Khamis, 30 Oktober 2008

Kuching , best !!!!



Trip ke Kuching , Sarawak
24 Okt - 27 okt 2008 ( Jumaat - Isnin )
4H3M
Peserta :
1. Aku ler ...
2. Mastura
3. Mardanis
4. Ros Azimah
5. Rossyati
6. Khairaniwati
7. Syafeeq
8. Nushan

9. Mohd Nazri
10. Mohd faiz Ajwad
11. Khairuddin
12. Ahmed kamal
13. Salman


Tempat-tempat lawatan :
1. Pasar Sereikin
2. Kampong Budaya Sarawak
3. Waterfront
4. Kilang Pasu
5. Pasar Satok

6. Muzium Kuching
7. Muzium seni & lain2 muzium
8. Kedai Kristal
9. Ada lagi ....

Tempat penginapan :
Merdeka Palace

Pengangkutan di Sarawak :
Unicatay Travel Sdn bhd





Pengangkutan dr Kuantan ke KLIA :
Sendiri2 ..

Dari KLIA ke Kuching :
of course , kapalterbang ler ...


ada banyak lagi gmbr2 kat sana ...
nak tgk jumpa lah saya ...
dah cuci dan dialbumkan ...
puashati bawak puak2 nie berjalan ..
shopping sakan ...
ada gak yg tumpang honeymoon ...

syafeeq & nushan
khairaniwati & khairuddin ..


Tahun depan nak gi ke SABAH plk ..
jom , sapa2 nak ikut ...

kumpul duit awal2 ...






























Mr Then ( baju gelap - tourist guide ) & Jesus ( driver )










nie lah klu dah shopping x ingat dunia ..
masa gi bwk 1 beg jer , ms blik troli pun x larat nak tolak ..

Sabtu, 18 Oktober 2008

Seronok sakan ..

Hari kedua , masuk Gua Terang Bulan , ambik gak gambar tu nti org tak caya .
Tangga curam , penat gak memanjat sampai ke dalam ..
tak ingat berapa panjang nya sbb sibuk ambik gambar
kena tanya bdk2 smule

dah dalam gua ...

ada sesuatu yg menarik perhatian mereka ...

dalam gua nie sejuk dan licin , silap2 boleh jatuh terlentang ... Pas tu abis jer cave exploration , aktiviti setrusnya ialah Flyingfox , aktiviti yg di tunggu2 oleh kami ... Salman awal2 lagi dah siap , bersemangat walaupun jantung berdegup kencang
Salman bersedia nak fly , mula2 jer takut , pas tu nak lagi ..
Cikgu Asman pun tak kalah dgn gaya nya, dia yang paling bersemangat nak mencuba...
Tengoklah tu sempat posing lagi ... Bila dah bergayut , sampai terkencing2 ketakutan , hahaha
Aku pun nak gak .. sebelum tu posing dulu dgn Naha ..
Mana bleh kalah dgn Asman
Berdebar gak bila naik ke atas , bleh dgr degup jantung ..
tapi bila dah berlepas , rasa seronok plk , nak lagi ..

Sebenarnya , cikgu2 yang seronok lebih2 , anak murid relaks jer .. mana tak nya , zaman cikgu sekolah dulu mana ada benda2 cam nie , tu yang seronok sakan .... habis jer aktiviti nie bermakna tamat lah summer camp kami , apa lagi , kena siap2 nak balik lah .. tahun depan plk kami buat lagi tapi tempat yang lain lah .. Buat Naha ek .. jgn tak buat . nak ajak kak As lagi pun no problem , any time ....

Khamis, 16 Oktober 2008

Summer Camp

Murid2 bersedia untuk gi ke Tekam Plantation Resort . Sebelum bertolak ke sana , murid2 mendengar kata nasihat yg diberikan oleh GB .... Seramai 34 org murid terlibat bersama 4 org guru pengiring .
Nie bas yang akan bawa kami ke sana , bas pun dah tunggu lama , jom lah .. dah tak sabar nie !!!
dah sampai pun .. bdk2 lelaki sibuk memilih katil , rasa seronok nak tido kat tingkat atas kot ...
makan time !!!!
Sebelah kiri tu drebar bas , Asman dan Mastura .. makan sampai tak pandang2 , cover utk minum petang sekali .. hahaha !!! Pas makan , relaks2 kat bilik , mandi dan solat . Kul 2.30 ptg ada aktiviti ...
Flying fox !! aktiviti yang pertama . Abg Burn sedang beri taklimat sebelum aktiviti di jalankan .
dengar dgn penuh bersemangat ...
8 org kumpulan pertama memakai peralatan keselamatan sebelum terbang
begitu gak dgn pelajar lelaki , sume berebut2 nak jd kumpulan yg pertama . tapi malang nya aktiviti ditunda ke hari esok kerana hujan dan kilat , bahaya .... punya lah hampa dan kecewa . namun begitu ada lagi aktiviti yg menarik iaitu BERKAYAK ..
Abang Azam menunjukkan cara memakai jaket keselamatan dengan cara yg betul..
ish , sapa nie , dah tak sabar nak pakai jaket walaupun hujan renyai2 .. semangat nya dia ...
yang nie lagi bersemangat , murid2 tak naik lagi mereka dah tak meyempat2 naik kayak , maklumlah kayak terhad jer , bimbang tak berkesempatan , hahaha ... sapa lagi kalau bukan Pn Sarifah Naha dan Cik Mastura .
Aku pun sama gak ... naik dgn Salman , org lain 10 minit jer tapi aku 30 minit . tu pun bila dah kena tegur , ermmmm... best , nak naik lagi
lepas aktiviti berkayak , kami gi mandi kolam ...
tengok tu , cikgu Asman marah benar gayanya sbb yg lain lambat sampai .. dah tak sabar nak terjun kolam ...
bila dapat lampu hijau jer , apa lagi , terjunnnn ...
ehhhh , apa hal nie , kesejukan lah nie .. tu lah , tak dengar cakap
malam pun ada aktiviti , nak bagi bdk2 nie betul2 letih .. tapi dorang semacam jer , tak de pun nampak tanda2 letih .. Abang Azan tgh beri taklimat dan pantang larang sebelum memulakan aktiviti night walk ... takut !!!!!
khusyuk mendengar taklimat .. tak lah mencabar sangat sbb waktu nie bulan sedang mengambang jadi tak lah gelap sangat jalan dlm kebun kelapa sawit tu ..
Akhir nya cikgu2 yang sakit2 kaki , pinggang dan lenguh2 badan , bdk2 relax jer ..

Nie baru aktiviti hari pertama , esok plk ada aktiviti cave exploration dan flyingfox ...




Isnin, 13 Oktober 2008

Cantiknya ..

Cantiknya makhluk ciptaan Allah

Sabtu, 11 Oktober 2008

Silap rumah , hehehe ...

Nie aku dgn kak long ms kat medan , dalam istana maimoon . sebenarnya aku nk citer peristiwa lucu yg berlaku baru2 nie .. sabtu 11/10 kak long ajak aku gi knduri kwin kat indera mahkota 14 , aku pun stuju sbb tuan rumah pun ajk sama ... aku nie konfiden lah dia tau umh tu sbb dia yg drive .. dia kata lorong 14 tp dia x sedar gak nye kat lorong 14 tu byk umh ..
bila smpi lorong 14/8 dia pun berhenti sbb dpn umh tu ada pasang kanopi dan org pun rmi tgh mkn nasi tanpa tgk nombor umah tu .. masa makan , terasa sendiri x der org yg dikenali kat situ , kebetulan kak long terjumpa kwn baik dia kat situ , Zu.. Zu kata nie kndri doa selamat bkn knduri kwin dan nombor umh no 1 , bkn no 20 .. sah lah dah silap umh nie .. aku pun slowdown mkn nasi , begitu gak kak long , dah TERMALU ..
Rumah yg nak gi tu No 20 , lorong IM14/23 , nie pantang ada kanopi trs masuk tnpa tgk2 , kan dah termalu ..



Khamis, 9 Oktober 2008

Mana satu kita ?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmu begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Rabu, 1 Oktober 2008

Malam Raya

Esok nak raya , sume org pastinya sibuk buat persiapan untuk menyambut hari yang mulia nie .. Begitu gak aku . tahun nie aku tak balik kg , so sibuk lah membuat persiapan .. aku tak banyak buat kuih , banyak yang tunjuk2 jer .. aku masak ketupat , yang lucu nye , nth macam mana aku tertido . ( mgkn kerana keletihan di siang hari .. ) dapur aku terbakar .. x sedar air dah kering , aku tersedar bila terhidu asap ... Alhamdulillah , x der kerosakan teruk , cuma ketupat aku hangus dan periuk dah x der rupa periuk lg .. hahaha ...