Jumaat, 5 Jun 2009

nak kena baling kasut nie !


Semua orang pasti mengalami sakit kepala , sama ada lelaki ataupun wanita , kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain , sakit kepala paling kerap dialami seseorang . Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam . Bagaimanapun , migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan . Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya .

Aku juga mengalami migrain . Pada saat aku menghidapinya , aku telan 2 biji panadol dan hanya tidur sepanjang hari . Ahli keluarga telah maklum dgn keadaan ku ini ..

Mula2 aku menghidapi sakit kepala nie , aku telah pergi ke klinik kerajaan . Aku menceritakan ttg sakit kepala aku nie dan aku bertanya utk memastikan sama ada migrain atau bukan " Saya nie kena migrain ker , doktor ? " Jawapan doktor tu betul2 menyakitkan dan membuat aku malu .. Aku rasa nak baling jer doktor tu dgn kasut . Dah lah aku tak larat sbb sakit yg amat sgt . Bukan nya nak periksa tapi cakap cam tu plk . " Awak ingat awak tu Perdana menteri ker nak fikir hal2 negara sampai kena migrain ! " Secara spontan aku menjawab " amboi , nie penyakit orang atasan jer ker ! " dan aku terus keluar ..

Last2 aku ke klinik swasta , puas hati ... biar pun kena keluar duit .




1 ulasan:

  1. Doktor tu x praktikkan ilmu psikologi sbg seorang doktor....

    Nak kongsi tips dgn saya?

    Saya dulu penghidap migrain. Saya juga mempunyai tekanan darah yg rendah. So seorg doktor suggestkn saya ambil Royal Jelly CNI utk stabilkan tekanan darah.

    Bila 6 bln mkn Royal Jelly tekanan darah saya dah normal....dan migrain pun hilang. Doktor kata tekanan darah rendah adalah penyebab kepada mudahnya kita dapat migrain.

    Cubalah buat pemeriksaan doktor utk tahu punca sakit migrain akak....cari doktor yg bagus...bukan yg hanya tahu beri pain killer dr klinik jer. Biar mahal berbayar asal hati tak sakit.

    Klinik doktor yg nak kena baling kasut tu jangan pegi dah...sure dia kasik lg pain killer. Mkn pain killer kerap boleh memberi kesan negatif pd organ dalaman kita pulak.

    BalasPadam