Selasa, 31 Mac 2009

empat perkara ....

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana atau musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Ahad, 29 Mac 2009

hembusan nafasmu ...

Sejak Lyna bljr di KL , aku acap menjenguk dia di sana . Jauh tak menjadi halangan bila rindu mengamit hati seorang ibu .... Biarpun seorang diri , aku tak kisah .

Bila ke sana , macam2 makanan aku bawa . Semua makanan kegemaran dia . Seolah2 dia tak cukup makan di sana .

Semasa nak bertolak , Lyna sempat lagi bgth dia nak Pau Ayam . Manalah sempat nak buat . Tak per lah nti singgah di Petronas Genting Sempah aku akan belikan . Di sana ada jual ..

Bila tiba di situ , isi minyak dan beli Pau Ayam .. tapi sesuatu kejadian berlaku menyebabkan aku tak jadi mebeli pau tersebut . eiiiii , geli geleman ... !

Kalau orang lain pun tak sanggup tapi tak taulah .... aku mengambil 3 ketul kuih dan letak di atas dulang yg disediakan sebelum memasukkan ke dlm plastik . Nak buka plastik pun leceh , susah sbb licin . Tiba2 datang sorg pekerja Bangla , konon nak tolonglah ... Cis ! ada ker dia buat cam tu , dia hembus plastik tu agar terbuka lebih luas dan memasukkan kuih2 tu dgn menggunakan tangan dia .. pengotor !!! Tak lalu aku nak makan kuih tu . Ntah penyakit mana dia bawak .. tak rela aku !

Aku pun kata " Sorry lah , awak makan sendiri . Sapa nak makan kalau nafas busuk awak dah masuk situ . " Aku pun tinggal kan kuih tu kat situ . Aku bgth penyelia dia ttg perkara tu utk makluman dan tindakan supaya tak berulang ..

Tak der rezeki Lyna . Tak per lah , lain kali boleh buat utk dia . lagi terjamin ...

Jumaat, 27 Mac 2009

maaf datuk , anak cucu tumpang lalu ...

Selesai solat asar , aku tergesa2 ke bandar . nak bank -in duit kat Lyna . ish ! napa plk jalan jem nie , biasa nye tak gini . oooo yer ! hari gaji , esok plk ada JOM HEBOH , patutlah berduyun2 gi ke bandar ....

Tiba kat Maybank Induk , rmi plk berbaris .. bila turn aku , mesin OUT OF SERVICE . geram , geram ... pindah ke barisan sebelah , terima nasib sama gak .. O.O.S .. malas nak tunggu , gi ke Maybank Jalan Pasar... nasib baik boleh ...

Bila nak balik cepat , ada jer yg menghalang . Sapa plk blok kete aku nie , manalah tuan punye kete nie , ikut sedap dia jer nak parking kete ...

Waktu nak balik , masih jem lagi .. dah mula gelap , maghrib lah sampai umah nie . Ada apa plk nie , dorg bagi isyarat lampu kat aku , ada yg bunyi hon berkali2 kat aku , aku ada buat salah ker .. bila melepasi lampu isyarat , tiba2 Polis Traffik nth muncul dari mana melambai bagi isyarat ke tepi .. aduiii , apa salah aku .. rasa2 tadi lampu hijau , roadtax bulan 5 mati , lesen pun tahun depan mati , aku drive tak laju ...

Aku pun menurunkan cermin tingkap ..

Assalamualaikum datuk . Ada apa2 masalah ker ?

Tunjuk lesen dan IC Puan . Puan nie first time bawak kete malam ker ?

Tak , dah banyak kali . Napa datuk ?

Lampu kete puan rosak ker ? Tak nyala pun .

Ish , hahahaha .... malu nye , sori , sori ... tak perasan . lampu tepi jalan dah terang . kena saman ker nie ...

Tak , cuma nak maklumkan , lain kali jangan buat .. ( sambil serahkan lesen & IC )

Terima Kasih , datuk . Boleh saya bergerak ?

Ok ... berhati2 !

Fuh!!!! lega ....

buat yang terbaik ...



Meeting apa yang lama sangat ?
Kelab guru ..
AJK lagi ke ?
A'aah ...
Sebelum nie kan dah jadi AJK , kena lantik lagi ?
Tiap2 tahun jadi AJK kecuali tahun lepas . Tak kisah lah ... buat yang terbaik .


Khamis, 26 Mac 2009

9 SITI yg patut dicontohi ....





1 Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2 Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

3 Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4 Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5 Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6 Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7 Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘Siti Impian’. Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini?


Tepuk dada tanya iman.
Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah
.

Wallahu a’lam

Rabu, 25 Mac 2009

dia dah berubah ..




Salman : Ibu , kita nak cakaplah kat ibu ..



Aku : Nak cakap apa ? cakaplah ...



Salman : tapi kita cakap ibu jgn marah yer ! nie pasal ayah .



Aku : Ok , cakaplah ...



Salman pun berbisik di telinga aku . Hatiku ... ntah , tak tau nak gambarkan perasaan aku ketika itu .



Aku : Betul ker nie , jgn buat cerita . Sejak bila ?



Salman : Betul ibu , ibu tanya kamal , dia pun tau , dari bulan 2 ari tu .... cuma ibu jer yg tak perasan .



Kenapa selama ini aku tak sedar ttg perkara itu . Adakah kerana aku terlalu sibuk dgn kerja dan anak2 ? Adakah kerana sikembar dia buat begitu ? Kenapa dia tak maklumkan kepada aku ?

Isnin, 23 Mac 2009

perlukah kita berhutang ...

Ramai mengatakan , jika tidak berhutang , kita tidak dapat memperolehi apa yang kita impikan . Malah ada yang merasakan bahawa tidak mungkin seseorang itu akan hidup senang jika tidak berhutang . Hakikat ini telah menjadi satu cara hidup yang biasa .


Ramai telah menggunakan hutang dgn bertujuan utk meningkatkan kedudukan mereka tetapi menanggung padahnya apabila tersilap langkah dan sebaliknya dibebani hutang piutang . Pendek kata , kita hidup hanya untuk melangsaikan hutang .

Apa tidaknya , mula2 kita ambil pinjaman perumahan . Tetapi , oleh sbb pinjaman perumahan memakan masa bertahun2 utk dilangsaikan dan mula menganggapnya sebagai satu kehidupan . Kemudian mengambil pinjaman kenderaan . Kini menanggung 2 hutang . Satu hutang tertanggung dan satu hutang lapuk . Lepas tu , kita akan tambah lagi hutang2 utk tujuan keselesaan , keseronokan , menjadikan hidup lebih bermutu ataupun utk berlagak . Jadi , sedar tidak sedar hidup kita mulai dikelilingi hutang . Apa yang pada mulanya merupakan perkara yang baik , kini menjadi beban yang perlu dipikul .

Bila dah terlalu banyak berhutang , kita akan selalu pokai sebelum cukup bulan dan menghadapi masalah kewangan . Petanda bahawa kita menghadapi masalah kewangan :
1. Elak membayar hutang .
2. Membayar kurang daripada jumlah yang dipersetujui .
3. Membayar hutang daripada jumlah yang paling minima .
4. Menggunakan semua had kredit pada kad kredit .
5. Terpaksa meminjam wang utk melangsaikan hutang lama .
6. Tidak dapat mengendalikan masalah kewangan yg kecil2an.
7. Elak panggilan dari pemiutang .
8. Botak kepala kerana memikirkan cara utk terlepas dari masalah ini .
Jadi , kita harus belajar bagaimana menguruskan wang dengan betul . Kita perlu mencari sebab kenapa wang hanya singgah : ia mengalir masuk dgn perlahan tetapi keluar dgn sekelip mata . Semuanya berakhir dgn kita tinggal dgn tangan kosong kerana terpaksa membayar hutang ...


Jumaat, 20 Mac 2009

makin hilang dari ingatan ...


Seronok nye bila suami bgth nak ikut balik MERU hari nie .. Suami aku nie ssh nak blik ke MERU , walaupun diajak berkali2 . Mgkn disebabkan pada 22/3 nti ada kenduri kawin kat umah pak sdara di BUKIT KAPAR .. kalau tak balik tak patut plk kan ..

Biasa2 nye aku balik dgn ank2 tanpa suami . Aku suka suasana kg yg masih lagi terdapat kat MERU .. Aku suka sangat kalau dapat bercakap bahasa yg kian hilang tu .. bahasa ibundaku ! Di Kuantan , aku tak der geng nak cakap jawa .. Suami bukan org jawa . Jeles dgn kakak2 yg masih boleh bercakap jawa . Begitu juga dgn ank2 mereka .. Anak2 aku tak tau pun cakap jawa sbb mereka tak pernah dgr aku cakap di rumah .

Dulu , masa arwah datuk masih hidup , dia tak benarkan anak cucu berkahwin dgn org luar . Katanya " bahasa jawa akan hilang " . Mmg betul pun , aku dapat rasakan bila aku sendiri mengalaminya . Anak2 aku tak reti cakap jawa. Siannya mereka ! Dan aku sendiri , sedikit demi sedikit vocab tu makin hilang dari minda... kadang kala , aku mengambil masa agak lama utk mengingat satu perkataan bagi sesuatu benda .. Kesiannya aku !




Rabu, 18 Mac 2009

Hari tak menjadi ....


Erm , hari ni ada PTK kat SMK Tengku Pamglima Perang . Pagi2 lagi aku dah ready , bersemangat nak amik pekse sampai kan tak sempat nak minum dan sarapan , takut lewat ... kul 7 pagi dah start enjin kete ... teringat plk nak tgk tiket PTK tu , hahaha ... aku tertipu , pekse bkn kul 8 tapi kul 9 pg , masuk umah semula buat sarapan pagi ...

Melangkah masuk ke dlm dewan dgn penuh keyakinan , kali nie mesti dapat 4 , tahun lepas dpt 3 , fuhhh ! Amin ... Ish , kenapa jadi cam nie , tumpuan aku hilang .. baru perasan yg aku pakai baju terbalik . Aaaaah ... malunya , dorg nmpk tak aku pakai baju terbalik nie .. alaa... sapa nak tgk , dorg tak pandang nye , dorg pun tgh tumpu kat krts tu ...

Habis pekse terus amik Lyna . Nak test mata .. katanya dah tak jelas bila baca buku terutama waktu malam . nak kena pakai cermin mata lah tu .. Gi kat Megamall , HOLLYWOOD EYE-TREND .. kena bayar RM380 ! Pastu makan kat Pizza Hut , skali2 ....

Isnin, 16 Mac 2009

ikrar nur lyna ...

Lyna SPM tahun nie .....
Lyna tandatangan dulu ...
kemudian ibu lah plk ...

MAJLIS IKRAR PELAJAR 2009
13 MAC 2009 ( JUMAAT )
8.30 PAGI
DEWAN GEMALA PUTERI
SEK MEN SAINS SERI PUTERI ( SESERI )

Pendahuluan :

Majlis Ikrar pelajar merupakan acara tahunan yang diadakan khusus utk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Majlis ini dianggap simbolik kerana pelajar akan melafazkan ikrar dan berjanji utk mencapai ' target ' yg telah mereka tetapkan dlm peperiksaan SPM 2009.

Aku janji yg ditandatangani dihadapan ibubapa diharapkan akan menjadi satu dorongan kepada pelajar2 utk berusaha dgn bersungguh2 demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan .




Sabtu, 14 Mac 2009

degil ...

berhenti minum kat Petronas Bentong , mengantuk sangat !
kat sini lah aku terbabas ...

Majlis tu tamat kul 10.30 pg tapi tak leh bwk balik Lyna lagi , kena tunggu sampai kul 12.oo baru bleh balik .. Aku rasa letih dan mengantuk sangat , sementara tunggu Lyna , aku tido dlm kete dulu ...
Dalam perjalanan balik ke Kuantan , aku masih rasa mengantuk lagi . So , berhenti minum kat Petronas Bentong . Pekena nescafe secawan dan seketul pau ayam .. hilang mengantuk sekejap .
Sampai di Maran , aku rasa megantuk yg amat sangat . Aku teruskan gak , malas nak berhenti nanti lambat sampai .. aku tahan kan gak !
" Ibuuuuuu ... " jeritan Lyna membuat aku tersedar dan cepat2 brek kete ! berderau darah .. Ya Allah , aku terlelap dan terbabas ! Syukur , Alhamdulillah ... semua selamat !
Pas tu barulah aku ambil masa 20 minit utk tido kjp sebelum teruskan perjalanan ..
BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT






Khamis, 12 Mac 2009

aku ingat ...

Lepas sklh dlm kul 3 ptg , aku bersiap2 balik ke Meru . Jumaat ada Majlis Ikrar Pelajar kat SESERI , aku kena gi sbb nak bagi semangat kat Lyna .

Dari Kuantan perjalanan Ok , tenang ... bila sampai kat KL , hujan lebat , jem teruk sbb waktu balik keje .. aku tersilap masuk lorong sbb tak nampak papantanda terlindung lori depan kete aku .. no hal , aku terus masuk ke SG BULOH / KUALA SELANGOR , pas tu terus ikut PUNCAK ALAM .

Masa isi minyak kat Petronas MERU , ada lelaki melambai2 aku .. siapa ek ? Dia tu mcm dah kenal lama kat aku smbil memanggil2 nama aku .. nama tu hanya org2 tertentu jer tau !

Bila aku mendekati dia , aku terus ketawa .. Erm , budak yg paling nakal kat sekolah , yg suka mengusik aku .. MOHD ASRI BIN SIDEK .. nak tau kenapa aku cakap dia nie nakal ...

1. dia bakar mercun dan campak kat aku , kain aku terbakar ...

2. dia letak paku payung kat atas kerusi dan aku terduduk ...

3. dia sorok basikal aku dan aku terpaksa balik jalan kaki ...

4. dia baling sarang tebuan kat bawah jambatan bila dia nmpk aku ...

dan byk lagi tapi yg 4 tu lah aku ingat sampai sekarang .... tapi skrg dah tak nakal lagi sbb dah jadi bapak org ...

Rabu, 11 Mac 2009

Thanks for being my friend ...



Pada mulanya , fikiran , hati dan perasaan aku telah tenang . Aku telah dapat melupakan semuanya .

Semalam , mesej semalam telah merampas semuanya , membuatkan aku kembali serabut .Aku sebak , aku menangis ....

Apa yg mereka sangka tentang diri aku . Jahat , busuk hati !!!!! Yer , mungkin itulah dalam fikiran dan hati mereka .. kenapa dia tulis begitu sekiranya dia anggap aku sebagai KAWAN ...

Selasa, 10 Mac 2009

hati perempuan ...

Subuh2 lagi aku dah dpt mesej dari Lokman . Bagitau dia cuti , anak sakit ... Dorg nie , cuti pun nak bgth aku , mcm lah aku nie GB . Tapi aku faham mksd dia , adalah kerja dia yg tak siap , nak mintak tolong aku siapkan .. Kertas pekse utk esok tak hbs reso lagi , aku lah yg kena buat tu ...

Tadi mmg byk msj masuk .. mgkn sbb 3 hari cuti , dorg pun cuti bg msj kat aku ..
x per lah klu dah itu kehendak MEREKA ... aku nie bkn sapa2 , kewujudan aku hanya akan mengeruhkan lagi suasana . Aku juga tak kisah jika nama aku digunakan demi untuk kebaikan dan kebahagiaan MEREKA , juga menjernihkan suasana !

Mizi dah merajuk , nth hilang ke mana ... dah 3 hari senyap jer ... Biarlah !
SINGLE IS SIMPLE .....

Isnin, 9 Mac 2009

Single is simple ...

Birthday Azmi ( biras aku , org kelang gak !) ,
sebelah tu isteri dia ( Rozma Ramli , adik ipar aku )
mandi manda kat Pasir Kubur ....
datang dgn 4 buah kete , nie dah siap2 nak balik ...
Aku sempat gak posing dgn Roaini ( adik ipar aku )
Kelmarin aku gi umah mertua makan laksa pahang ... nth silap kat mana abs badan aku keluar bintat2 merah mcm kena gigit nyamuk , besar2 plk tu dan gatal .. dorg kata kena gegata ! nth lah ... elergik kuah ikan kot ! ...

Semalam aku gi lagi umah mertua , kali nie dorg ajak makan tengah hari ... Tok dari Pekan ada , dia kata nak tengok cicit kembar dia ... Petang terus gi mandi kat Pasir Kubur , air nye best , sejuk ... tapi aku bukannya mandi pun .. sikembar , ayah dia bawa balik , relaks sikit !... sambil tu celebrate birthday Azmi kat situ ....








Ahad, 8 Mac 2009

Sabtu, 7 Mac 2009

aku no hal ...

Dah 2 hari aku rasa tak sedap badan , mcm nak demam jer .. mana tak nyer .! gi sekolah , pagi2 dah kena hujan , malas nak pakai payung , kononnye waterproof lah .. pas tu sakit kepala .
duk dalam aircon plk , hari nie asyik bersin jer , makin menjadi lah ... budak2 ikut ayahnya , relaks lah sikit lepas makan ubat , tertido plk ...

Semalam mertua bagi tau dia nak gi umrah dalam masa terdekat nie ... nak buat kenduri . Dia nak aku masak utk mjls kenduri tu utk lebihkurang 100 org , aku no hal ... tapi yang kelakarnya , dia nak aku masak masakan jawa , hahahaha ...

Jumaat, 6 Mac 2009

hanya aku yg tau ...

Tadi Rohana tegur aku .

" Kenapa skrg ssh sgt nak cari As . Semalam pun GB dgn Lokman cari pun tak jumpa. Ingatkan As tak datang ."

" Kan As tulis kedatangan , ada tak ke mana , dah tukar port , mls nak duk kat Pemulihan , skrg dah pndi jd kena tukar tempat plk . "

" Skrg nmpk As makin kurus napa , ada problem ke ? "

" Ye ke , kurus ek ! nth , skrg tak brp selera nak makan . As nie klu makan byk tak naik badan tapi kalau tak makan sehari , terus susut badan ... "

Mmg pun , aku sendiri rasa yg aku dah kurus . Baju hijau semalam yg aku biasa pakai dah terasa longgar . Erm , tak kot ! baju tu yg makin mengembang ... hahahaha !

Khamis, 5 Mac 2009

Dahi cecah ke sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu di wudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dgn kain kafan yg serba putih
Pada waktu itu dan tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yg hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dgn empat kali takbir dan satu salam
Beserta fatihah , selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar rukuk dan sujudmu yg telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan begitu

Justeruku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usungkan dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'izrail yg menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ia berguna utk yg tinggal
Bukan yg pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap di bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila DIA menyeru , sambutlah seruan NYA
Sebelum DIA memanggilmu buat kali yg terakhirnya
Ingatlah kamu dulu hanya setitis air yg tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Lahirlah bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan " Hayya al Solah "
Dgn penuh rela dan bersedia
Sambutlah " Hayya alal Falah "
Menjadi kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yg kekal adalah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di pejalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta
Isteri , suami , kad kredit dan kereta
Kondominium , saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia



Rabu, 4 Mac 2009

bukan milikku ...

Kini aku rasa lega ...
setelah apa yg aku lalui selama 2 mggu ini ...
aku telah dapat menerima kenyataan ...
bahawa sesungguhnya ....
dia adalah...
HAK MILIK TERPELIHARA ....