Rabu, 28 Januari 2009

dia ...

Balik dari sekolah , saya ke CIMB utk bank-in duit ke SERI PUTERI . Kemudian terus ke East Coast Mall ( ECM ) semata-mata untuk membeli donut di Big Apple ... Ketika sedang berbaris menantikan giliran , saya telah ditegur oleh seseorang ...

" Assalamualaikum , apa kabar cikgu , masih kenal saya lagi ?"
" Waalaikumsalam , baik ... tak cam lah ... kejap ! Erm , kenal2 ... kamu nie FR kan ?
" Ya , saya ... "

dan kami pun terus berbual sehingga lah dia meminta diri utk ke tempat lain ..
Sebelum FR beredar , dia memeluk saya dan berkata " terima kasih cikgu atas segalanya , dulu saya tak sempat nak ucapkan. "

IMBAS KEMBALI :
Malam itu , bulan Julai 2005 , pukul 10.30 p.m , dia telah datang ke rumah ku meminta pertolongan ...

" Cikgu , tolonglah , saya takut nak balik , saya takut nak bagitau ayah saya , tolonglah cikgu ... " dia merayu sambil menangis ..
" Kenapa nie , apa masalah nya bagitau lah .... macam mana saya nak tolong kalau saya tak tau kisahnya . "

Dia bercerita dari A hingga Z . Saya amat terkejut dan menggigil ketakutan . Dulu setakat baca dalam surat kabar jer , sekarang alami sendiri ...
" Eh , betul ke kamu nie , hal gini tak leh nak buat suka2 ! "
" Betul cikgu , sumpah ! Saya tak tipu !

Ish , saya tipon Anie dan Yani , dan mereka datang ke rumah , buntu ... tak leh nak handle sorg2 .. Mereka pun tak tau nak buat apa , takut gak nak bagitau ayah FR ...
Ayah FR panas baran , dibuatnya dia terkejut , mati kami semua ....

Tiba2 aku teringat Cikgu Z dan Cikgu ZH . Mereka ni GBSM sekolah , cuba2 tipon minta tolong ... tapi malangnya kami telah di tegur oleh mereka .
" Jangan berani2 campur hal tu , perkara tu berlaku luar sekolah , nanti tak pasal awak yg susah . "

" Saya tau risiko tu ... mmg kes cam nie tak pernah berlaku dalam sekolah , tapi dia datang rumah saya minta tolong , takkan saya nak halau balik ."

Saya hampir menangis tapi ditenangkan oleh Anie dan Yani ..
FR terus menangis bila tengok saya sebak ... saya memeluk dan memujuknya ...
kemudian kami keluar hilangkan rasa tension dan serabut , pergi makan kat warung depan sekolah ... dah pukul 12 malam ..

Agaknya bila dah kena angin malam , rasa sejuk sikit .... Kami teringat pada En MY yang pernah mengalami kes macam nie ... Dia yg bagi panduan apa yg harus kami buat seterusnya .

Kami tipon En BBS dan THO, pergi ke rumah En BBS, menceritakan hal sebenar . Mereka mendengar cerita FR dgn teliti , mmg tak berubah langsung dari cerita asal yg telah kami dengar .

" Tak pe , biar saya cakap dgn ayahnya " kata En BBS .

Kami pergi ke rumah FR , ayah FR ada di luar rumah , menanti FR yang tak balik lagi . Risau ... Dia nampak agak terkejut bila melihat kami berlima .. Setelah dipersilakan masuk , En BBS dgn cara berdiplomasi menerangkan satu persatu apa yang terjadi pada FR .. lama dia terdiam dan tiba2 dia menangis . Saya ikut menangis ....

Kemudian kami pergi ke Balai Polis Kuantan buat repot .. Lepas tu ke Hospital Besar Kuantan ( HTAA ) .... FR di tahan di wad , untuk pemeriksaan lanjut ...

Bila selesai , kami minta kebenaran balik , dah subuh , dah pukul 3 pagi . Tak lama lagi nak pergi keje pulak . Berterima kasih pada En BBS dan THO kerana membantu . Anie ambil cuti , sakit kepala tak cukup tidur . Yani ambil cuti nak uruskan FR . Saya ada mesyuarat DATA , tak boleh cuti ...

Selepas dari kes tu , FR bertukar sekolah ... Saya tidak pernah berjumpa lagi hinggalah tadi ...

FR , semua orang telah melupakan kisah silam dan sejarah hitam mu . Moga kamu tabah menjalani hidup yang penuh dengan pancaroba dan cabaran . Jangan lupa ALLAH , DIA sentiasa bersamamu ...









soal hati ....

Soal hati ....
sukar untuk diungkapkan ...
yang mana kata nurani ...
yang mana bisikan sanubari ...
yang mana arahan jiwa ...
semuanya membuat kita keliru ...
sukar untuk membuat pilihan ...
tapi
kita memang tidak dapat
menipu hati kita sendiri ....

Isnin, 26 Januari 2009

Rehat Minda , Pantai Cherating















Lihat lah , nilai lah ....
Buat lah cerita sendiri ...
Saya no komen ....

Ahad, 25 Januari 2009

Hilang Bosan ...

Pagi nie aku migrain , aku call Wan ambil si kembar ... Aku nak tidur !
Lepas makan panadol 3 biji , aku layan 3 sms yg aku terima ...
SMS PERTAMA :
Cuti raya balik MERU tak ?
Aku balas : TAK ...
SMS KEDUA :
As jgn lupa esok , CHERATING ...
Aku balas : BEREH !
SMS KETIGA :
Entah dari sapa2 , aku tak kenal tapi aku layan gak ...
Saja nak suka2 , nak hilangkan bosan ....
Anje , ambik Ayang kat depan Pejabat Pos Bukit Ubi sekarang !
Aku balas : Malas lah , sakit kepala , naik bas lah ...
kemudian bunyi SMS masuk lagi :
Cepatlah Anje , ambik Ayang nie.. malam nanti Ayang upah lah !
Aku balas : Ayang nak upah apa ?
SMS masuk lagi , gini bunyi nya :
Macam biasalah , upah h@#$% t%$#@ .....
Aku balas : tak nak lah , yang tu dah biasa ... nak yg lain pulak !
SMS yang last :
oiii , awak nie sapa ar , pantang orang silap nombor , gatal !!!!!
Aku balas : hahahahahahaha ...
dan terus tidur ...

Rabu, 21 Januari 2009

Siapa nak tolong ...

" kak As , nti klu ada masa tolong print HSP dr internet yer ... "
ok , no problem ...
"As , saya nak maklumat guru2 agama dan J-Qaf lah ...
boleh tolong tak ? "
ok , no problem ....
" Puas Kak Nor cari , kat sini As rupanya ,
kak Nor nak mintak tolong siapkan Data
utk bawa mesyuarat petang nie ... "
ok , no problem ..
" As , tolong buat kan cover utk buku lesson plan Kak Long ...
buat cantik2 yer ...
ikut contoh yg cam nie ... "
ok , no problem ...
" As , tadi Kak Wan pesan nak maklumat Murid utk Koko .. "
ok , no probblem ...
" As , kita berdua jer yang belum hantar BRM ,
orang lain semua dah siap ... "
erm ...

Ahad, 18 Januari 2009

Ucapkan lah ...

Never leave things
unsaid with the one
you love because you'll
never know if you'll
ever have another
chance to say them ...

Jumaat, 16 Januari 2009

layan ...

semalam aku telah didatangi oleh seorang ayah dengan marah2 ..

" mana cikgu yang rampas jam tangan anak saya ?" " saya bukan rampas tapi saya ambil sekejap kerana jam tangan tu telah membuat murid2 lain tidak boleh tumpu perhatian dan selepas kelas saya berakhir , jam tu telah saya pulangkan semula kepada anak encik " begitu lah penjelasan yang telah aku berikan ..

tidak puas hati , diminta keterangan dari murid2 lain ... cerita yang sama ...

cerita terbaru pagi tadi ... Guru Besar rampas jam tersebut !!!! Guru2 lain tersenyum ....

Selasa, 13 Januari 2009

Sama-sama beringat ...

Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini ,
masih ada ruang untuk berubah
sebelum tibanya umur 40tahun.

Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);

"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih2.

Apabila seseorang itu sampai umur 50tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis.


Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghidari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.

Apabila telah mencapai umur 80tahun , Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;

i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;

ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;

iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."

Doa pada umur 40tahun :

Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15

" Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"

Jumaat, 9 Januari 2009

Syukur , Alhamdulillah ..



Ya Allah , syukur Alhamdulillah ...
doaku selama ini telah dimakbulkan ..
aku benar2 gembira ..
setiap hari selepas solat , hajat dan tahajjud
aku tidak putus2 berdoa dan memohon..
kepada Allah SWT
agar sahabatku yg lama menghilangkan diri..
sentiasa dilindungi walau dimana jua dia berada ...
dapat menghubungi ku dan aku diberi petunjuk ..
sekiranya dia telah tiada lagi ..
aku benar2 rasa kehilangan ...
aku telah berusaha mencari ...
berserah kepada Allah ...
dan penantian telah berakhir ...
apabila pagi tadi aku terima emel daripadanya ...

Khamis, 8 Januari 2009

terkenang



" Jika kita memikirkan sesuatu perkara sebelum tidur , kita akan mimpikan perkara tersebut ." Begitulah kata2 yang aku ingat dari seorang kawan .

Memang benar , semalam , sebelum aku tidur , aku terkenang seorang kawan yg telah pergi ke Rahmatullah kerana kemalangan jalanraya .. Allahyarham Mazlina Mohd Noor .

Aku membelek2 gambar2 lama , mengimbas kembali kenangan bersama Arwah . Tak sedar entah bila masa aku tertidur dan bermimpi bertemu Arwah , aku terlalu sedih dan menangis teresak2 sehinggakan aku dikejutkan kerana esakan aku tu .. Apa maksud mimpi aku ???

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM . SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA2 ROH ORG2 YG BERIMAN ... AMIN !

Rabu, 7 Januari 2009

Lebih guru ...

Awal pagi aku dah bgn ...
selepas solat subuh , aku bersiap2 apa yg patut ke tmpt keje ..
walaupun tempat keje dekat ..
perjlnan 10 minit jer ..
tapi aku akan pastikan akan sampai awal ...
kul 6.55 a.m aku akan kuar dr umh dan smpi dlm kul 7.05 a.m ..
namun begitu , dah ada cikgu lain yg sampai dulu ..
aku merupakan orang yg ke 4 ...
sampai jer sklh , aku dah dgr isu2 semasa kat sklh ..
napa jadi gitu ...
lebihan guru , ada yg kena kuar ...
nama aku dan beberapa org guru yang lain
naik untuk di tukar kan ...
baru 3 tahun kat sklh nie ..
x kisah lah ...
" Saya Yang Menurut Perintah "









Selasa, 6 Januari 2009

Hari Pertama Sekolah ..

Mohd Syahmi , sedih dan menangis ...
ibu dah balik , tak tunggu ...
Cikgu Aidil dgn penuh kasih sayang memujuk ...
tolong lap hingus lagi ....
gini lah kerenah , murid2 tahun1 awal2 tahun ..
perasaan takut masih menghantui mereka ..
tapi bukan semua , hanya sebilangan ajer ..
yang buang air besar dalam kelas pun ada ..
sabar aje lah dalam menghadapinya ...
tapi tunggu lah ...
nie dalam dua minggu jer ..
pas tu tunjuk belang ...

Sabtu, 3 Januari 2009

Jumaat, 2 Januari 2009

Hidup kita cuma 3 hari jer ...

sama-sama kita baca,
hayati dan action, insyaallah!
HIDUP KITA CUMA 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua .
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma
dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu
yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN .
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia .
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang
tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS .
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya. ..
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
Allah kurniakan kepada kita... .
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma
untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika,
hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...
lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Wallahualam. .
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,
insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Khamis, 1 Januari 2009