak beramal ibadat tak payah tunggu hari tua @ pencen... masa muda la kita kena mula sebab Mati tak mengenal usia...

    Masa bekerja pun boleh beribadat juga.. tak semestinya ibadat itu di tikar sembahyang dan puasa sahaja... menjaga Silaturrahim & menabur bakti pada masyarakat juga merupakan satu ibadat...

    BalasPadam
  5. Cikgu teruskan usaha murni itu.
    Jangan dengar kata-kata orang yg tiada wawasan..

    Wahai orang itu,
    sempatkah beramal ibadah setelah pencen atau sempatkah merasa pencen itu?

    BalasPadam
  6. Cikgu teruskan usaha murni itu.
    Jangan dengar kata-kata orang yg tiada wawasan..

    Wahai orang itu,
    sempatkah beramal ibadah setelah pencen atau sempatkah merasa pencen itu?

    BalasPadam
  7. salamm.. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

    BalasPadam
  8. gua tak rasa lagi...
    lu buat je ape lu nak buat.

    BalasPadam
  9. semuanya kena seiring... dunia, akhirat. tak betul cara kalau masa sihat kejar dunia pastu dah tua dah pencen baru cari akhirat.

    "Carilah dunia kamu seperti kamu akan hidup selamanya dan carilah akhirat kamu seperti kamu akan mati pada esok hari"...

    BalasPadam