Jumaat, 15 Mei 2009

Bukan peminat , sokong jer ...

Kelmarin ,tiba2 jer suami ajak tgk perlawanan hoki antara Malaysia vs Jepun . Dia tau aku bukan minat gi tempat2 gini . Dan semalam , antara Malaysia vs Pakistan . Erm ... tapi apa salahnya tolong memeriahkan dan beri sokongan kepada pasukan Malaysia .

Afeeq pun sama nak jadi penyokong ...
berbaloi bawak si kembar , dorg lah paling kuat menjerit ....
baby pun minat nak tgk gak ....
Perlawanan bermula kul 7.30 ptg ...
Pasukan Malaysia kuning .....


Aku bukannya tau undang2 permainan hoki nie ... org lain terjerit2 , marah2 dan komen psl permainan tu , aku dgr jer ! Kalau bola masuk gol , aku tepuk tangan . tu jer yg aku tau ..
Lagi 8 minit permainan tamat , keluar dari stadium . Afeeq dah buat hal . Nak balik , kepanasan dan nak tidur ... Masa tu keputusan Pakistan -3 dan M'sia - 1 . Tapi keputusan akhir , Pakistan menang -4 dan M'sia - 2 ...
Dan 16hb nti , final ... awal2 lagi suami ajak gi tgk gak ..