Sabtu, 9 Mei 2009

kenapa membazir ...

Tanpa disedari , kita telah banyak membazir atas perkara2 yg kita tak nampak ..

Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Wallahualam