Sabtu, 20 Jun 2009

rezeki aku ...

Mereka cakap , aku nie beruntung bila mengetahui yang aku mempunyai anak kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan . " Eeeee , bestnya ... seronoknya , susah nak dapat kembar berlainan jantina ." Puan doktor yg meyambut kelahiran si kembar pun cakap begitu . Itu kata mereka . Bagi aku , rezeki dari Allah , aku terima dgn penuh kesyukuran ..

Namun begitu , ada juga kedengaran cerita2 mengarut yg mereka selitkan . Lantak lah ...


Kembar tak seiras ..Dilahirkan pada 29/10/2006

Afeeq : Lahir 12.58 a.m , 2.55kg Anees : Lahir 1.04 a.m , 2.85kg
Lembut , pendiam , penyedih , penakut , cengeng , penurut , penyayang , manja , pemurah , pemaaf , boleh berkongsi apa saja milik nya dgn org lain , selalu mengalah .

Aktif ( terlebih gula kot ) , ceria , peramah , berani mencuba , banyak mulut , mesra alam , suka buli Afeeq , suka mengarah , kreatif , penyayang , tidak suka berkongsi , selalu nak menang .

Aku selalu memerhatikan perangai dan perwatakan mereka berdua . Perbezaan mmg amat ketara .

Si abang byk belajar dari si adik . Apa jua kemahiran , si adik dapat dulu . Dua minggu kemudian barulah si abg dpt kemahiran tu .

Tak boleh pisahkan mereka . Ke mana pergi mesti berdua . Bila hilang sorg , yg lagi satu akan tertanya2 dan tak akan ke mana2 selagi yg lgi satu tak mengikut.

Anees byk memainkan peranan sebgi seorg pemimpin dan Afeeq sebagai pengikut yg setia .

Kadang2 dlm gurauan aku dgn kwn2 , aku selalu berkata , mereka nie tertukar . Anees tu lelaki dan Afeeq tu perempuan ...
Anees adalah aku semasa kecil .
Afeeq byk mewarisi sikap dan perangai ayahnya .


Terima Kasih Ya Allah ! Aku bersyukur dgn kurniaan MU !