Khamis, 8 Januari 2009

terkenang



" Jika kita memikirkan sesuatu perkara sebelum tidur , kita akan mimpikan perkara tersebut ." Begitulah kata2 yang aku ingat dari seorang kawan .

Memang benar , semalam , sebelum aku tidur , aku terkenang seorang kawan yg telah pergi ke Rahmatullah kerana kemalangan jalanraya .. Allahyarham Mazlina Mohd Noor .

Aku membelek2 gambar2 lama , mengimbas kembali kenangan bersama Arwah . Tak sedar entah bila masa aku tertidur dan bermimpi bertemu Arwah , aku terlalu sedih dan menangis teresak2 sehinggakan aku dikejutkan kerana esakan aku tu .. Apa maksud mimpi aku ???

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM . SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA2 ROH ORG2 YG BERIMAN ... AMIN !