Rabu, 6 Mei 2009

masin mulut ibu ...



Kadang kala , bila kita mengeluarkan kata2 , kita langsung tak bermaksud begitu . mungkin sekadar gurauan ataupun nasihat .Lebih2 lagi jika kata2 tersebut keluar dari mulut seorang ibu . Jika perkara tersebut benar2 berlaku kita akan kata " Tu lah , Masin Mulut….. "

Aku menasihati anak sulung aku kerana nak keluar dari sekolah asrama . tak seronok katanya , nak sekolah harian biasa . Sanggup bangun sebelum subuh dan balik lewat petang utk ke sekolah biasa .
Tujuan aku nak dia duk asrama supaya boleh beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran . tapi dia tetap berkeras . Dan aku pun berkata dalam keadaan marah " Hah , baguslah kalau nak duk umah . nanti ibu mengandung lagi , kau jaga adik !" Setahun selepas tu aku mengandungkan sikembar . Dan jarak antara sikembar dan Salman adalah 10 tahun .
Ketika dalam pantang , si kakak tu lah yg melayan sikembar ... happynya dia dapat adik kembar !