Jumaat, 8 Mei 2009

kenapa tidak bersyukur lagi ?


Bersukurlah kepadaNya kita dikurniakan kesihatan yang baik . Gunakanlah kurniaan itu utk melakukan amal ibadat dan berbuat sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri dan masyarakat .

Kerja merupakan satu ibadah dan tanggungjawab. Buatlah dgn sempurna kerana setiap perbuatan itu mendapat ganjaran yg tak ternilai .

Di saat beribu-ribu orang hilang pekerjaan dan amat memerlukan , ada juga insan yg malas . Aku tak cakap orang lain , suku sakat aku gak .

3 tahun yg lepas ' dia ' ponteng kerja dan pergi memancing , balik dari memancing ditimpa kemalangan . patah tulang peha , masuk besi . Duk lah relak dan makan minum ditanggung oleh isteri .

Bila dah sembuh , malas lagi gi kerja , memonteng lagi . 2 minggu lepas , kemalangan lagi . Kali nie lebih teruk dari yg pertama . Patah di tempat yg sama dan tempurung lutut pecah . Aduiii , seksanya ...

Semalam aku berkesempatan gi melawat . Pesan aku pada ' dia ' . " Bersyukurlah , lepas sembuh nie rajin2 lah gi kerja . Allah dah bagi 2 kali peringatan . kalau tak sedar gak lagi , entahlah .. "